IBU-IBU rakan sekelas Laina yang lama mengadakan jamuan makan untuk mereka yang lahir bulan September. Ini sudah menjadi rutin dari mereka tingkatan satu lagi. Setiap bulan mesti akan ada sambutan hari jadi. Oleh sebab itu, mereka sangat rapat.
"Laina!" Sapa ibu Muhammad. Laju tubuh Laina dipeluk erat.
"Ya Allah. Laina makin kurus. Makin lawa.Tak ada lemak dah nak peluk macam dulu" komen ibu Muhammad. Laina ketawa lucu.
"Tak adalah ibu. Ni mana budak laki yang lain?" Soal Laina bila perasan hanya ada budak perempuan dan ibu bapa. Budak lelaki langsung tidak kelihatan.
"Entahlah. Ibu pun tak pasti. Tadi ada jumpa Muhammad. Dia kata nanti dia panggil" Laina angguk faham.
Tanpa melengahkan masa, dia tolong apa yang patut. Hidangkan makanan. Buat air. Rakan-rakannya yang lain hanya duduk. Dia seorang saja yang menolong.
"Dah boleh buat bini ni. Semua benda tahu buat" puji ibu Asyraf. Laina tidak balas apa-apa melainkan senyuman manis.
"Dah dibuat bini dah!"
Laina pandang empunya suara. Terjegil matanya kepada Humaira. Selamba betul muka dia!
"Hah?!"
Semua ibu bapa yang berada di situ terkejut. Setahu mereka, Laina lah orang yang paling anti bila bercakap pasal jodoh sebab Laina tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Orangnya sangat terjaga. Bahasanya pun sopan dengan orang tua.
"Laina biar betul Laina? Jangan bagi mak heart attack kat sini" mak Humaira minta penjelasan. Digoncang-goncangnya badan Laina. Gadis itu pula makin buntu nak jawab.
"Assalamualaikum" kedengaran salam diberi. Mereka yang berada di situ menjawab salam tersebut. Nampaknya budak lelaki semua dah sampai. Mereka semua bersalaman dengan orang yang lebih tua.
"Eh? Ni anak siapa ni?" Soal ibu Ayden bila nampak orang yang dikenali. Orang itu hanya senyum.
"Ibu, ni lah Yusuf. Suami Laina" ayat terakhir itu dibisik perlahan sebelum matanya dikenyit.
Ibu Ayden pandangnya penuh minat.
"Ouh" Ibu Ayden pandang lelaki itu atas bawah. Yusuf jadi malu sendiri.
Kemudian dia panggil ibu yang lain. Mereka turut menilai Yusuf. Naik hairan lelaki muda itu.
Ada yang tak kena dengan dirinya? Nak je dia cari cermin.
"Dah berapa lama kahwin dengan Laina?" Soal ibu Muhammad tiba-tiba.
"E.. enam bulan"
"Boleh jaga Laina elok-elok tak?" Soal ibu Asyraf pula.
"In.. inshallah boleh boleh" jawab Yusuf kedengaran kurang yakin. Dia bukan tak yakin. Dia cuma takut kerana tiba-tiba diserang oleh mereka.
"Okey semua! Dah boleh makan!" Suara Laina memeriahkan suasana. Semua berpusu-pusu mahu mengambil makanan. Sudah tentu budak perempuan yang ambil dulu.
Mereka takkan pernah beri peluang kepada budak lelaki kerana mereka tahu budak lelaki ambil banyak makanan. Macam tak makan setahun!
Usai makan makanan berat, pencuci mulut jadi penutup. Namun, masih ada lagi yang makan makanan berat. Sesi bergambar. Main dengan adik-adik.
Yusuf pandang suasana tersebut. Meriah. Tak pernah dia jumpa hubungan yang tiada pertalian darah seperti ini lebih rapat daripada keluarga.
Mereka sangat rapat dan menjaga satu sama lain. Lagi-lagi Laina. Gadis itu sangat disayangi oleh ibu bapa rakan-rakannya.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...