NAIK tingkatan baru. Perkara yang paling Laina banggakan sekarang sebab dia bakal habis sekolah tahun ni. Yey! Tak payah duduk asrama lagi.
"Laina, tolong ajar aku ni jap" pinta Hanis yang sedang serabut dengan soalan matematik.
Laina ajarkan satu-satu cara untuk menjawab soalan tersebut. Dengar dia menjelaskan cara untuk menjawab soalan tersebut buat Hanis bengang.
Rasanya Laina ni paling ralat nak belajar. Malas mahu mengulang kaji. Bila selesai satu subjek, tinggal macam tu je. Tapi bila peperiksaan, tak tahu dia pakai ilmu apa boleh skor.
Tapi, bila naik tingkatan lima ni tak tahu la pula.
"Macam tu je jalan kira dia. Matematik ni, kau ingat je formula dia. Lepas tu jangan lupa buat latihan hari-hari. Jangan tinggal sehari pun"
Hanis pandang kertas yang berada di atas meja itu sebelum dia pandang Laina.
"Tapi engkau jarang buat latihan. Boleh je jawab"
Laina buat muka tak tahu apa-apa.
"Setiap orang lain-lain. Lagipun soalan lepas-lepas tu senang. Tu yang boleh jawab. Kalau susah aku surrender dulu"
Nampak? Bagi Hanis soalan lepas-lepas tu memang susah. Si Laina boleh kata lain.
"Assalamualaikum ya ahli kubur!"
Bicara mereka terganggu bila ada manusia masuk bagi salam dengan kuat. Sekali pandang manusia tu Laina menjeling. Jelas dia tak suka.
"Semak je dia kat sini"
Hanis pandang Laina jengkel.
"Eleh, kau juga yang suka dia"
"Eh bila masa? Kan aku cakap aku suka dia sebab bosan je. Tak ikhlas pun. Lagipun muka macam dia tu ramai perempuan. Malas ah"
Hanis senyum sinis.
"Siapa yang petang-petang ajak kau main badminton?"
Laina tergamam
"Tengok tu. Aku rasa dia suka kau la. Kalau tak kenapa dia ajak kau main badminton?"
"Ish! Dia ajak aku main sebab dia dendam aku tahu? Dia kata kalau aku tak main, nanti dia akan bagitahu satu sekolah yang aku pernah kutuk Cikgu Mat"
"Kau menang tak?"
"Soalan apa kau tanya ni?! Sah-sah la tak! Setiap kali aku bawa, dia asyik smash! Sengal betul!"
Laina acah-acah mahu luku kepala lelaki itu.
Yusuf.
Ahmad Yusuf. Lelaki yang agak terkenal di sekolah mereka. Itu pun sebab dia wakil daerah untuk badminton.
Tapi kalau tak wakil apa-apa pun, rasanya ramai je kenal dia sebab ketampanan yang melampaui batasan.
Waktu tingkatan dua hingga tiga, Laina memang minat Yusuf. Namun sebab bosan je.
Entah. Hati Laina memang tak tetap.
Persetankan semua tu. Yang Laina tahu, dia memang anti dengan Yusuf sekarang ni. Memang sengaja cari pasal.
His pov.
TANGAN aku hayun dan buat pukulan pancung kepada pihak lawan. Tapi dapat dibalas balik. Aku geram. Kami berbalas pukulan balik sampai dia penat. Sekali lagi aku buat pukulan pancung dan...
"In"
Aku lompat beria macam budak lima tahun dapat gula-gula. Kaki berlari ke jurulatih yang tidak pernah lelah mengajar aku dari dulu. Tubuh tegapnya aku dakap.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...