"Kita nak pergi ke mana ni, Fyera? " tanya Hafia. Dia berpaut erat pada bahu kawannya. Fyera hanya tersenyum penuh helah. Sayapnya berkibas laju. Dia terbang menuju ke sebuah pantai.
Hafia berasa kagum memandang pemandangan indah di pantai itu. Laut biru jernih, pepasiran putih berkilauan dan dedaunan pokok kelapa melambai mengikut arah tiupan angin. Di kejauhan mereka dapat melihat beberapa ekor manusia ikan sedang berehat di tepian pantai. Sisik ekor mereka berkilauan saat disuluh cahaya mentari.
Fyera mendarat di sebuah batu yang amat besar. Dia melambai ke arah tiga orang manusia ikan itu. "Tuanku Puteri Qralia ada di mana?" soalnya.
"Tempat biasalah.. mana lagi? " jawab seorang manusia ikan. Sisiknya berwarna kuning keemasan. Sekilas pandang kelihatan seperti koin emas. Kalau pencuri atau lanun lalu pasti dikejar manusia ikan itu.
Hafia mengikuti Fyera di belakang. Mereka melalui persisiran pantai, meredah semak belukar dan akhirnya tiba di sebuah kawasan yang sangat indah. Kuntum-kuntum bunga bermekaran, rama-rama menari-nari di udara dan sebuah tasik yang biru kehitaman. Hafia berasa ngeri apabila melihat air tasik itu. Ianya kelihatan amat dalam dan dasarnya sukar diduga.
"Kita... di mana ni? " Hafia melilaukan pandangan ke serata arah. Fyera berlagak selamba. Dia berlari ke arah tasik ngeri itu dan duduk di tebingnya.
"Tuan Puteri, awak di mana? Saya nak jumpa awaklah..! " laung pari-pari itu. Tiada juga bayang kelihatan. Terpaksalah Fyera melaung sekali lagi untuk memanggil kawan berasal dari suku laut itu.
Tiba-tiba, air tasik mulai beriak perlahan. Diiringi kemunculan buih-buih di tebing tasik itu lalu muncullah seorang manusia ikan berambut pink pucat. Matanya biru bak bola kristal. Dia berenang ke tepian dan duduk di sebelah Fyera.
"Ada perlu apa, Fyera? " tanyanya.
"Saja.. nak jumpa kau." Fyera tersenyum girang.
"Eh, siapa perempuan yang pakai tudung cantik tu? " Qralia memandang ke arah Hafia yang tercegat di sebalik pokok. Fyera menyua senyum sebelum menjawab,' : "Dia kawan baru aku, nama dia Puteri Hafia Qalisya Duke. Dia suku manusia, " katanya.
"Oh, macam tu. " Qralia mengangguk faham.
"Marilah duduk di sini, " ajaknya. Hafia teragak-agak menyertai dua sekawan itu. Namun dia akur jua. Dia melabuhkan punggung di sebelah Fyera. Senyuman canggung disua.
"Patutlah awak tak datang kelmarin, Fyera. Dah ada kawan baru rupanya, " kata Qralia. Puteri duyung itu tampak seperti merajuk.
"Hehe.... " Fyera tersengih-sengih. Dia serba-salah kerana ingkar janji. "Maafkan saya, Tuan Puteri. Saya lupa janji kita... "
"Yelah tu. Lepas ni kau lupa lagi pasal janji kita, kan? Tak muncul-muncul. " Qralia bertambah merajuk.
Hafia pula diam seribu bahasa. Enggan menyampuk perbualan dua sekawan itu. Lagipun dia hanya 'orang baru' bagi mereka.
Fyera tidak habis-habis tersengih seperti kerang busuk. Dia menepuk lembut bahu Qralia. Nampak gayanya sedang memujuk kawan baiknya itu. Ya, suku laut memang kuat merajuk. Tak kiralah lelaki ke perempuan!
*********
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ye.Terima kasih....
Semoga korang semua sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki oleh ALLLAH AR-RAZZAQ. -AAMIIN-
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasía❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...