Pulang Ke Kerajaan Allumi

7 3 0
                                    

        Hafia merenung ke luar jendela. Kereta kuda yang dinaiki bergerak laju. Raja Thaundrial memerhatikan tingkah laku gadis manusia itu dengan tekun. Tatapan mata raja bunian itu tajam seperti mata helang membuat Hafia menyedari dirinya sedang diperhatikan. Gadis itu berpura-pura tidak tahu. Dia membuang pandang ke luar jendela semula.

        "Awak lari dari rumah sebab Raja Demion dan Lord Olixies melamar awak, kan? " soal Raja Thaundrial.

Hafia diam. Enggan menjawab soalan itu kerana berasa tidak selesa. Dia tidak mahu privasinya terganggu.

       "Kalau awak tak mahu terima lamaran dorang, tolak jelah. Janganlah larikan diri daripada masalah. Tengok apa dah jadi... ayah awak risau sangat pada awak tau tak? Lain kali...selesaikan masalah elok-elok, " nasihat Raja Thaundrial dengan nada sinikal. Hafia diam menahan rasa geram yang menggigit hatinya. Ingin sahaja dia meletuskan amarah yang terpendam dalam raga. Tapi, dia harus bersikap sabar. Dia tidak boleh mencetuskan persengketaan dengan Raja Thaundrial.

       "Tuanku, kita dah sampai di bandar Allyseum, " beritahu pemandu kereta kuda. Raja Thaundrial memberikan tiga koin emas kepada pemandu itu lalu turun ke tanah. Hafia mengatur langkah dengan gemalai. Bunyi derap kakinya langsung tidak kedengaran seolah mayat hidup yang sedang berjalan.

      Raja Thaundrial menatap sejenak wajah suram gadis itu. Dia berasa risau ketika melihat bibir pucat Hafia.

     "Kau okeykah? " tanyanya.

"Okey je.. " jawab Hafia. Acuh tak acuh.

"Yelah tu. Muka kau pucat sangat tau. Kau sakitkah? " Raja Thaundrial belum berpuas hati mendengar jawapan gadis remaja itu.

"Takpe, aku okey. " Hafia tetap berselindung. Hatta perutnya terasa sakit. Pedih seperti dicucuk jarum. Sah,  gastrik menyerangnya lagi! Hafia melabuhkan punggung di sebuah bangku kayu. Tangan menekan perut yang berkeroncong. Dia berpura-pura bertingkah seperti baik-baik saja. Walhal, dia berasa lapar kerana belum menjamah apa pun dari kelmarin.

      Raja Thaundrial melepaskan keluhan halus. Dia menapak ke arah sebuah gerai makanan yang berhampiran. Selepas membeli apa yang perlu dia mendekati gadis manusia itu.

"Nah, ambilah. Beta tau kau belum makan dari kelmarin, kan? " Tiga cucuk sate ayam dihulurkan ke arah gadis itu. Hafia menatap makanan itu sesaat. Bimbang ianya hanya ilusi.

      "Ambilah, beta tak letak jampi serapah dalam makanan tu. Baru je beta beli tadi, " desak Raja Thaundrial.

     Hafia mengambil tiga cucuk sate ayam itu dan mulai memakannya selepas mengucap 'Bismillah'. Mulutnya mengunyah makanan itu dengan sabar meskipun perutnya makin meragam. Fuh, sakitnya gastrik... 😣😥

     "Terima kasih..." ucap Hafia seusai menjamu selera. Raja Thaundrial tersenyum. Dia merenung wajah comel gadis itu.

     "Sama-sama. Kau dah okeykah? Kalau dah okey... bolehlah kita gerak ke mansion Heildrich. Tentu Tuan Hael sedang menunggu kau di sana, " katanya.

       Hafia menghela nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Mata dipejamkan kemudian dicelikkan.

      "Baiklah... " Hafia berdiri. Langkah diayun perlahan namun penuh yakin. Seperti bersedia menghadapi sebarang risiko dalam hidup. Ya, dia mesti bersedia untuk dimarahi oleh sang ayahanda.

       Raja Thaundrial menggeleng. Dia berasa terhibur menyaksikan tingkah gadis itu. Dia tertarik dengan sikap Hafia yang mulai matang.

       Debaran di dada jelas kedengaran. Raja Thaundrial bagaikan baru tersedar dari mimpi. Dia memandang Hafia yang sudah jauh di depan. Dia mengeluh. Kenapa dengan dirinya? Dia gelisah. Resah tidak terkata. Degupan jantung kian berbunyi rancak. Adakah dia telah jatuh cinta kepada gadis remaja itu?

********

*Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share.

Thank you....

☺🥰


     

       

      

      

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now