Dari jauh kelihatan sebuah kawasan lapang dan subur. Pola petempatan agak berselerak. Apabila mereka mendarat, bangunan rumah berbentuk bujur menyerupai telur ayam tersergam rapi mengikut populasi.
Hamparan bunga warna-warni kelihatan umpama karpet. Cahaya matahari menyinari kampung pari-pari itu. Angin bertiup perlahan.
"Wah, cantiknya.... " Hafia terpegun melihat suasana damai dan indah itu.
"Kampung Odeyss memang cantik. Apalagi kalau tengok dari atas gunung. Mesti awak jatuh hati dengan pemandangan kampung ni, " kata Fyera sambil bercekak pinggang. Bibirnya meleret senyum bangga. Brownie hanya menjeling tajam ke arah pari-pari suku Daun itu sebelum terbang menuju ke kubu Batu Damar. Kubu itu merupakan pusat pertahanan bagi kampung Odeyss. Sebanyak 100 orang pengawal yang bertugas di dalam kubu tersebut. Brownie adalah ketua pengawal di sana."Jom, saya bawa awak pergi berjalan-jalan di kampung ni! Saya pasti awak akan seronok! " Fyera berasa sangat teruja. Dia terus mengheret Hafia lalu terbang di udara. Ah... tiupan angin terasa begitu menyegarkan pada pagi itu.
SUBHANALLAH....
Hafia terpegun menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Alam semesta yang luas terbentang amat mengagumkan. Terasa dirinya kecil di antara alam semesta ini. Sungguh, ALLAH Maha Agung dan Maha Pencipta."Sebelah sana adalah petempatan suku Daun, suku saya. " Fyera menuding ke arah selatan. Kawasan itu subur menghijau.
"Di sana, yang kecoklatan tu... adalah petempatan suku Gugur, kawasan tu... sentiasa mengalami musim luruh sepanjang tahun. Brownie berasal dari situ, " jelas Fyera. Hafia melihat ke bawah. Memang benar kawasan petempatan itu sedang mengalami musim luruh. Dedaunan kering, kuning kecoklatan berjatuhan seperti air hujan.
"Kawasan sebelah barat tu, petempatan suku siapa? " soal Hafia. Dia menuding ke arah kawasan yang berbunga-bunga. Pelbagai jenis bunga bermekaran di sana-sini umpama hamparan karpet bunga warna-warni.
"Oh, itu petempatan suku Kembang. Di sana memang indah. Kawasan itu juga tempat tinggal kerabat diraja. Sekarang ni, kampung Odeyss diperintah oleh Raja Kecil Leafy. Baginda berasal dari suku Daun, " jelas Fyera.
"Raja Kecil Leafy? Baginda dari suku Daun, kan? Tapi.... " Hafia jadi bingung.
Fyera tertawa kecil. Dia berasa lucu bila melihat kawannya kebingungan.
"Ya, baginda memang suku Daun. Tapi, baginda kan dah ditabalkan jadi raja kampung pari-pari ni? Jadi, Raja Kecil Leafy mestilah tinggal di situ sebab kawasan suku Kembang adalah tempat tinggal kerabat diraja. Argh.. jadi pening pula. Hehe... jangan pening dengar penjelasan aku ye... " Fyera tersengih-sengih. Hafia hanya tersenyum simpul. Terhibur dengan lagak ceria kawannya itu.
Fyera memegang erat tangan kawannya. Dia memperlahankan kibasan sayapnya dan menjunam ke bawah. Hafia panik. "Apa yang kau nak buat ni? " Dia menjerit ketakutan.
"Takdelah, saya mahu kau perhatikan sebuah kawasan misteri di kampung ni dengan jelas. Mesti kau suka... " Fyera berkata selamba. Dia terbang rendah di kawasan 'misteri' itu. Minda Hafia dipenuhi seribu persoalan. Namun, beberapa saat kemudian tubuhnya mula berasa sejuk.
Dia membuka matanya perlahan-lahan. Sebuah kawasan dilitupi salji terpampang di ruangan mata. Semua kawasan memutih, membeku dan terasa dingin. Puing-puing salji meluruh lebat. Memaparkan pemandangan indah di kawasan beku tersebut.
"Sejuknya....! " Hafia menggigil kesejukan. Bibirnya pucat seperti kertas. Pantas dia mengeluarkan sehelai kot musim sejuk dari beg galas. Dia segera menyarungkan kot berbulu tebal itu ke badannya. Beberapa saat selepas itu barulah dia berasa hangat.
Fyera memandang kaku gadis manusia itu. "Saya iri dengan koranglah.... "
"Iri? Kenapa pulak? " Hafia bingung.
"Sebab korang dapat rasa panas, sejuk... masin, manis, masam... pedas. Macam-macamlah! Tapi sayangnya, suku pari-pari hanya dapat rasa manis je.... " Muka Fyera jadi monyok.
Hafia tersenyum. "Tu memang kelebihan dan kekurangan korang. "
"Kelebihan dan kekurangan? " Fyera bingung pula.
"Ya, boleh jadi ia adalah kekurangan suku awak, tapi ia juga boleh jadi kelebihan kamu. Nanti awak akan faham maksud saya. Saya pun... tak tahu nak jelaskan. Buat sementara ni.. tu je yang dapat saya katakan... " ujar Hafia.
Fyera terkedu. Dia menatap muka comel gadis manusia itu. Otaknya berusaha mencerna kata-kata Hafia.
Dia tidak perlu terburu-buru seperti itu kerana dia masih kecil. Umurnya baru mencecah 10 tahun. Budak lagilah!
Tapi apa yang pasti dia akan faham perkataan Hafia pada suatu hari nanti. In shaa ALLAH...
"Akak tau tak? Kawasan ni tak berpenghuni tau... " Fyera mengubah topik perbualan.
"Ye ke? " Hafia hampir tidak percaya. Dia memandang sekeliling kawasan bersalji itu. Mencari penghuni yang tinggal di situ.
"Saya tak tipulah, memang takde orang yang tinggal di sini! " tegas Fyera sambil bercekak pinggang. Hafia tersenyum simpul. Lagak 'marah' kawannya itu membuatnya terhibur.
*******
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini.
Tolong vote, komen dan share ye.
Thank you...
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantastik❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...