Pemandu kereta kuda membawa mereka mengelilingi seluruh kawasan ibu kota. Hafia merenung ke luar jendela kereta. Ibu Kota Allyseum dibanjiri kerumunan manusia. Semua pasar dipenuhi pelanggan. Suasana bingit dengan suara laungan para peniaga dan suara tawar-menawar antara pelanggan dan penjual. Sesekali di antara mereka tertawa. Entah apa yang dibualkan sehingga mereka ketawa senang seperti itu."Tuanku nak membeli sesuatu ke? Boleh saya tolong tunjukkan sebuah kedai aksesori yang terbaik di ibu kota ni, " tawar Brella. Hafia tersenyum. Dia tidak begitu tertarik dengan aksesori. Dia menginginkan sesuatu. Sesuatu yang selalu membuatnya lupa dunia.
"Perpustakaan ada di mana, Brella? " soalnya.
"Perpustakaan? Err... itu.. terletak di kawasan istana Allium, tuanku. " Brella takut -takut menjawab pertanyaan gadis muda bangsawan itu.
"Kat istana Allium? " Hafia ternganga. Dia hampa. Harapannya pecah berkecai seperti kaca.
"Perpustakaan tu hanya boleh dimasuki oleh keluarga diraja dan bangsawan. Rakyat biasa tak boleh pergi ke sana sebab dilarang oleh Duli Yang Maha Mulia, " jelas Brella.
Hafia melepaskan keluhan berat. Rasa hampa dan kecewanya jatuh bertimpa-timpa di atas kepalanya. Dia melihat ke luar jendela. Kenapa Duli Yang Maha Mulia melarang rakyat jelatanya pergi ke perpustakaan? Sedangkan tempat itu mampu membuat rakyat jelatanya berilmu. Hafia memberontak dalam hati. Dia berasa kesal.
"Tuanku mahu pergi ke sana? " tanya Brella memecah kesunyian. Hafia mengeluh. Dia memandang muka wanita tua itu sejenak.
"Tak payahlah. Sebelum pulang nanti..boleh awak tolong belikan saya sekotak kertas putih, sepuluh botol dakwat hitam dan sebatang pena? " Hafia berkata teratur. Memandangkan perpustakaan terletak di dalam kawasan istana Allium, maka dia hendak merancang untuk menghasilkan karya sendiri. Dia mahu terus mengasah bakat menulisnya walaupun berada di dunia lain. Perkara itu tidak menjadi penghalang baginya untuk merealisasikan impiannya menjadi seorang penulis.
Brella tercengang seketika. Kemudian mengangguk-angguk tanda faham.
"Baiklah, hamba akan laksanakan perintah tuanku, " katanya. Lagaknya tak ubah bagai laksamana yang patuh dengan perintah sultan. Tingkah itu membuat Hafia berasa canggung.
Hafia merenung ke luar jendela. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain kejar-kejaran di tepi air pancut yang megah dan indah di tengah-tengah ibu kota. Gadis itu terpegun. Dia berasa iri dengan kanak-kanak itu. Alangkah bahagianya mereka!
Hafia melepaskan keluhan halus. Dia rindu bermain dengan handphone-nya. Rindu bermain game, menulis cerita di WATTPAD dan menonton anime.
Apakan daya dia kini berada di dunia lain. Dia tidak akan dapat memegang telefon pintarnya.
Hafia diam membisu. Dia tenggelam dalam fikiran. Terasa seperti dia masih lagi bermimpi sekarang ini. Dia yakin bahawa dirinya tertidur. Dia hanyalah bermimpi panjang. Dia berasa mustahil menerima kenyataan di depan matanya tika ini.
Dia melihat ke luar jendela sekali lagi. Pandangannya tertuju ke arah sekelompok pari-pari yang bersayap indah. Mereka sibuk mengerjakan tugas harian masing-masing. Ada yang terbang di udara. Ada juga yang berjalan kaki. Setiap daripada mereka membawa beg sandang yang diperbuat daripada daun dan rotan. Mereka saling mengucapkan salam sambil tersenyum sebelum mulai bekerja di ladang sayur.
Hafia terpaku melihat ke arah mereka. Dia tidak menyangka bahawa makhluk mitos itu wujud di dunia ini. Oh, ingin saja dia menghantukkan kepalanya ke dinding supaya dia segera terjaga dari tidur. Namun, matanya tak pernah membohong. Semua itu adalah realiti. Dan.. tidak ada yang mustahil bagi ALLAH AZZAWAJALLA.
Hafia bersandar pada kerusi yang empuk. Dia memejamkan mata. Dia ingin merehatkan fizikal dan mentalnya kerana dia berasa lelah. Dia berasa penat. Penat memikirkan kenyataan yang ada di depan mata.
********Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ya. Terima kasih...
😘
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasi❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...