KLAK!
Pandangan mereka memandang ke arah pintu bilik pejabat pengetua yang dibuka secara kasar dari luar itu.
Ada dua orang lelaki masuk ke dalam pejabat dan mengambil tempat di atas sofa. Bersebelahan dengan tiga orang pelajar lelaki yang turut duduk di situ.
"Tuan, say-" kata kata pengetua itu dipotong oleh lelaki yang baru saja masuk ke dalam pejabatnya.
"Apa yang anak anak aku buat?" soal lelaki itu kasar. Lelaki di sebelahnya hanya memerhati.
"Mereka bertiga menumbuk lima orang rakan sekelas mereka sehingga cedera teruk. Mereka patut didenda" jelas pengetua.
Pelajar lelaki yang duduk di tepi lelaki yang menyoal tadi bangun dan menunjuk ke arah salah seorang pelajar lelaki yang duduk di hadapan pengetua.
"TAK ADIL! KENAPA KAMI KENA DENDA TAPI LIMA EKOR JANTAN NI TAK KENA?!" Jerkah pelajar itu.
"Maaf tapi mereka berlima cedera teruk disebabkan kamu jadi kamu semua yang akan kena denda" kelima lima pelajar lelaki yang duduk di hadapannya tersenyum sinis.
Pelajar yang duduk di sofa bersebelahan dengan rakannya bangun. "TAPI JANTAN NI YANG MULA DULU BUKAN KAMI!"
"HABIS TU KAU INGAT KAMI TAK CEDERA KE?! TAK CUKUP KE TEPI BIBIR KAMI NI DARAH HA TAK CUKUP KE?!" Hembur kedua dua lelaki itu.
"Denda apa yang kau akan bagi pada diaorang?" Tanya salah seorang lelaki yang baru saja masuk tadi.
"Dimerit mereka akan dipotong sebanyak 10 markah dan mereka bertiga akan digantung sekolah selama seminggu" kata pengetua tenang.
"ARGHHHHH S*AL" pelajar lelaki yang paling awal berdiri itu mengamuk.
"Sudah, pergi masuk kelas dan ambil beg kauorang. Lepas tu masuk dalam kereta, kami tunggu" seraya itu kedua dua lelaki tadi keluar dari pejabat itu.
Pelajar pelajar lelaki tadi mengeluh sebelum turut beredar dari situ. Salah seorang dari mereka masuk ke dalam kelasnya sebelum dia jatuh terduduk sambil menahan kesakitan di tepi bibirnya.
"Haih tak guna punya jantan. Kau tunggu, aku akan balas" bisiknya perlahan.
Tiba tiba saja ada sehelai sapu tangan kecil dihulurkan di depan wajahnya. Lelaki itu mendongak, ada seorang pelajar perempuan berdiri di sebelahnya kini.
Matanya jatuh semula memandang sapu tangan tadi.
"Nah, ambil lah. Lap darah tu nanti makin banyak darah yang keluar pula" kata gadis itu.
Pelajar lelaki tadi mengambil dan mengelap darah di bibirnya. Gadis itu tersenyum.
"Kalau dah tak ada apa apa, saya balik dulu. Awak jaga diri, sapu tangan tu awak ambil je la lagi pun tu sapu tangan baru"
Belum sempat pelajar lelaki itu membalas gadis tadi terus berlari keluar dari kelas. Jejaka itu hanya melihat pemergian si gadis.
Dia memandang ke arah sapu tangan yang berada di tangan kirinya.
"Starting from now on, you're mine little girl. I'll make sure that you'll be mine. You're Young Master's Precious" gumam lelaki itu perlahan. Hanya dia saja yang dengar.
Hi semua! Hehe terkejut tak bila baca chapter ni? Agak agaknya kauorang dapat teka tak siapa tiga orang pelajar lelaki tu?
Siapa dapat teka dengan betul, kita bagi Ace. Nak tak? Hehe🤭 gurau gurau.
Itu je nak kata. Bubyee semuaaaaaa.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...