Mawar merah&mawar biru

14 5 0
                                    


      "Tuan Olixies menitipkan salam kepada tuan puteri, " kata Brella sambil menghulurkan sejambak bunga mawar biru kepada gadis remaja itu. Hafia teragak-agak menyambut karangan bunga indah itu.

       "Dan... ini hadiah daripada Raja Demion, " kata Brella. Dia memberikan sejambak bunga mawar merah kepada remaja itu. "Err... Raja Demion? " Hafia terkejut. Dia terpaku. Kenapa dua lelaki berpangkat tinggi itu mengirimkan jambangan bunga kepadanya pada awal pagi ini?

       "Iya, Puteri. " Brella menunduk hormat sebelum keluar dari bilik tidur puteri bangsawan itu. Daun pintu ditutup rapat. Hafia termenung sendirian. Dua jambak bunga mawar berbeza warna dan rupa itu ditatap penuh tanda tanya.

        Gadis muda itu melepaskan keluhan berat. Dia meletakkan karangan bunga mawar itu di atas meja. Dia mengenakan tudung bawal hijau. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik tidur lalu menuju ke ruang tamu.

       "Selamat pagi, adik! " Sapa Ryan.

"Selamat pagi, abang, " balas Hafia. Dia melabuhkan punggung di sofa yang kosong. Tuan Hael menghirup teh hijaunya.

        "Awal betul anakanda terima bunga pagi ni, kan? Dua jambak pulak tu? " sindir Tuan Hael. Hafia tersinggung. Dia tunduk.

       Tuan Hael berdehem-dehem. Dia meletakkan cawan kaca di meja. Sepasang mata hitamnya merenung wajah polos dan comel itu.

      "Anakanda tau kan? Apa maksud daripada pemberian dua jambak mawar berbeza warna itu? "

     "Saya tak tau, ayahanda, " jawab Hafia. Tuan Hael menghela nafas dalam-dalam. Dia menatap wajah anakandanya. Ryan pula hanya diam membisu. Enggan menyampuk perbualan ayah dan adiknya itu.

      "Bunga mawar adalah simbol cinta di kerajaan Allumi ni, Hafia. Ayahanda tak sangka bahawa kau dah lupa tentang perkara tu, " kata Tuan Hael. Hafia terkedu. Dia merasakan seolah dunianya sedang berputar laju. Kata-kata ayah membuatnya sesak dada.

       "Pendek kata... Lord Olixies dan Raja Demion melamar anakanda secara tak rasmi. Itulah tanda pemberian dua jambak bunga mawar itu. "

    Hafia terpaku. Terasa seperti tubuhnya disambar petir. Dia memeluk kedua lututnya.

      "Saya... saya nak ke bilik dulu, " ujarnya. Dia berdiri dan menuju ke bilik tidur. Pintu ditutup rapat. Dia merebahkan tubuhnya ke katil. Dadanya berdebar kencang.

         "Baru je jumpa dah mulakan action. Bahaya betul lelaki bangsawan di zaman ni! " gumamnya.

      *******

*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini. Tolong vote, komen dan share ya.

*Harap korang suka cerita ni.
Love you all, my readers!

     

      

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now