Awal dari pengembaraan

15 5 3
                                    

     Sudah jauh dia berlari. Kini dia tiba di pinggir hutan rimba. Saujana hijau terbentang luas, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan rerumputan menari-nari riang. Suasananya kelihatan amat damai.

       Hafia menapak perlahan memasuki kawasan hutan rimba tersebut. Dia berniat untuk mencari buah-buahan yang boleh dimakan. Boleh dia simpan untuk menggalas perutnya nanti.

      BUKK!!

"Aduh! " Gadis itu jatuh terduduk ke tanah.

      "Eh? Maafkan saya, kak.... " suara kecil itu kedengaran comel. Hafia mendongak. Empunya suara itu adalah seorang pari-pari yang bersayap hijau. Rambut dan gaunnya turut berwarna hijau.

      Hafia terpegun melihat kecantikan pari-pari itu. Matanya membulat. Dia menatap kagum kepada pari-pari bersayap hijau jernih itu.

       "A.. awak siapa? " tanya Hafia.

"Saya... pari-pari dari suku daun. Nama saya ialah Fyera, " jawab pari-pari itu.

      "Awak pula siapa? Apa hajat datang ke mari? " soalnya balik.

     Saya... Puteri Hafia Qalisya. Saya cuma nak cari buah-buahan di hutan ni... " Hafia berdiri. Dia menyarungkan beg galas yang sarat dengan pakaian ke bahunya.

       "Oh, macam tu. Kalau Puteri tak keberatan.. boleh saya temankan awak? Saya sangat arif dengan jenis buah-buahan di hutan rimba ni. "   
  
     Fyera terbang mendekati gadis manusia itu. Sayapnya ralit berkibas laju. Setiap kali sayap itu mengibas debu hijau pari-pari akan meluruh jatuh. Ianya berkilauan seperti bintang.

       "Wah, cantiknya sayap awak... SUBHANALLAH.... " puji Hafia. Fyera tersenyum bangga. Kembang kempis hidungnya bila dipuji sebegitu.

     "Jom, saya temankan awak pergi mencari buah-buahan, " kata Fyera sambil menarik tangan Hafia. Hampir terjatuh Hafia dibuatnya. Tapi, gadis remaja itu sempat mengawal imbangan tubuhnya. Mereka pun melayah laju. Fyera membawa Hafia terbang di udara.

    Hafia tersenyum. Dia berasa bebas. Seakan-akan hilang segala tekanan yang mencengkam mentalnya selama ini. Terpaan angin yang menampar wajah terasa begitu mendamaikan, membelai-belai seluruh tubuhnya bagaikan sentuhan manja yang menenangkan jiwa kacaunya. Fyera bersorak kegirangan. Dia berasa gembira kerana telah mendapat 'kawan baru' pada senja itu.

         *****

*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini. Tolong vote, komen dan share ye.

Thank you....

       

      

     

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now