"Hafia, anakandaku! " Tuan Hael menerpa ke arah anak gadisnya dan langsung memeluk Hafia.
Hafia terpisat-pisat. Matanya berkedip-kedip nan kebingungan. Dia berasa canggung kerana dipeluk oleh lelaki bangsawan merangkap 'ayahnya' itu di depan umum.
"Kenapalah kau lari dari rumah nak? Ayahanda risau sangat pasal anakanda, " luah Tuan Hael. Hafia tunduk. Dia rasa serba-salah.
"Maafkan, anakanda... " ucapnya. Lirih. Tuan Hael meleraikan pelukan. Dia menatap wajah anak perempuannya. Sayu.
"Ayahanda yang patut meminta maaf kepada anakanda sebab sindir anakanda. Anakanda tak bersalah, " balas Tuan Hael.
Hafia diam. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia menyangka bahawa ayahnya akan marah kepadanya kerana telah bertindak semberono tetapi sangkaannya meleset. Pandangan tertuju ke tanah.
"Mari, kita balik rumah. Tentu Hafia penat, kan? " Tuan Hael naik ke kereta kuda dan melambai ke arah gadis itu. Hafia akur. Dia duduk di sebelah ayahnya.
Kereta kuda pun meluncur perlahan. Hafia memandang ke luar jendela. Raja Thaundrial sempat tersenyum dan melambai ke arahnya. Hafia turut tersenyum simpul sebagai tanda perpisahan. Apabila bayangan raja bunian itu menghilang dari pandangan mata, dia menatap muka sang ayah. Dia hendak bertanya sesuatu hal kepada bangsawan Duke itu.
"Ayahanda, anakanda nak tanya sesuatu, bolehkah? "
"Boleh, tanyalah. " Tuan Hael tersenyum.
Hafia berfikir sejenak sebelum bertanya, ' "Kenapa kerajaan Allumi mengetahui tentang agama Islam tapi tak ada seorang pun yang menganutnya selain aku? "
Tuan Hael terkedu. Rona mukanya berubah menjadi pucat. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan.
"Perkara tu sangat rumit nak dijelaskan, anakanda. Ia bersangkut-paut dengan sejarah kerajaan Allumi pada tahun 1860."
Hafia terdiam. Dia tunduk. Dia hilang selera untuk berbicara.
"1860- Seorang ulama Arab datang berdagang di kerajaan ini. Dia menggunakan sistem perdagangan yang efisien dan mengharamkan riba. Yang Mulia Maharaja ketika itu tertarik dengan cara perdagangan ulama tersebut lalu memutuskan memeluk agama Islam dan mempelajari ilmu perdagangan ulama Arab. Rakyat jelata dan golongan bangsawan juga mengikuti jejak baginda Yang Mulia Maharaja. Seluruh kerajaan Allumi memeluk Islam.
Mereka bersungguh-sungguh mempelajari ilmu agama itu. Namun sayangnya, niat mereka salah semasa memeluk agama Islam. Mereka hanya ingin mempelajari cara mengaut keuntungan dalam perniagaan daripada memdalami ilmu agama. Akhirnya, keyakinan mereka mulai goyah lalu akhirnya terpesong. Mereka kembali ke agama asal, mengamalkan sihir serta berkelakuan kejam sesama sendiri, " cerita Tuan Hael dengan nada suara yang sarat emosi.
Hafia mengangkat muka. Muka serius ayahnya ditatap lama. Dia agak terkejut mendengar penjelasan sang ayahanda.
"Sejak itu Islam hanya tinggal kenangan di kerajaan Allumi ni, Hafia. Semuanya musnah disebabkan niat yang terpesong. Sepatutnya mereka ikhlas dan reda memeluk agama tu tapi.... " Ayatnya tergantung. Dia menghela nafas berat.
"Mereka cuma ingin belajar ilmu perdagangan daripada ulama Arab itu. "
"Apa jadi kepada ulama Arab tu, ayahanda? " soal Hafia.
"Dia... dia berasa kecewa bila mengetahui niat sebenar mereka. Dia berusaha berdakwah di kerajaan Allumi ni lagi. Tapi, Yang Mulia Maharaja, rakyat jelata dan golongan bangswan bersikap seperti mencurah air ke daun keladi. Ulama Arab tu membawa diri bersama perasaan kecewa yang mendalam. Sehingga sekarang ni... dia tak datang berdagang di sini. "
Hafia terdiam mendengar penjelasan ayahanda. Dia melepaskan keluhan halus. Rupanya itulah awal mulanya sejarah Islam di kerajaan Allumi ini. Sejarah yang penuh dengan pengajaran serta emosi.
Hafia melempar pandangan ke luar jendela. Merenung langit senja berhiaskan sinar jingga keemasan. Gumpalan awanan tampak sarat seperti dadanya yang kian dipalu campuran emosi.
"Ayahanda mahu memeluk Islam? " tanya Hafia. Lirih.
Tuan Hael tersenyum pahit. Dia tunduk.
"Tak. Ayahanda belum berniat menganut agama tu, " jawabnya membuat Hafia berasa hampa.
Hafia tersenyum pahit. Dia berusaha emosinya daripada meluap-luap. Sesungguhnya hidayah itu adalah milik ALLAH SWT. DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU. DIA mengurniakan hidayah-NYA kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan kepada sesiapa yang ingin dikurniakan hidayah.
***********
Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ya.
Thank you...
Happy reading and happy writing!
😘
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasy❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...