empat

23 4 0
                                    

SELEPAS cuti yang tidak menggembirakan, Laina dan Yusuf kembali ke sekolah. Mereka pergi secara berasingan. Ini semua atas permintaan Laina sendiri. Yusuf pun tak banyak kata. Dia ikut saja.

"Nah, makanlah"

Jamu Laina seraya meletakkan dua beg plastik besar yang mengandungi beberapa bekas makanan.

Fatimah pandang akak dormnya sebelum pandang makanan. Kemudian dia senyum suka.

"Ini yang orang sayang dekat kak Laina ni. Asal balik je bawa makanan" dia tepuk tangan riang sebelum ambil bekas. Kelihatan beberapa orang turut sertai Fatimah.

"Uish! Kak Laina. Siapa kahwin ni?" 

Soal Fatimah lagi. Makanan yang dibawa Laina itu ialah nasi minyak. Sudah menjadi budaya orang Melayu menghidangkan nasi minyak setiap kali kenduri.

"Sepupu orang. Banyak sangat catering tu masak. Orang simpan la. Tahu dorm ni kuat melantak"

Semua ketawa dengar ujaran Laina.

"Laina, kau dah siap esei yang teacher suruh buat tu?" Soal Didi memandangkan esok ada kelas subjek bahasa Inggeris.

"Dah. Ambillah dalam beg aku tu" tahu sangat bila rakannya tanya pasal kerja sekolah. Mestilah nak tiru.

Didi menyelongkar beg sekolah Laina. Satu-satu buku dibelek. Kemudian dia pelik.

"Laina, mana bukunya?"

"Aik? Tak ada ke?"

Didi geleng. Laina mula gusar. Beg sekolahnya diambil dan diselongkar. Sejarah, matematik, grammar and comprehension...

Mana buku esei?

Tiba-tiba Laina teringat sesuatu. Matanya terpejam rapat. Tangannya menggengam kuat beg sekolah itu. Dia mahu menjerit nama itu tapi nanti orang pandang dia pelik pula.

Ahmad Yusuf!

PAGINYA, di kelas 5 Zamrud...

"Ahmad Yusuf!"

Terkejut manusia-manusia di dalam ruangan itu, termasuk orang yang disebut namanya. Dia kerut dahi. Orang gila mana panggil nama dia macam Tarzan ni?

Lihat pintu kelas, nampak Laina sedang datang ke arah mejanya.

Pap!

Meja Yusuf dihentak kuat. Mata mencerun kepada lelaki itu. Pagi-pagi, lelaki ini sudah rosakkan moodnya. Sangat menganggu!

"Mana buku esei aku?"

Yusuf buat muka lega. Ingat apalah tadi.

"Aku pinjam"

Ni yang buat Laina nak maki.

"Asal pinjam tak bagitahu aku?"

"Dah ada kat atas meja kau. Aku ambil je la"

"Tu buku aku, Yusuf. Bagi balik" pinta Laina sekali dengan gaya tangan.

"Apa? Buku kau? Tak boleh"

Laina panas hati. Apa masalah lelaki ni pagi-pagi dah cari pasal? Kenapalah aku kahwin dengan dia?

"Tak, apa masalah kau sekarang ni? Dah la main je buku tak minta izin. Lepas tu, tak nak pulang. Dasar jantan. Ajaran mana kau belajar ni?"

"Shhh! Bising ah Laina!"

"Ah! Aku tak nak diam selagi aku tak dapat buku aku. Cepat, bagi buku aku"

Yusuf senyum sinis sebelum dia bangun dan berdiri di hadapan Laina.  Tersentak gadis itu bila Yusuf berdiri betul-betul di depan dia. Automatik dia mendongak.

Servis?Where stories live. Discover now