LAINA tatap ibunya pelik. Kemudian dia lihat baju yang tergantung di belakang pintu biliknya.
"Fancy betul baju ni ma. Jangan kata mama nak kahwin lain. Kalau ya, Laina lari rumah!"
Pernah satu ketika dulu, Laina tak balik rumah dua hari kerana ibunya mahu kahwin lain. Sudahnya, sampai kesudah si ibu jadi balu.
"Apa pula kata macam tu. Laina tahu kan mama fikir anak-anak mama dulu sebelum buat sesuatu"
Laina keluh. Itu yang tak boleh dinafikan. Sejak arwah ayahnya meninggal, banyak pengorbanan ibunya. Dari dugaan mahu bayar hutang tak pernah habis. Melayan ragam adik lelakinya yang tantrum. Tuhan je tahu betapa risaunya hati Laina setiap kali pulang ke asrama.
"Habis tu baju ni untuk apa?"
Baju tadi dilihat semula. Cantik. Potongan baju tak ketat, tak longgar. Elok kalau dia pakai.
"Untuk hang la. Kalau tak buat apa la tergantung dalam bilik ni"
Ibunya geleng kesal. Nak kata bodoh, budak sains. Haih...
Laina tenung baju tu lama. Kenapa lawa sangat baju ni? Mulalah Laina fikir macam-macam. Susah betul untuk tak tengok.
"Pakai malam ni"
Gadis itu menoleh.
"Kenapa?"
"Malam ni kita nak pergi rumah kawan mama. Dah lama mama tak jumpa dia"
Habis, mama je la pergi macam tu.
Ayat itu hanya mampu terluah dalam hatinya. Mahu kena parang nanti.
"Tak boleh ke Laina pakai biasa-biasa je? Lawa sangat ni. Macam nak mengorat anak teruna orang"
"Kalau ya pun apa salahnya"
"Mama!"
Terbuntang matanya. Tak pernah sekali pun ibunya kata begitu. Dari kecil memang ibunya pesan jangan rapat-rapat dengan lelaki. Nak bercakap pun perkara penting je.
Makin lama, makin merisaukan ibunya ini.
His pov.
"YUSUF! Dah siap ke belum tu?!"
Suara mummy namaku dari tingkat bawah.
"Belum my, sikit lagi ni"
Rapi keperangan milik aku ini dirapikan sedikit supaya nampak kemas. Puas hati, aku sembur sedikit minyak wangi ke pergelangan tangan dan leher. Usai itu, aku turun ke tingkat bawah.
Kata mummy, malam ni ada orang nak datang. Kawan lamanya. Tak tahulah. Aku ikut saja.
"Amboi dik. Segak betul" tegur Kak Ina sebaik saja dia melihat aku.
"Kakak pun apa kurangnya. Lawa juga"
Kembang sekawah jadinya kakak aku. Muka kami seiras walaupun beza dua tahun. Orang mesti ingat kami kembar. Dah muka dia cantik, mestilah adik dia kacak lagikan menawan.
"Ina, Yusuf. Pergi depan sambut tetamu. Mummy nak siapkan meja makan jap"
Kebetulan pula pintu rumah kami diketuk. Firasat mummy tak pernah salah.
Tombol pintu aku pulas dan kuak daun pintunya. Nampak seorang wanita seumur mummy dan seorang lelaki muda di belakangnya.
"Ni anak Yah ke?"
Aku angguk perlahan.
"Amboi! Dah besar panjang tinggi. Handsome pula tu"
"Tu la. Kalau kakak nampak ni mesti menggeletis teruk!" Lelaki muda di belakang itu menambah.
"Oi! Mengutuk aku nampak. Apa? Ingat aku gatal sangat ke nak ngorat anak teruna orang?"
Aku terkaku seketika. Suara bebelan itu... aku macam kenal. Tapi bayangnya belum jelas kelihatan kerana lelaki muda itu menghalang.
"Memang betul kau gatal. Nak buat macam mana" kata lelaki tadi selamba.
"Segatal-gatal aku pun, aku tak pernah ada ex tau. Ingat sikit"
"Dah sebab kau gatal. Siapa je nak?"
"Eh sudah. Kat rumah orang pun nak buat perangai. Apa benda la" bebel rakan lama mummy sebelum dia masuk diikuti dengan lelaki muda tadi. Dan tiba dengan seorang wanita paras leher aku.
Kasut tumit tingginya ditanggal sebelum dia panggung kepala.
Zap!
Anak mata hitam itu...
"Eiii! Bukan salah aku sorang! Janganlah attack aku je. Ada juga yang rosakkan sofa tu!"
Suara rungutan itu masih terngiang kat kepala aku. Ayat ini dia marahkan dengan panahan matanya yang sekarang.
Tak lama kami bertentang mata sebelum dia tunduk dan masuk. Aku pula masih cuba memproses apa yang tengah berlaku.
Mamai ke aku ni?
End pov.
MAKANAN yang tersisa dalam pinggan dia habiskan. Tak boleh tinggal sikit pun.
Sedap sangat!
"Berselera betul Laina makan. Nak tambah lagi ke?"
Laju dia angguk. Pasal makanan dia memang tak malu. Yusuf yang pandang dia sinis tidak dipedulikan. Siapa suruh tengok dia makan? Kan dah dapat kejutan budaya.
Mama pula menggeleng tengok aku.
"Nasib baik dah kurus sikit. Kalau tak jenuh. Tak ada siapa nak masuk minang"
Mata Laina menjeling manja ibunya sebelum nasi dikaut ke pinggannya.
"Tak apalah. Dah ada calon dah ni"
Laina senyum segan.
"Belum lagi, aunty. Saya pun tak berniat nak kahwin awal. Lagipun siapa nak saya?" Ayat terakhir dibuat-buat sedih.
"Yusuf ada"
"Mummy!"
Laina pula pandang rakan mamanya tak percaya.
"Okeylah. Kita terus terang je la. Tujuan mummy ajak jumpa ni sebab nak jodohkan Yusuf dengan Laina"
"What?!"
Yusuf dan Laina menjerit tak percaya.
"My, apa benda ni? Kak, kau tahu tak pasal benda ni?"
"Ma! Apa ni? Laina muda lagi ma. SPM pun belum lagi. Ada hati nak kahwin?"
"Laina, ini jalan terbaik untuk Laina. Kita tak tahu apa yang akan jadi"
"Yusuf, she is the best tobe your wife. Accept that"
"The best? Muka penuh parut jerawat, pori tersumbat. Ini yang mummy cakap terbaik?"
Berdarah telinga Laina mendengar kutukan daripada Yusuf. Mata mencerun kepada lelaki itu.
"Amboi kau! Kutuk aku macam tak ada insurans mulut kau tu ya! Apa? Ingat kau kacak, ramai peminat, aku minat kat kau?! Sorry naik lori la"
"Apa? Aku kata benda betul apa. Kau tu yang tak boleh nak terima kenyataan. Aku hanya menyatakan fakta. Dari jaub boleh nampak parut jerawat kau tu"
"Eh cengeng! Diam! Cakap dengan kau ni buat tambah dosa je!"
"Dah tahu tambah dosa, asal cakap dengan aku? Saja nak perhatian aku kan?"
"Ha, fitnah fitnah! Cucuk garpu ni kang! Baru tahu langit tu tinggi ke rendah!"
"Eh eh!"
Cepat-cepat Puan Iza menahan anaknya yang mengacah garpu kepada Yusuf. Baran Laina ni jangan dibuat main. Nak lagi sekarang dia ada taekwondo. Kudrat dia juga makin bertambah.
Puan Sumayyah geleng kesal. Lain pula apa yang dia rancang malam ni. Ingatkan semuanya akan aman. Tak tahu pula mereka ni bermusuhan. Naik darah dia macam ni.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...