SALAM diberi sebaik saja kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah. Mata melilau melihat sekeliling. Kemudian Laina pula masuk. Langsung dia terpegun dengan keindahan rumah itu.
"Cantiknya.." pujinya perlahan. Dia pandang Yusuf.
"Nak naik atas" pinta Laina. Yusuf bagi lampu. Kakinya laju mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.
Ada tiga bilik. Laina berfikir mahu ambil bilik yang mana.
Sampai di depan bilik utama, Yusuf melihat Laina sedang memikirkan sesuatu.
"Seriusnya muka" teguran Yusuf buat Laina tersedar. Dia senyum tipis.
"Tak adalah. Aku terfikir nak ambil bilik mana"
Yusuf diam.
Ambil bilik mana? Maksudnya Laina mahu tidur berasingan dengan dia?
"Ke.. kenapa pula?"
Dia sudah mula selesai Laina tidur dengannya. Hatinya merungut.
"Kenapa apa? Aku nak bilik sendiri la" Laina menjelaskan hasratnya. Dia tak mahu tidur dengan Yusuf. Bagi dia, tiada privasi.
Rasa tidak senang hati mula menyerang. Yusuf mahu membantah tapi dia tahu nanti Laina pelik dengannya. Perlahan dia hela nafas.
"Kau ambil la second bilik tu" dia mengalah. Buat masa ni, dia bagi peluang.
Laina angguk faham. Dia pusing Dan pergi ke bilik yang Yusuf bagi.
Bila Laina sudah menjauh, Yusuf baringkan dirinya. Tangan dikepal dan tilam ditumbuk kuat.
"Argh! Boleh pula dia nak tidur sorang!" rungutnya perlahan supaya tidak didengari Laina.
His pov.
PUKUL 11 malam. Aku masih belum tidur. Sibuk push rank. Inilah hobi aku waktu cuti. Tak sedar diri nak SPM tahun ni. Tahu berseronok je.
Dan ya, aku tidur sorang malam ni. Laina tidur di biliknya. Bila teringat hal itu, aku tak jadi sambung push rank.
Sudah lima malam aku tidur satu katil dengan dia. Berat pula rasa tidur sorang-sorang ni.
Sebelah tangan aku letak dibelakang kepala dan aku sandar. Mula terfikir dengan perubahan diri aku yang nak dekat dengan Laina sentiasa.
Aku suka dia? Entah. Tak pasti. Masih belum dikenal pasti.
Hujan sedang lebat di luar. Dengan guruhnya. Memang kesejukan aku malam ni. Sekali lagi aku terfikir pasal Laina.
Boleh ke dia tidur ni? Selimut kat bilik tu ada tak? Bantal peluk dia?
"Argh!!"
Aku betul-betul risaukan dia sekarang.
Sebelah kaki turun, pintu bilik aku diketuk. Dahi aku berkerut. Hati aku tak sedap sebab boleh jadi benda lain.
Astaghfirullah Yusuf! Jangan fikir benda tu.
Habis melangkah ke depan pintu, tombol aku pulas. Suara orang menangis menghiasi pendengaran aku.
Bila nampak sosok di sebalik pintu, aku gelabah.
"Laina.."
Rambutnya yang kusut tak berikat buatkan wajahnya lagi buruk. Dengan muka basah penuh air matanya. Jujur aku tak tahu nak buat apa.
"Hiks.. hiks.."
Tersedu-sedan dia.
"Laina kenapa ni? Tak sihat ke?" tanya ku lembut. Kalau kasar-kasar kang, tak ke parah namanya.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...