Daun pintu rumah berbentuk bujur menyerupai telur ayam dan berwarna putih itu dikuak perlahan. Seorang pari-pari cilik melangkah masuk ke dalam rumah.
"Selamat datang ke rumahku! " Fyera tersenyum girang. Dia mempelawa kawan barunya duduk di ruang tamu. Si gadis manis melabuhkan punggung di kerusi kayu. Lagaknya amat canggung.
"Kejap ya, saya nak buat air dulu... " Fyera menuju ke dapur. Beberapa saat kemudian, bunyi dentingan gelas kaca dan sudu kedengaran rancak di dapur. Hafia tersenyum simpul. Mungkin kawannya sedang berperang dengan gelas, sudu, air panas dan lain-lain. Dia berasa geli hati saat membayangkan Fyera terkocoh-kocoh membancuh air. Segera khayalan itu ditolak ke tepi bila tuan rumah menuju ke ruang tamu sambil menatang dulang.
Fyera tersengih-sengih. Dia meletakkan dulang berisi dua cawan teh susu dan sepiring kuih karipap di atas meja kecil. Hafia menyulam senyum simpul. Dia terharu dengan sikap sopan kawan barunya itu. Fyera pandai memuliakan tetamu.
"Kita minum dulu... " Fyera mencicip teh susu. Lantas mengambil seketul kuih karipap dan memakannya dengan penuh berselera. Hafia turut meminum teh susu yang dihidangkan oleh kawannya. Perlahan-lahan. (Ceh, kontrol ayulah tu..! 😁)
"Fyera, duduk sorang-sorang kah di sini? " tanya Hafia. Fyera menggangguk sambil mulutnya ralit mengunyah kuih.
"Mak bapa saya meninggal dunia masa saya berumur tujuh tahun, " jelas Fyera. Hafia terkedu seketika. Dia serba-salah.
"Jadi, siapa yang jaga awak? "
"Mak cik saya... tapi dia dah pindah ke kampung lain pada tahun lepas. "
"Ya Allah, siapa yang tanggung makan minum kau...? "
"Saya sendiri. Saya cari daun herba di hutan pastu jual ke klinik di kampung ni, " jawab Fyera. Polos.
YA ALLAH....
Terpempan hati Hafia mendengar penjelasan kawannya. Dia berasa malu dengan dirinya pula. Fyera yang masih kecil, baru berumur 10 tahun sudah pandai berdikari menafkahi dirinya. Sedangkan dirinya yang berumur 19 tahun... masih terumbang-ambing mencari keberanian untuk menjengah dunia luar. Perbezaan peribadi mereka kelihatan ketara. Dia tertunduk layu. Tidak tahu hendak menyusun kata.
"Tapi, sekarang ni... akak kan dah ada. Saya berasa amat gembira sebab akak sudi berkawan dengan saya. "
Hafia tersenyum. Dia terharu bercampur sedih. Fyera menghargai dia.
"Akak tinggal bersama saya di sini jelah. Lagipun, saya sorang je duduk di rumah ni. Tinggalah selama mana yang akak mahu, saya tak keberatan, " tutur Fyera.
Hafia menatap muka polos budak perempuan itu. Matanya sedikit berair. Sebak melihat penghargaan dan sikap sopan si kawan.
"Kalau macam tu, saya akan tinggal di sini. Selagi awak tak halau saya, " ujarnya.
"Yeay.... !" Fyera menjerit kegirangan. Sesaat, dia merenung wajah comel Hafia.
"Eh, saya takkan halau akaklah! " katanya. Dia bercekak pinggang. Seperti emak yang sedang memarahi anaknya.
Hafia tertawa geli hati. Fyera menarik muka masam. Marah kerana diketawakan oleh kawan manusianya itu.
********
*Terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tolong vote, komen dan share ye.
Arigatougozaimasu!
YOU ARE READING
Kingdom Of the Dreams
Fantasy❤Bismillahir rahmanir rahim❤ Hafia ialah seorang gadis yang suka berangan. Cita-citanya melambung setinggi gunung namun tidak pernah digapai kenyataan. Bukannya dia tidak pernah berusaha merealisasikan impian-impiannya, tapi sikap kurang perca...