Puteri Bangsawan

14 6 0
                                    


       Dia tunduk. Matanya asyik merenung lantai marmar putih. Mulutnya membungkam sejak tadi.

        Ryan merenung adik perempuannya dengan kerutan di dahi. Dia berasa hairan melihat tingkah aneh adiknya. Tuan Hael meletakkan cawan berisi teh di meja. Dia berdehem.

         "Anakanda, kenapa termenung ni? Ada perkara yang mengganggu fikiran anakanda ke? " tanya Tuan Hael. Dia menatap muka anak bongsunya itu. Riak mukanya kelihatan serius. Wajahnya tampak awet muda meskipun umurnya sudah mencecah 46 tahun. Sekilas pandang pasti ramai yang menyangka bahawa Tuan Hael masih berusia 30-an. Langsung tiada kedutan di kulitnya.

        Gadis remaja itu diam membisu. Dia hanya memainkan hujung kain tudungnya. Dia tunduk seperti pencuri yang sedang disoal oleh polis.

       "Saya... saya ada kat mana ni? " soal gadis remaja itu. Tuan Hael dan abangnya, Ryan terjeda seketika. Sejurus mereka tertawa serentak. "Kau masih mengigau ke, adik? " Ryan mengejek Hafia yang sedang kebingungan.

       "Anakanda berada di mansion Heildrich. Mansion generasi bangsawan Duke. Tempat tinggal kita.. anakanda bermimpi pelikkah semalam? Sampai bertingkah aneh macam ni... " Tuan Hael ketawa lagi.

      Hafia terdiam. Apa yang telah berlaku ke atas dirinya? Adakah dia berada di dimensi lain? Mungkinkah ini adalah isekai yang wujud dalam anime? Oh, tentunya dia hanya bermimpi belaka! Tapi, dia mencubit lengannya terasa nyata pula. Dia berasa sakit. Apakah ini realiti?

       "Saya... saya siapa? " tanya Hafia lagi. Ryan belum berhenti ketawa sedari tadi. Malah tawanya makin rancak bila adiknya menanyakan tentang dirinya.

          "Ryan, dahlah tu. Tak baik ketawakan adik, " tegur Tuan Hael. Ryan menekup mulutnya dengan kedua telapak tangan. Dia menahan tawanya daripada meletus seperti gunung berapi.

       "Anakanda adalah anak bongsu ayahanda. Nama anakanda ialah Puteri Hafia Qalisya Duke, berusia 19 tahun dan memeluk agama Islam sejak 5 tahun yang lalu, " jelas Tuan Hael.

       Hafia terpaku. Namanya dan kenyataan agamanya sedikit berubah. Nama asalnya ialah Hafia Alisa. Selain itu, dia memang dilahirkan sebagai gadis muslimah. Dia mewarisi agama Islam daripada ibu bapanya! Bukan sebagai mualaf! Apakah yang telah terjadi?

          Dia ingin memprotes tapi tidak berani. Takut dirinya dianggap gila. Dia tunduk. Fikirannya berserabut. Sah, dia memang berada di dunia lain!

        "Sebenarnya, ayahanda nak bincang sesuatu hal dengan anakanda berdua. " Riak muka Tuan Hael kelihatan serius.

        "Hal apa, ayahanda? " Ryan bertanya sopan.

       "Tak lama lagi Upacara penobatan putera mahkota akan diadakan di istana Allium. Semua bangsawan mesti hadir ke upacara itu. Ayahanda mahu kamu berdua menyiapkan diri sepatutnya. " Tuan Hael berkata dengan nada suara yang tegas.

        "Upacara penobatan putera mahkota? " Ryan berasa terkejut. Hafia juga tidak terkecuali. Dia terlopong. Kalau ada lalat tumpang lalu nescaya ia akan termasuk ke dalam mulut gadis remaja itu.

        "Pada masa tu, ketua bangsawan akan hadir. Lord Olixies Archduke adalah tetamu khas diraja, dia orang penting bagi Duli Yang Maha Mulia. Kita mesti menjaga sikap dan martabat sebagai bangsawan. "

      "Jadi, ayahanda mahu kita bersikap sopan dalam upacara tu? " Ryan meminta kepastian.

     "Iya, anakanda. Walaupun kedudukan kita tinggi namun ada yang lebih tinggi daripada kita. Kita tak boleh bersikap sewenangnya saja. Kita tak boleh jadi angkuh macam bangsawan yang lain, " balas Tuan Hael seraya menasihati anakandanya.

      "Kalau macam tu, kami ikut jelah nasihat ayahanda. Anakanda pun bersetuju dengan kata-kata ayahanda," ujar Ryan.

     Tuan Hael tersenyum lega. Dia beralih ke anak perempuan bongsunya pula. "Anakanda nak tanya apa-apa ke? "

      Hafia seakan baru tersedar dari mimpi. Dia menggeleng. Dia tunduk.

      "Anakanda jangan risau, Brella akan membantu anakanda untuk mempersiapkan diri ke upacara tu. Panggil saja dia kalau anakanda ada perlu, " kata Tuan Hael. Hafia menggangguk.

       "Kau ni dah bisu ke? Diam je... " Ryan menjeling tajam ke arah adiknya. Hafia berasa jengkel. Dia kesal. Suka hatilah dia nak diam ke? dia nak ketawa ke? Bukan masalah abang tu pun!

     "Saya mahu keluar sekejap... " Hafia berdiri lalu menuju ke pintu yang terkuak luas. Pintu itu bersaiz besar seperti pintu gergasi. Malah, pintunya diperbuat daripada kayu gaharu yang wangi dan ia dicat dengan warna putih.

          "Nak pergi ke mana? " Soal Ryan.

"Brella! " Tuan Hael memanggil ketua pembantu rumah di mansion itu. "Iya, Tuan! Sekejap..! " Kedengaran suara lunak seorang perempuan dari dapur. Seketika muncul seorang wanita yang berumur separuh abad. Dia memakai gaun maid hitam serta apron putih di pinggangnya.

      "Apa yang perlu saya bantu, Tuan?" tanya Brella. Dia tunduk hormat.

      "Tolong temankan anakanda saya ke ibu kota. Dia mahu bersiar-siar ke sana, " kata Tuan Hael membuat biji mata Hafia membulat.

       "Baiklah, tuan. " Brella tunduk hormat sekali lagi sebelum menapak ke arah gadis bangsawan itu. Dia tersenyum ramah. Hafia berasa canggung. Dia tersenyum kambing.

      Mereka menaiki kereta kuda untuk pergi ke ibu kota. Bermulalah pengembaraan gadis comel itu. Ini adalah awal hikayat seorang remaja yang termasuk ke dunia lain atau lebih dikenali sebagai Isekai.

*******

*Terima kasih sebab sudi baca cerita ini. Harap korang suka..
Tolong vote, share dan komen ya..

Bye...

        

     

Kingdom Of the DreamsWhere stories live. Discover now