sepuluh

22 4 0
                                    

YUSUF turun ke tingkat bawah setelah habis bersihkan diri. Subuh tadi Laina yang kejut. Dia tidur selepas subuh. Itu yang bangun tinggi hari.

Kaki melangkah ke dapur mahu cari sesuatu untuk dimakan. Perut sudah menjerit minta diisi.

Mata melilau, ternampak tudung saji di atas meja. Objek itu diangkat. Ada dua tortilla di situ. Tanpa fikir panjang, Yusuf terus ambil pinggan itu dan pergi. Satu tortilla diambil dan digigit.

Dia pelik bila rumah ini hanya senyap. Kebiasaannya, Ina akan melakukan senaman di halaman rumah. Ini kosong.

Kedua-dua orang tuanya seperti biasa.  Pergi ke pejabat.

Kini, dia pelik bila kelibat Laina tidak kelihatan. Hilang terus ke budak ni? Tahulah lepas subuh tak tidur. Takkan lari rumah kot.

Sampai di ruang tamu, kelihatan Laina sedang tekun belajar. Matanya langsung tak teralih dari skrin ipad. Sesekali dia akan mencatat nota. Telinganya disumbat dengan earbud berwarna pink. Helaian rambutnya yang jatuh diselit ke telinga.

Inilah yang Yusuf selalu katakan Laina ini unik. Walaupun kuat berhibur, akademiknya tidak pernah ditolak ke tepi.

Laina panggung kepala bila rasa ada yang sedang memandangnya. Dia senyum tipis bila nampak Yusuf.

"Tak perasan pun kau bangun" jari menatal di atas skrin. Kamera dibuka. Gambar Yusuf diambil secara senyap.

Yusuf bergerak duduk di atas sofa di belakang Laina. Matanya mencuri lihat apa yang Laina belajar dari tadi.

"Mana kak Ina?"

"Keluar dengan kawan katanya" dia toleh sekilas sebelum dia pandang depan.

"Sedap ke tortilla tu?"

Yusuf angguk.

"Sos dia sedap. Tak pernah aku rasa sos macam ni"

"Aku buat. Memang la kau tak pernah rasa" Laina bangga diri.

"Ya ke? Patut la rasa macam dah basi" kutuk Yusuf selamba. Terbuntang mata Laina.

"Eh! Mulut sedap sikit eh! Aku buat pagi tadi. Bukannya pagi semalam! Dasar fitnah!" Terjegil anak mata Laina pandang Yusuf. Lagi sakit mata dia bila lihat lelaki itu masukkan sisa terakhir tortilla ke dalam mulut.

Mengaku je la sedap.

"Kau belajar addmath ke?" soal Yusuf bila nampak buku rujukan subjek tersebut.

Laina angguk.

"Aku belajar subjek form 4"

Awal. Desis hati Yusuf.

"Dah bab mana?"

"Baru bab tiga"

"Yang mana eh?" Maaflah, dia memang dah tak ingat subjek yang lepas-lepas.

"Yang linear tu. Tapi tu la. Bab ni kalau ikutkan senang je"

"Asal senang pula?" Soal Yusuf ingin tahu. Susah betul nak jumpa orang yang kata addmath ni senang.

"Kau tengok soalan ni" Laina halakan soalan dalam buku itu kepada Yusuf.

"Lepas tu kau tengok ni" Laina tunjukkan soalan dalam ipadnya. Yusuf lihat.

"Dua-dua soalan ni pakai konsep yang sama. Yang ni soalan form 4 dan yang ini soalan form 1. Perbezaan dia cuma yang form 4 punya dia tambah lagi satu persamaan je. Yang lain semua sama je. Konsep yang sama. Cara yang sama. Kaedah penggantian, kaedah penghapusan. Kalau kau belajar..."

Servis?Where stories live. Discover now