Biar Betul?!

9 5 0
                                    

        Suasana malam yang suram. Langit kelihatan mendung kelabu. Purnama berselindung di sebalik gumpalan awanan.

        Hafia menyelinap keluar dari jendela. Dia melompat ke tanah dan berlari menuju ke taman. Gadis remaja itu melabuhkan punggung di bangku. Dia menarik nafas lega kerana bebas daripada kawalan para pembantu rumah yang selalu mengikutinya ke mana sahaja.

        Dia menghirup udara segar. Dia menikmati pemandangan malam yang kelam seperti mawar hitam. Cahaya bulan purnama dan lampu taman menerangi seluruh kawasan. Kuntuman bunga masih lagi bermekaran.

          "Susahlah kalau macam ni.... " rungutnya. "Macam dalam mimpi pulak. Saya harap semua ni cepat berakhir. Saya tak nak tinggal kat sini lama-lama. Boleh jadi gila...! "

      Hafia melepaskan keluhan halus. Dia menatap bulan purnama yang pucat. Dia berasa sedih pula. Dia merindukan keluarganya di dunia asalnya.

          "Kenapa Puteri duduk  di taman ni? Bukankah bahaya kalau Puteri berseorangan di sini? " suara parau itu mengagetkan remaja itu. Pantas dia melihat ke arah sumber suara itu. Alangkah terkejutnya dia bila terpandang seorang jejaka berambut putih panjang separas punggung, berpakaian serba hitam campur merah, berbadan sasa dan tinggi lampai itu sedang berdiri di depannya. Jejaka itu bermata merah darah. Gigi taringnya yang tajam sedikit kelihatan.

       "Si.. si.. siapa... kau? " Hafia tergagap-gagap. Dia mulai berasa takut.

          "Saya? Saya raja puntianak atau dikenali sebagai Vampire. Nama saya Raja Demion, " jawab jejaka misteri itu.

       "Biar betul?! Kau cuma berbohong, kan? " Hafia tersengih seperti kerang busuk. Kepalanya pening seakan dikelilingi lima butir bintang.

        "Saya memang puntianaklah! Kalau Puteri tak percaya... boleh saya tunjukkan sekarang! " Raja Demion mengangakan mulutnya, sepasang gigi taringnya semakin tajam dan runcing. Dia mendekati gadis remaja itu.

      Hafia bingkas bangun. Dia berlari menuju ke mansion Heildrich. Namun, Raja Demion bergerak secepat kilat menghalang gadis itu daripada melarikan diri darinya.

        "K.. k.. ka.. kau nak apa hah? " Hafia berundur ke belakang. Dia makin berasa panik.

      "Aku nak buktikan bahawa aku memang seorang raja puntianak. Sekarang, Puteri dah percaya ke? " Raja Demion tersenyum sinis.

         GULP! Hafia menelan air liurnya. Dia berpeluh dingin. Serasa nyawanya melayang ke udara kerana berasa takut dengan raja puntianak itu. Dia tidak bermimpi! Ini adalah kenyataan! Salah satu makhluk mitos telah wujud di depan matanya!

          "A.. apa yang tuanku buat di sini? " tanya Hafia. Dia cuba memberanikan diri untuk bertanya kepada raja puntianak itu.

       "Beta hanya ingin berjumpa dengan Tuan Hael. Ada hal mustahak yang perlu kami bincangkan, " jawab Raja Demion seraya menuju ke mansion Heildrich. Hafia memerhatikan raja puntianak itu dari jauh. Dia duduk di bangku semula. Nafasnya cuba diatur. Dia berusaha menenangkan dirinya yang masih ketakutan. Peluh dingin yang merenik di dahi diseka dengan tangan.

         Apa agaknya perkara yang dibincangkan oleh mereka? Barangkali, tentang upacara penobatan putera mahkota di istana Allium. Hafia berdiam diri di taman buat beberapa minit sebelum dia masuk ke bilik tidurnya. Dia menutup jendela, tudungnya dibuka dan disangkutkan pada penyangkut pakaian.

        Rambut lurus hitam panjangnya dibiarkan bebas. Dia duduk di birai katil. Brella mengambil sikat rambut dan menyisir rambut remaja itu dengan cermat.

       Di dalam bilik kerja Tuan Hael, Raja Demion tiba-tiba terdiam. Dia terhidu bau rambut seorang gadis manusia. Gadis itu tidak lain tidak bukan adalah Puteri Hafia Qalisya Duke. Bayu bersemilir sepoi-sepoi bahasa membawa bau rambut gadis remaja itu. Raja Demion menghirup udara bercampur bau rambut yang mewangi itu. Dia menelan air liurnya dengan rakus. Matanya bersinar merah garang.

         "Tuanku? Tuanku Demion? " Tuan Hael menyedarkan raja puntianak itu. Raja Demion tersentak. Dia tersedar dari khayalan. Dia tersenyum tawar.

       "Tuanku tak setuju ke dengan idea, patik? " tanya Tuan Hael.

      "Err... bukan macam tu. Beta sangat setuju dengan idea Tuan Hael. Jadi, projek pembinaan empangan di sungai Rimpo akan dimulakan pada bulan depan. Idea Tuan Hael ni... bernas juga, " jawab Raja Demion.

     Tuan Hael tersenyum lega.

"Kita patut bentangkan idea projek ni kepada Duli Yang Maha Mulia dahulu. Kita juga perlu mendapatkan persetujuan daripada baginda. Mungkin, hal ini akan mudah kalau tuanku pergi menemui baginda di istana Allium, " ujarnya.

      Raja Demion tersenyum. "Beta akan berusaha. Minggu depan sebelum upacara penobatan putera mahkota dilangsungkan, beta akan menemui Duli Yang Maha Mulia untuk membincangkan perkara ni, " katanya.

       "Baiklah, patik setuju, " balas Tuan Hael. Mereka pun saling bersalaman tangan. Senyum terukir di bibir masing-masing.

       Raja Demion tersenyum licik. Bau wangi rambut Hafia membuatnya semakin bernafsu untuk meminum darah manusia.

**********

*Korang tak peningkah baca cerita ini? Kalau tak... syukurlah, tapi kalau ya... maaf ye. Moga korang suka cerita ni.

*Tolong vote, share dan komen ya.

*Terima kasih...

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now