lapan belas

18 1 0
                                    

MAJLIS makan malam akan diadakan pada malam ini. Jadi semua murid tingkatan lima bertungkus lumus menyiapkan hiasan di dalam dewan. Memang sudah jadi adat dari dulu. Majlis sendiri, buat sendiri.

Lagi satu jam majlis akan bermula. Pakaian murid-murid lelaki senang, mudah dan cepat. Kebanyakan daripada mereka berpakaian seperti artis barat.

Masalahnya sekarang ni, perempuan bila nak siap? Kebas kaki tunggu diorang je.

"Kalau ramai yang tak ada tu aku faham. Ni yang tino sekor batang hidung pun tak nampak" dengus Aqmal.

Nak saja dia terjah masuk aspuri tu tengok apa yang lama sangat nak bersiapnya.

Tak pasal-pasal, diorang yang cikgu suruh hidang makanan sendiri. Sekolah tak tempah catering. Makanan tu dewan makan yang masak.

"Inilah masalah perempuan. Tak faham aku. Rasa nak sula je sekor-sekor. Bersiap lama-lama pun, bukannya lawa. Macam kera" kutuk Haziq. Aqmal menjeling.

"Amboi Haziq. Mulut kau bukan main mengata eh. Nanti kau juga yang tengok Didi tu" Aqmal menyindir. Perasan wajah Haziq berubah, itu bermakna dia tersentap dengan Aqmal.

Waktu mereka sedang sibuk menyusun apa yang patut, barulah muncul kelibat wanita-wanita yang anggun lagikan jelita itu.

Aqmal cekak pinggang pandang mereka.

"Wahai anak dara sekalian, hamba faham kalau malam ini anak-anak semua mahu bercantik cantik. Tapi, kasihanilah kami anak teruna yang dari tadi buat semua benda"

Mereka hanya buat tak endah dengan perlian Aqmal. Kalau dilayan nanti, makin menjadi-jadi si anak teruna itu.

Penolong ketua tingkatan mereka mula mengarahkan mereka untuk siapkan apa yang patut. Meja untuk guru-guru disusun penuh teliti dan kemas.

Bahagian pentas sudah dihias dengan cantik dan sesuai dengan tema hip hop.

Majlis bermula pada pukul sembilan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, Layla. Aqmal ditugaskan untuk membaca doa. Kemudian, majlis diteruskan lagi ucapan para pentadbir, guru tingkatan serta wakil dari tingkatan tersebut.

"Dengan ini, saya menjemput Che Zulaina sebagai dari batch kami untuk memberi ucapan"

Tepukan gemuruh diberikan apabila Laina berdiri di atas pentas sambil tersenyum manis. Matanya tertancap kepada Yusuf terlebih dahulu sebelum pandang yang lain.

"Assalamualaikum. Terima kasih pengacara majlis. Yang Berusaha, Guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan saya yang dirahmati sekali. Sebelum saya memuliakan ucapan, izinkan saya membaca serangkap pantun.

Sekuntum bunga dipetik lembut,
Kali kedua sekuntum lagi;
Jika terima kasih belum disambut,
Ingin saya ulanginya lagi"

Tepukan gemuruh memenuhi segenap dewan besar tersebut. Sangat tak dijangka gadis itu mampu berpantun.

"Saya, Che Zulaina, wakil dari batch saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sudi mengajar kami dari tingkatan satu. Saya faham cikgu-cikgu melalui fasa yang sangat susah untuk mendidik dan membimbing kami. Tak apa, cikgu jangan risau. Kami keluar sekolah, cikgu dah boleh santai"

Suara ketawa mereka yang mendengar ucapan Laina kedengaran.

"Dan untuk kawan-kawan saya yang bakal menghadapi ujian besar bersama-sama, terima kasih sebab kerana sentiasa membantu. Dari kita form 1 sampai sekarang.. we've come so far"

Ayat terakhir itu betul-betul ikhlas dari hatinya. Kawan-kawan yang sentiasa ada susah dan senang. Langsung tak berkira dengannya.

"Macam-macam ujian yang datang. Ramai benci kita lagi-lagi senior atas setahun tu. Kawan serumah aku.."

Servis?Where stories live. Discover now