LAINA jalan beriringan dengan Nurul untuk ke gimnasium. Pergi sana tujuannya cuma satu. Badminton. Laina masih teringat cabaran yang Yusuf bagi kepada dia.
Sampai sekarang, Yusuf memang langsung tak bagi buku eseinya. Waktu kelas bahasa Inggeris hari tu, dia kena berdiri kat luar kerana tak ada buku.
Memang membebankan!
"Yang kau tekad sangat nak main kenapa? Bukan biasa waktu macam ni kau duduk dorm je ke?"
Soal Nurul kehairanan. Laina seorang yang tak kurang handalnya main badminton. Sama taraf dengannya. Namun sejak naik menengah atas, dah lama Laina tak main.
"Dia tak nak pulangkan buku esei aku. Hari tu aku kena berdiri kat luar kelas tau. Teacher tu dah la mak buyung. Memang angin la"
Raket dihayun-hayun. Gaya smash dibuat banyak kali. Dia melompat setempat. Kepala disenget ke kiri ke kanan untuk regangan.
"Kau bawa"
Bulu tangkis diberi kepada Laina. Mereka berdiri di kotak masing-masing. Bila sudah dalam posisi bersedia, Laina mulakan servis.
Mereka saling berbalas pukulan. Di depan jaring. Kemudian Nurul membuat halangan dengan membawa bulu tangkis itu ke belakang Laina. Gadis itu kejar dan pukul kembali ke Nurul.
Nurul smash namun dapat dipukul semula oleh Laina. Saling memukul lagi dan Laina buat pukulan pancung. Mati.
Nurul tak dapat balas.
Mereka sambung main. Keputusan akhir permainan, 19-21. Laina menang.
"Aku ingat dah lama tak main, dah hilang skill" ujar Nurul.
Laina senyum sumbing.
"Siapa kata? Aku boleh main lagi la"
"Kalau kau masuk badminton, dah boleh wakil negeri dah" puji Nurul. Skill Laina tak kurang seperti pemain badminton sekolah yang menjalani latihan keras.
"Mak aku tak kasi. Dia pelik kenapa aku nak join semua sukan. Netball aku. Taekwondo pun aku ambil. Mak aku tak nak aku pressure. Takut tak fokus belajar"
Nurul angguk faham.
"Ingat tak nak masuk sebab ada Yusuf" Nurul ketawa mengusik. Dialah perantara Laina dengan Yusuf dulu.
Tahap Laina usha anak teruna orang ni kalah mengintai orang mandi. Tak cover langsung.
"Apa da. Sebab jantan tu, memang aku menjauhlah. Buat sakit hati je duduk dengan dia"
Nurul ketawa suka. Hubungan Laina dengan Yusuf akan sentiasa jadi kegemarannya.
HARI kejohanan balapan dan padang merupakan salah satu peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh semua murid di sekolah. Memang meriah, memang heboh. Keempat-empat rumah akan bersaing dan satu rumah akan menjadi johan.
Dan malam ni, semua tingkatan lima akan diadakan perjumpaan rumah masing-masing.
"Kita nak buat tema apa tahun ni?" Soal Rafiq.
"Tema besar tahun ni apa?"
"Animasi" bagitahu Megat selaku ketua rumah.
"Aku tahu nak buat apa"
Semua pandang Laina.
"Kita buat Puteri Limau"
Yang perempuan setuju manakala yang lelaki...
"Amboi! Korang senang la. Tema perempuan. Yang kitorang ni macam mana?" Gertak Sufian.
"Macam mana apa? Kau masuk kawad juga ke?" Soal Laina sinis. Sufian terdiam.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...