Diculik

10 5 3
                                    

     "Tuanku, kami dapat mengesan lokasi Tuan Puteri Hafia. Apa yang harus kami buat, tuanku? " Salah seorang pengawal keturunan Elf itu sedang menghubungi Raja Thaundrial melalui Utusan Angin*.

*UTUSAN ANGIN  adalah roh suci di hutan rimba Lara.

         "Bawa dia ke istana sebelum senja! " Nada suara Raja Thaundrial kedengaran amat tegas.

        "Baiklah, tuanku. " Setelah perbualan mereka selesai, Utusan Angin  terbang di udara lalu melesap di celah dahan pepohonan yang merimbun hijau.

     Pengawal istana bunian itu memandang rakan-rakan setugasnya sambil memberi bahasa isyarat. Tuanku-menyuruh-kita - untuk - menculik - Puteri - Hafia - Qalisya.

       Baiklah- elok - kita laksanakan-sekarang! balas rakan-rakannya.

Tanpa berlengah lagi,  mereka pun memecut menuju ke tasik Nilam Seribu Malam.

********

     SEMENTARA itu, Hafia, Fyera dan Qralia sedang rancak berbual di tebing tasik Nilam Seribu Malam. Sesekali mereka tertawa bersama apabila mengatakan topik perbualan yang melucukan.

      "Kau ni... " Fyera menarik muka masam. Dia menjeling tajam ke arah Qralia yang sedang ketawa mengekek.

     "Yelah, masa tu Fyera gemuk tau. Pipi dia chubby dan perut buncit macam tembikai, " ulas Qralia.

      "Qralia....! " Fyera menggigit bibirnya menahan rasa geram. Dia geram kerana kawan baiknya membocorkan keadaan fizikalnya dulu.

     "Hahahaha... " Hafia tertawa. Dia dapat membayangkan postur tubuh Fyera yang   'gemuk' itu. Pasti dia akan mencubit pipi pari-pari suku Daun itu.

       "Kau lagi! Eeeeeee.....! " Fyera berasa semakin geram bila diketawakan oleh kawan barunya. Dia bercekak pinggang seraya merenung tajam muka gadis manusia itu.

       "Okay, okay. Janganlah marah... " Hafia berusaha meredakan tawanya. Dia menekup mulut dengan telapak tangan.

       "Eh, sedar tak sedar dah senjalah pula. Saya pulang ke kerajaan Samudera dulu, " kata Qralia. Dia mengusap sisik ekornya. Sejurus ekornya bertukar menjadi sepasang kaki. Hafia terpegun melihat perubahan itu. Matanya lekat memandang Qralia.

    Manusia suku Ikan duyung itu berdiri lalu mula mengatur langkah. Fyera mengikuti kawan baiknya. Dia sempat menoleh ke belakang dan berkata kepada Hafia,'  "Saya hantar kawan baik ni dulu ye. Awak tunggulah di situ. " Dia melambai-lambai Hafia sebelum hilang di pandangan.

      Hafia akur. Dia duduk di tebing tasik Nilam Seribu Malam. Lututnya dipeluk erat.

Seminit....

Dua minit...

Lima minit....

Sepuluh minit...

Tiga puluh minit kemudian...

     Hafia menghela nafasnya. Dia gelisah. Bayang Fyera belum kelihatan. Hatinya berasa gusar kerana sekelilingnya beransur gelap. Dia menggaru-garu lengannya yang gatal akibat digigit nyamuk. Matanya melilau ke serata arah.

     "Fyera buat apa lagi ni... takkanlah lama sangat nak hantar kawan baik dia di laut, " rungutnya.

      Tiba-tiba sepasang lengan sasa menarik gadis itu. Lembaga misteri itu menekup mulut dan hidung gadis itu sehingga pengsan. Hafia terkulai layu di dalam rangkulan jejaka misteri itu.

       "Target sudah ditangkap. Kita perlu pulang ke istana sebelum larut malam. Nanti Tuanku Thaundrial murka, " kata lembaga itu. Lembaga-lembaga itu menyusup ke dalam hutan rimba. Mereka berlari sepantas kilat menuju ke alam bunian.

*********

* Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ye.

*Semoga ALLAH SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan kita... Aamiin.

   
    

     

        

   

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now