dua belas

19 5 0
                                    

HARI kemerdekaan. Peristiwa yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia termasuk murid-murid di sekolah Laina. Tahun ini, mereka terpaksa menguruskan segalanya untuk persiapan hari kemerdekaan walaupun ia merupakan tugasan murid tingkatan empat.

Ramai merungut apabila guru penyelaras mereka memberitahu arahan itu dari para pentadbir.

"Bencilah! Kenapa kita kena buat lagi mat? Nak spm kot" rungut Didi seraya tangan memotong kertas membentuk hati.

"Kau kena faham cikgu memang tak harapkan form 4 buat kerja. Takut jadi lain" jelas Humaira sambil tangannya bergerak melukis bunga.

"Haih, naik senior pun lembab juga diorang ni. Payah la gini" bebel Aqilah. Penumbuk acah-acah dibuat. Sedang bayangkan muka-muka mereka dilunyai teruk oleh dia.

Laina hanya menggeleng melihat telatah rakan-rakannya. Nampak sangat tak berpuas hati. Laina malas mahu bercakap banyak. Hadap sajalah.

Dia pergi kepada Sufian untuk bertanyakan jika ada apa-apa yang perlu dibantu memandangkan mereka satu kumpulan.

"Nak aku tolong tak?" pelawa Laina lembut. Namun, soalan itu dibiarkan sepi. Hati Laina agak terasa dengan layanan Sufian.

"Kau kenapa Sufian? Ada apa-apa jadi ke?" Soal Laina prihatin. Ni sebab gaduh dengan awek ke?

"Suf-"

"Kau senyap boleh tak perempuan?! Dasar yatim!" Berus dan bekas cat dihempas ke lantai. Dia sangat marah sekarang ni.

Satu dewan besar yang tadinya meriah menjadi sunyi sepi seperti tanah perkuburan. Semua terkesima dengan tengkingan Sufian.

Lagi-lagi Laina. Nakkan lagi ayat tu memang untuk dia. Sufian di depannya dipandang tak percaya.

"Ya! Memang aku yatim! Kenapa?! Kacau hidup kau ke? Ada aku minta duit kau?! Hah?!!" Tengking Laina tak kurang kuatnya dari Sufian sebelum dia beredar dari situ. Hatinya tak sanggup menanggung. Air matanya mula bertangkung.

Yusuf yang menyaksikan kejadian itu pergi kepada Sufian. Sebiji penumbuk dihadiahkan.

Buk!

"Apa masalah kau sampai nak tengking dia?!"

Tangan kuat menggengam kolar baju Sufian. Panas hati dia bila lihat kejadian tadi.

"Yang aku marah tu dia! Asal kau yang panas?!"

"Sebab dia bini aku la sial!!"

Jeda. Semua tergamam dengan pengumuman yang baru saja dibuat Yusuf.

Sufian juga turut terkejut dengan berita itu. Riak wajahnya berubah.

"Takkanlah.."

Sungguh dia tak boleh terima apa yang baru saja didengari. Yang lain turut tertanya.

"Sekali lagi kau tengking dia macam tadi, tangan aku ni tak teragak nak belasah kau sampai mampus!" Jerit Yusuf di depan muka Sufian sebelum dia melepaskan Sufian dan beredar.

Letrik yang melihat sahabatnya itu bimbang.

"Kau nak pergi mana Yusuf?"

Sayangnya, pertanyaan itu dibiarkan sepi tak berjawab. Namun, semua masih tertanya dengan pernyataan yang diberikan Yusuf.

KAKINYA berjalan mencari seseorang. Sudah 15 minit, namun kelibat orang itu masih belum dijumpai.

Hatinya sakit bila ada yang memandang rendah kepada status Laina sebagai anak yatim.

Apakah keji dan hina anak yatim itu sedangkan Allah memuliakan mereka?

Telinganya menangkap bunyi satu suara menangis. Kaki bergerak ikut punca suara sehinggalah matanya menjumpai empunya suara.

Servis?Where stories live. Discover now