"Awak dah bangun ye? " nada suara itu kedengaran lembut dan prihatin. Hafia yang terbangun dari pengsan terus duduk di katil asing itu. Dia meliarkan pandangan. Seorang jejaka tampan nan rupawan sedang menatapnya di muka pintu. Matanya redup merenung Hafia.
"Si.. i.. si.. siapa kau? " Hafia tergagap-gagap bertanya. Raja Thaundrial menyulam senyum simpul. Dia menapak perlahan ke dalam bilik tidur. Dia berdiri di sisi katil.
"Saya adalah Penguasa kerajaan Bunian atau dikenali sebagai keturunan Elf. Nama saya ialah Thaundrial. "
"Bu.. bunian? " Hafia terkedu seketika. Dia seakan tidak percaya dengan kata-kata Raja Thaundrial.
"Kenapa saya ada di sini? "
"Tuan Hael menyuruh beta untuk mencari kau. Jadi, beta perintahkan pengawal istana bawa kau ke mari, " jawab Raja Thaundrial.
Hafia diam membisu. Dia kehilangan kata. Gadis itu tertunduk layu.
"Bebaskan saya! Rakan saya mesti tercari-cari saya sekarang ni! " Hafia berkata tegas.
"Tak, beta tak boleh bebaskan kau buat masa ni. Kau mesti pulang ke kerajaan Allumi. Tuan Hael risaukan kau, " kata Raja Thaundrial.
Hafia menghela nafas berat. Dia memalingkan pandangan ke arah lain. Dia berasa sesak. Dia tidak mahu pulang ke kerajaan Allumi.
"Tolonglah dengarkan kata beta. Jangan susahkan hati Tuan Hael lagi. Dia bermati-matian mencari kau dengan berbagai macam cara, " ujar Raja Elf itu.
"Di sana bukan tempat saya. Saya bukan Puteri Bangsawan Duke. Saya adalah Hafia Alisa yang berasal dari zaman moden, dari tahun 2024! " Hafia menegaskan kata-katanya. Dia memandang muka Raja Elf itu dengan riak muka serius.
Raja Thaundrial tersenyum sumbing.
"Kau sedang mempermainkan beta, kan? Beta takkan terjerat dengan permainan kau tu. Gurauan kau tak luculah, " balas Raja Thaundrial.
"Tuanku fikir saya berbohong? Saya memang serius tentang perkara ni! Saya adalah manusia yang berasal dari era globalisasi! " tegas Hafia.
Raja Thaundrial mendiamkan diri sejenak. Cuba mencerna kata-kata gadis manusia itu. Dia berasa ragu untuk mempercayai Hafia.
"Kau duduk diam je di sini. Jangan larikan diri. Kalau kau perlukan sesuatu usap je bebola kristal di tepi katil tu. " Raja Thaundrial keluar dari bilik tidur itu lalu menutup pintu. Dia merapal mantera mengunci pintu itu. Sebuah dinding kaca bening muncul di depan pintu seolah menghalang sesiapa pun memasuki bilik peraduan tersebut. Raja Thaundrial pun menuju ke singgahsana yang megah, indah dan dipenuhi ilusi.
Hafia terbungkam di dalam bilik peraduan. Lutut dipeluk erat. Dagu direbahkan ke tempurung lututnya. Dia melepaskan keluhan berat. Dia buntu mencari helah untuk melarikan diri.
**********
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ye.
Thank you.
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasy❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...