enam belas

20 4 0
                                    

SELEPAS daripada kejadian itu, mereka langsung tak bertegur sapa. Buat haluan masing-masing. Bila mereka berada di tempat yang sama, orang lain jadi janggal.

Laina sedang tekun menelaah subjek kimia di atas katilnya. Hanis yang tak diundang muncul dan baring di atas katilnya. Laina tak endahkan dia. Kemudian datanglah yang lain baring di atas katilnya.

"Pergi main kat katil sendiri lah. Sibuk je" Laina menghalau manusia-manusia yang tak diundang itu.

Mereka buat tak dengar. Mata mengintai sedikit apa yang Laina tengah Laina.

Tangan Laina bergerak mahu menulis sesuatu.

"Aku dengar Yusuf kena gantung sekolah" kata Humaira.

Laina tak jadi mahu menulis. Orang yang memberitahunya dipandang.

"Mana kau dengar?"

Sudah dua minggu dia tak dengar pasal Yusuf. Hatinya agak suram.

"Siapa lagi? Letrik ah" jawab Didi.

"Kau dengan Yusuf ni, bila nak berbaik, Laina? Bila korang kat tempat yang sama, kitorang yang jadi awkward tau" rungut Aqilah. Lagi-lagi bila kerja kumpulan.

Tak tahu kenapa payah sangat diorang ni nak berpisah asyik satu kumpulan je.

"Betul. Aku pun terkesan sama"

Laina bila dengar luahan rakan-rakannya, dia mengeluh. Pensel diletakkan sebelum dia pusing menghadap yang lain.

"Aku bukan tak nak. Aku dah cuba tapi dia yang ego. Korang tahu kan perangai ketua prs kita tu macam mana? Keras kepala" keluh Laina.

Sudah banyak kali dia cuba untuk berbaik dengan Yusuf tapi lelaki itu yang tak nak.

Kesian pula mereka lihat kawan yang sorang ni. Gadis itu sudahlah tak pernah ada hubungan dengan lelaki. Ni yang gaduhnya suami.

Nasib kau lah Laina.

"Sufian tak kena gantung sekali ke?" Soal Didi.

"Dia pun kena juga. Dia yang mulakan dulu. Kalau tak, Yusuf tu tak adanya nak bertumbuk sekali. Dia mana cari pasal dengan orang" Ayat Hanis seolah menyebelahi Yusuf.

Laina diam. Dia tak tahu macam mana nak respon. Semua masalahnya jarang dikongsikan dengan orang lain. Dia tak selesa. Biarlah dia tanggung sorang-sorang.

His pov.

AKU kena gantung sekolah selama dua hari. Memang aku balik rumahlah jawabnya. Bila masuk je pintu rumah, muka aku terus kena lempang dengan papa.

Sakit jangan cerita. Memang melecur macam sengaja bawa api ke pipi sendiri. Tapi nak tak nak, aku kena hadap juga.

Lama papa ceramah aku. Muka mummy pula memang kesal tahap ke berapa. Mungkin tak agak aku akan buat perangai.

Tapi alhamdulillah, aku tak dilucutkan jawatan sebab ini kes pertama aku. Kalau aku dah ada tiga kes disiplin, automatik kena lucut. Ni nasib baik je.

Kalau Sufian pula, kesian juga aku tengok dia. Dia kena lucut dari jawatan prs.

Bila aku masuk bilik, ada satu memori menyelinap masuk ke dalam akal fikiran aku.

Laina.

Waktu pertama kali dia tengok gambar aku..

Pertama kali aku tidur satu katil dengannya..

Pertama kali dia merajuk dengan aku..

Ah! Semua pasal dia aku rindu. Tapi ego!

Servis?Where stories live. Discover now