REHLAH batch diadakan di Teluk Batik selama dua hari satu malam. Mereka sangat teruja. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara batch memandangkan pointer sekolah bergantung kepada mereka.
Perjalanan dari sekolah mengambil masa satu jam. Sekolah menyediakan empat bas yang disewa dari luar untuk bawa mereka ke tempat rehlah.
Laina mahu duduk dengan Hanis namun...
"Laina, kau duduk sebelah Yusuf je la. Aku nak duduk sebelah Hanis" ujar Didi.
Laina geram. Dia mahu membalas tapi Yusuf sudah tarik tangannya terlebih dahulu untuk duduk di sebelah.
Wajah Yusuf dipandang geram.
"Ish! Aku nak duduk sebelah Hanis!" Laina mengetap rahangnya.
"Tak payah. Duduk sebelah aku je. Boleh kita honeymoon" usik Yusuf. Laina menjelingnya. Tangan disilang ke dada sebelum mata pandang depan.
Semua sudah naik ke dalam bas. Mereka bergerak menuju ke destinasi. Semasa dalam perjalanan, cikgu menasihati mereka supaya menjaga kelakuan dan tidak melakukan perkara yang mengundang masalah.
Yusuf kalihkan pandangan dari tingkap. Dia melihat Laina yang sedang termenung.
Jarinya mengetuk bahu Laina. Gadis itu pandang.
"Apa?"
"Tak ngantuk ke?"
Laina geleng.
Tanpa aba-aba, Yusuf menarik kepala Laina supaya melentok ke bahunya. Laina mahu angkat kepalanya kembali namun Yusuf tahan.
"Shh... Tidur, tidur"
Yusuf menepuk pipinya perlahan. Terkesima Laina dibuatnya.
Sejak bila Yusuf pernah berlembut dengannya? Bukankah lelaki ini suka melihatnya menderita?
Mereka diam. Laina masih lagi belum tidur. Dia terfikir apa akan jadi dengan hubungan mereka sekarang.
"Yusuf?"
"Hm"
Belum tidur lagi. Desis hati Laina.
"Kau tak nak tidur?" Soalnya.
"Kalau kau tak tidur, aku tak boleh tidur lagi" jawab Yusuf. Laina mendongak melihat Yusuf. Lelaki itu juga memandangnya.
"Kenapa pula?"
"Sebab aku kena jaga kau"
Laina sengih sinis.
"Aku dah besar. Aku boleh jaga diri sendiri"
"Kau isteri aku. Dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga kau"
Laina diam. Ada betulnya juga ayat Yusuf tu.
"Bila dalam bas ni, aku teringat kejadian waktu kita form 3"
Laina jauhkan kepalanya dari bahu Yusuf. Kejadian waktu mereka tingkatan tiga dia berminat untuk mendengar.
"Yang mana?"
"Ingat tak, waktu nak balik cuti penggal dua, bas kau sebelah bas aku"
Laina duduk di sebelah Qistina. Mereka sedang mendengar lagu yang dipasang di gajet Laina.
"Laina, tolong carikan Sufian" pinta Umi. Laina turut. Dia pandang ke arah bas sebelah sebelum dia pandang Umi semula.
"Ni bas ke Shah Alam kan?"
"Haah"
Laina toleh ke kanan semula. Dia cuba mencari orang yang disuruh Umi. Tak sengaja matanya terpandang orang lain.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...