Pagi yang cerah. Burung bersiulan girang. Sinar mentari menerangi dunia.
"Puteri, dah pagi ni. Bangunlah," kata Brella sambil menarik selimut gadis bangsawan itu. Hafia terbangun dari tidurnya. Dia mengeliat lalu menguap. Cepat-cepat mulutnya ditutup dengan telapak tangan. Malu dilihat oleh ketua pembantu rumah itu.
"Lord Olixies, Lord Maxilius dan Raja Demion akan berkunjung ke sini pada petang nanti. Puteri kena bersiap-siap supaya tak terlihat selekeh, " kata Brella membuatkan gadis itu terlopong.
"Apa?! " Hafia terkejut bukan kepalang. Berita itu membuat jantungnya hampir gugur. Dia melepaskan keluhan berat. Tertunduk layu bagai hilang semangat.
"Alahai, Puteri Hafia, kenapa monyok ni? Sepatutnya Puteri berasa gembira sebab dapat banyak calon suami. Tinggal Puteri pilih je mana satu pilihan hati. Senanglah nak gantikan pangkat Tuan Hael, " tambah Brella. Hafia diam. Dia tidak tertarik untuk berbual perkara itu dengan Brella. Dia berasa tidak suka kerana ketua pembantu rumah itu seakan-akan hendak mencampuri urusan keluarga Duke.
******
"Hafia, janganlah monyok macam tu. Senyumlah sikit... " tegur Ryan. Namun, adiknya langsung tidak mengendahkan teguran si Abang. Gadis itu hanya diam membisu.
Lord Olixies, Lord Maxilius dan Raja Demion tidak berganjak memandang ke arah gadis berhijab itu. Masing-masing meneliti penampilan Hafia dengan tekun.
Hafia memberontak dalam hati. Dia berasa tidak selesa apabila diperhatikan seperti itu. Tatapan tiga jejaka itu mengalahkan tatapan tajam singa yang lapar. Suasana sunyi-sepi membuatnya kian gelisah.
"Oh, saya baru ingat! Rupanya hari ni saya ada janji nak jumpa seorang gadis dari keluarga Baron. Saya minta diri dulu. Jangan nakal-nakal ye, adik..! " kata Ryan sambil melangkah keluar di ruang tamu. Dia sempat melambai ke arah Hafia yang sedang merenung tajam ke arahnya. Dia hanya tersenyum geli hati. Dia tahu adiknya marah kerana ditinggalkan sendiri di situ bersama tiga ekor singa lapar tersebut. Apapun, Ryan berharap semoga adiknya tidak disakiti oleh tiga jejaka tampan itu. Terutamanya Lord Maxilius dan Raja Demion kerana mereka adalah keturunan Puntianak!
Sepeninggalan Ryan, Lord Maxilius melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. Dia menongkat dagu sambil menatap muka comel Hafia.
"Oi, Maxi! Jangan dekat-dekat dengan Hafia! " tegur Lord Olixies. Dia berasa cemburu bila gadis itu didekati oleh lelaki lain. Raja Demion tersenyum sinis pula. "Janganlah cemburu, bukankah kita sedang bersaing untuk mencuri hati gadis molek ni? Kau pun buat apa duduk diam? Patutnya kau ikut serta menggoda gadis ni... " Dia berdiri lalu duduk bersilang kaki di sebelah kiri mangsa 'mereka'. Jemari runcingnya menyentuh hujung kain tudung Hafia. Lirikannya tajam menggoda gadis remaja itu seolah ingin memakan Hafia. Sudahnya kebelakangan ini dia kurang bernafsu meminum darah manusia membuatnya semakin kebulur. Dia yakin darah gadis itu dapat memuaskan perut kosongnya. Lord Maxilius tidak mengaku kalah. Dia memasang segala taktik untuk membuat Hafia berpaling tadah ke arahnya. Walaupun dia baru mengenali gadis itu tapi dia sangat menginginkan darah Hafia. Tujuannya sama dengan tujuan Raja Demion.
Lord Olixies merentap tangan gadis itu sehingga membuat remaja itu menjauh dari dua jejaka puntianak itu lalu terduduk di pangkuannya. Dia merangkul erat pinggang Hafia. Dia tidak mahu gadis itu dimangsa oleh dua makhluk berdarah sejuk itu.
Raja Demion dan Lord Maxilius merenung tajam wajah Lord Olixies. Mereka menyeringai menampakkan gigi taring yang runcing dan tajam. Seolah sudah bersedia untuk menyerang mangsa di depan.
Hafia terbungkam kerana masih terkejut dengan tindakan pantas Lord Olixies yang merampasnya tadi. Nafasnya seakan tersekat. Pantas dia menepis tangan jejaka berambut biru panjang itu, berdiri kemudian melarikan diri dari ruang tamu. Lord Maxilius, Lord Olixies dan Raja Demion terpaksa mengejar gadis itu.
Hafia berlari laju mengalahkan kelajuan puting-beliung. Dia panik bukan main. Dia sudah bermandi peluh kerana ketakutan. Dia enggan berhenti kerana pemangsa-pemangsa itu sedang mengejarnya dari belakang.
************
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ye
..Thank you.
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasy❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...