Helah & Cinta

8 6 0
                                    

      Cawan berisi teh Chamomile diletakkan di atas meja. Dia merenung tepat ke arah wajah Raja Demion dan Lord Olixies yang tunduk sedari tadi.

      "Jadi, apa yang harus kita buat sekarang ni? " Nada suara Tuan Hael kedengaran sinis. Api amarahnya belum padam lagi.

       "Tak tahu, Tuan Hael. " Lord Olixies bersuara jua akhirnya. Raja Demion berdehem-dehem. Cuba mengusir ketegangan di udara.

        "Tak tahu? Tu jawapan korang? " Tuan Hael makin berapi-api. Hilang terus perkataan 'Tuanku/Lord' bibir. Api amarah membakar rasa hormatnya terhadap Raja Demion dan Lord Olixies.

      "Maafkan kami, Tuan Hael. Disebabkan persaingan kami.. Puteri Hafia melarikan diri. Kami memang bersalah... " Raja Demion bertutur tenang. Lord Olixies memandang sekilas ke arahnya seraya menjeling tajam. Mampu pula raja puntianak itu bersikap tenang dalam keadaan genting ini!

        "Kalau kau tak muncul.. Hafia takkan lari! Tau tak?! " Lord Olixies mengeluarkan lahar api di hati.

       "Eleh, salah aku pulak?! Kau pun sama! Suka hati memintas orang menghantar lamaran! " Raja Demion tidak mengaku kalah dengan saingannya itu. Siap menyeringai marah lagi. Gigi taring tajamnya kelihatan jelas.

           "Saya ikhlas melamar Hafia. Kau tu yang licik! Mahu perangkap dia... lepas tu kalau berkesempatan kau akan minum darah dia, kan?! " Lord Olixies tidak membiarkan dirinya tenggelam dalam perbalahan itu. Dia mesti menang!

        "Ahhh..... diam! Cakap tu jangan ikut sedap mulut je! Saya cintakan Hafia-lah! " Raja Demion mempertahankan dirinya. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar di situ.

     "Kau yang sepatutnya diam! Kau tu banyak tipu helah nak jerat mangsa! Mendiang isteri aku mati gara-gara kau juga! " Lord Olixies semakin marah.

       Tuan Hael mengeluh. Dia jadi bingung. Tidak sudah-sudah dua orang kenamaan itu bergaduh. Maklumlah musuh ketat sejak peristiwa 30 tahun yang lalu. Sejak kematian Lady Hayyan angkara Raja Demion, Lord Olixies membenci raja puntianak itu.

      Tuan Hael tahu bahawa Lord Olixies tulus mencintai anaknya, Hafia. Dia juga tahu tentang kelicikan Raja Demion yang ingin memangsa anaknya. Tapi, dia tidak tahu untuk memutuskan pilihan bagi Hafia. Biarlah anakanda bongsu itu yang memilih di antara dua jejaka berdarjat tinggi itu. Ya, antara helah dan cinta.

*******
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini. Tolong vote, komen dan share ye.

Sia-sia jika diturutkan hatimu..
Yang terleka dibuai kata-kata palsu..

Sia-sia jika tak dicuba dahulu..
Kerna hatiku dibelenggu rindu...

*Cuba teka tajuk lirik lagu tu. Tulis jawapan di ruang komen, kalau betul... kau budak pintar!
😁

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now