lima belas

22 5 1
                                    

LAINA bangun untuk tambah kambing bakar. Sudah banyak kali dia tambah. Bila dilihat dalam bekas makanan mentah, masih banyak lagi yang tersisa. Tertanya dia berapa banyak yang cikgu bawa sebab satu batch hampir 150 orang.

Waktu tangannya mahu ambil pengepit makanan, ada tangan yang memegang lengannya. Laina toleh.

Yusuf sedang pandangnya dengan dingin.

Laina tahu ini petanda yang tak baik. Dia letakkan pinggannya ke atas meja sebelum dia tarik Yusuf jauh dari tempat yang ramai orang.

Pegangan dilepaskan. Dia berdiri berhadapan dengan Yusuf.

"Kenapa?"

"Kau duduk dengan siapa tadi?"

"Sufian" Laina tak teragak untuk menjawab.

"Kau buat apa dengan dia?"

"Sembang" jawab Laina sepatah.

Yusuf jadi sakit hati bila Laina jawab seperti tiada apa.

Tangan mencekak pinggang. Tubuhnya dipusing menghadap tempat lain sebelum dia pandang Laina semula.

"Laina, kau tahu tak status kau sekarang? Kau isteri aku, Laina.."

"Aku tahu, Yusuf. Aku sedar benda tu"

"Habis tu kau buat apa dengan Sufian tadi?!!" Tengking Yusuf di depan muka Laina.

"Aku sembang je dengan dia!"

"Kau isteri aku, Laina. Kau kena jaga maruah kau sebagai isteri aku..."

Laina tarik nafas dalam. Sedar satu kesalahannya. Mungkin dia melampaui batas.

"Okey. Aku minta maaf. Lepas ni, aku tak mesra dengan Sufian. Dengan mana-mana lelaki pun"

Dengan penuh rasa hormat dan rasa bersalah, Laina minta maaf. Dia sedar khilafnya. Sepatutnya dia cakna akan perkara tersebut. Bergaul dengan lelaki yang bukan mahram akan mengundang fitnah.

"Pergi mampus la dengan maaf kau tu. Apa benda sembang sampai pegang-pegang tangan?!"

Laina terpaku.

Pegang-pegang tangan?

Wajahnya mula dingin. Muka Yusuf dipandang dengan penuh rasa berang.

"Apa maksud kau pegang-pegang ni? Mana kau tahu? Kau nampak ke?"

Yusuf diam. Laina sengih sinis. Lidahnya menolak dinding pipi.

"Jawab, Ahmad Yusuf. Aku masih hormat kau lagi"

Diam. Langsung tak dijawab persoalannya. Laina mendengus.

"See? Kau tuduh aku bukan-bukan tapi sendiri tak ada bukti aku buat benda tu. Kau fikir aku tak ada maruah ke Yusuf?!"

"Habis tu kau nak kata Qaisara buat cerita ke?!"

Laina terdiam.

Qaisara...

Tangan disilang ke dada. Situasi sekarang jadi sangat menarik. Wajah lelaki yang bergelar suaminya dipandang dengan senyuman sinis. Jelas kemarahan pada wajah itu.

"Lagi? Apa lagi yang Qaisara buat cerita pasal aku?"

Yusuf diam lagi dan itu yang buat Laina mahu ketawa kuat-kuat.

"Banyak betul perempuan tu kencing aku ya. Ingat dah insaf"

Laina masukkan anak rambut yang terkeluar dari tudung. Otaknya sedang menyiapkan ayat yang mahu diluahkan kepada Yusuf.

Servis?Where stories live. Discover now