lapan

24 4 0
                                    

SELIPAR disarung. Dia berjalan keliling aspuri tanpa hala tuju. Rambutnya pun sudah serupa hantu kak limah.

"Ish! Lapar!" rungut Laina. Kali terakhir dia makan pagi tadi. Sampailah petang ni, dia tak makan-makan lagi.

Salah dia sendiri kerana tak mahu turun ke dewan makan. Sudah dibayar untuk setiap hari, dia yang pilih untuk tak pergi.

"Apa masalah kau ni, Laina?" Soal Nurul sebaik saja nampak Laina yang tak terurus di depan tangga. Gaya macam baru lepas jaga anak.

"Aku nak makan! Lapar!"

Nurul sudah geleng kepala. Kenapa perangai Laina tantrum sangat? Mahu sakit kepala dilayannya.

"Pergilah makan" ujar Nurul. Laina menggeleng.

"Ha, itulah engkau. Dewan makan tu dah ada, kau sendiri yang tak nak makan. Salah kau lah"

Muka Laina cemberut.

"Eiii! Aku tak nak makan nasi! Nak makan benda lain"

Mengucap Nurul mendengar. Demand sungguh la si Laina ni.

Tak lama kemudian, seorang budak tingkatan 2 datang kepada mereka bersama satu beg kertas.

"Kak Laina, ada orang bagi" beg kertas itu dihulur kepada Laina. Seketika, dia bingung. Matanya bulat. Kemudian dia pandang Nurul. Dia juga angkat bahu. Dia pandang budak itu semula.

"O..orang?"

Budak itu angguk.

"Siapa bagi?" Huluran beg kertas itu masih belum diambil. Kot-kot ada orang letak jampi ke racun ke. Takut.

"Kawan lelaki saya. Dia kata ada abang tu suruh bagi kat akak"

Nurul dan Laina bertukar pandangan. Mereka tertanya siapa.

Perlahan-lahan, beg kertas itu diambil. Tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada budak itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Laina dan Nurul.

"Wah! Laina dah ada peminat!"

Laina hanya sengih. Helaian rambutnya diselit ke belakang telinga sebelum dia melihat apa yang berada di dalam beg kertas itu.

Cheezy crispy chicken toast.

Laina senyum lebar. Kegemaran dia. Mata dia ternampak satu kad terselit. Dia ambil dan dibuka. Nurul hanya menunggu dia di situ.

Itu, aku beli untuk kau. Kat bask bear tadi. Tengok bear tu, aku teringat kau. Dan-dan pula Letrik bagitahu hari ni birthday kau. Ini jela yang aku boleh bagi. Thank you belanja tealive hari tu.

-AY

Mahu lemah lutut Laina macam ni. Yusuf... kisah pasal dia?

"Dari siapa tu?" Nurul mahu mengintai tapi dihalang pantas oleh Laina.

"Urm.. tak ada siapa. Secret admire.. i guess?"

Laina senyum kekok sebelum dia naik ke tingkat atas.

HARI guru. Tema Kesultanan Melayu Melaka dijadikan pilihan. Kesemua murid tingkatan lima bertungkus-lumus membuat persiapan untuk hari istimewa itu.

Untuk pembukaan majlis, guru-guru akan berjalan masuk seorang demi seorang untuk meragakan pakaian mereka dan akan ada dua atau tiga orang murid tingkatan lima mengiringi mereka. Yang mengambil bahagian dalam perkara ini adalah ajk pentas. Segala yang berada dalam dewan itu merupakan tanggungjawab mereka.

Bunyi tepukan gemuruh para murid dalam dewan itu kedengaran kuat membuatkan Laina bertambah gugup. Bagaimana rupanya hari ni? Hodoh ke? Ada yang comot? Tudung jadi tak? Dia terlalu sibuk untuk mengisahkan diri sendiri. Nanti dia perlu buat persembahan pula.

Cikgu Rozita di sebelahnya kelihatan sangat anggun. Katanya pakaiannya itu merupakan inspirasi daripada Puteri Gunung Ledang. Laina mestilah dayangnya. Dan orang di sebelah kanan cikgu adalah orang istana. Lelaki.

Orang istana itu ialah Yusuf.

Jangan tanya kenapa sebab dia tahu ajk pentas sengaja letak mereka berdua sekali. Bila Laina dapat tahu dia dengan Yusuf, memang dibantah habis-habisan. Dia minta untuk tukar namun tidak boleh dengan alasan sudah maklum kepada cikgu.

"Cikgu nak buat gaya apa cikgu?" Soal Yusuf kepada Cikgu Rozita.

"Cikgu puterinya. Kamu berdua mesti tunduk hormat kat cikgu. Hahaha" cikgu itu tertawa lucu. Yusuf dan Laina hanya menggeleng sebelum sepuluh jari disusun dan didekatkan ke dahi. Mereka berdua tunduk hormat.

"Ampun tuanku. Sembah patik beribu-ribu ampun" ucap Yusuf ala-ala orang istana. Laina ketawa lucu. Lelaki ini kalau mengusik nombor satu.

Tiba giliran Cikgu Rozita, mereka bertiga berjalan masuk ke dewan besar. Semua berikan tepukan gemuruh. Kemudian, Laina dan Yusuf buat gaya yang mereka rancang tadi. Semua menjerit melihat mereka. Bukan sahaja kerana kecantikan Cikgu Rozita, tapi Yusuf dan Laina juga. Semua tahu kisah mereka dulu.

Usai tangkap gambar, mereka berpisah dan bergerak tempat masing-masing. Majlis berlangsung. Dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengetua. Seterusnya acara penyampaian hadiah.

"Semua dah ready ke?" Soal Yuni kepada mereka yang sedang bersiap untuk persembahan hari guru. Ada yang masih bersolekan. Ada juga yang masih pakai perhiasan pada baju.

Laina berdiri depan cermin. Sungguh dia sangat gugup sekarang kerana akan ada bahagian dia solo. Ah! Malunya! Dalam hati dia tak berhenti beristighfar minta hatinya ditenangkan. Semoga semuanya baik-baik saja.

YUSUF duduk bersebelahan dengan Letrik. Mereka duduk di bahagian baris depan kedua. Letrik memang sudah tidak sabar untuk menonton persembahan yang bakal dipersembahkan sebentar lagi. Teruja bukan sebab apa, sebab ada kesayangan dia.

Yusuf pula hanya melihat pentas di depannya kosong. Tak teruja langsung seperti orang di sebelahnya. Apa yang dia mahu sekarang semuanya habis dengan cepat. Dia mahu tidur.

Tepukan gemuruh kedengaran apabila sekumpulan gadis sudah bersiap sedia. Muzik kedengaran dan pergerakan mereka bermula. Semua tonton mereka dengan penuh teruja. Letriklah yang paling teruja sekali. Lagi-lagi bila kesayangannya ada bahagian solo.

Semua pergerakan sangat anggun dan cantik sesuai dengan tema. Mereka berpakaian seperti puteri bunian. Sangat memukau.

Mereka berpusing ke luar pentas hingga meninggalkan Laina sendirian. Yusuf terpaku.

Gadis itu kelihatan sangat cantik. Tak pernah lagi dia lihat Laina dalam keadaan begitu. Dia tahu Laina pandai menari. Lenggok badan pun sangat lembut. Cara berjalan pun tak kurang lembutnya.

Yusuf tidak berfikir begitu sebagai nafsu semata. Dia takut kalau-kalau ada lelaki lain tertarik dengan Laina.

Laina isterinya. Sudah tentu dia kisah. Dosa Laina dia perlu tanggung.

Tepukan gemuruh sekali lagi kedengaran bila persembahan sudah tamat. Laina pandang Yusuf sekilas sebelum dia pergi ke belakang pentas. Malunya!

KASUT court dicampak kuat ke lantai. Dia hempas punggung untuk pakai kasut. Hatinya masih berapi bila mengenangkan orang yang memaksa dia ke sini. Tak suka!

"Aku kalau tak kenangkan buku esei tu, tak adanya aku nak datang sini main dengan dia. Buat bazir masa aku je. Urgh!" Rungutan Laina buat Nurul ketawa lucu.

"Nampak sangat dendamnya" ujar Nurul. Dia geleng kepala sebelum dia bangun pergi berdiri di gelanggang badminton bersama raket di tangan.

"Gila kau tak dendam. Dah la minggu lepas banyak kelas English tau. Tak ke mogok teacher dengan aku? Aku cari buku akunkat loker dia, bawah meja dia. Kosong! Langsung tak ada buku aku. Mana dia ghaibkan pun entah" bebel Laina seraya berjalan dan berdiri berhadapan jaring.

Di sebalik jaring itu, ada Nurul sudah bersiap sedia. Sementara menunggu kedatangan Yusuf, dia bermain dulu dengan Nurul.

Sedang elok bermain, kedengaran pintu gimnasium dibuka. Laina toleh sekilas sebelum dia sambung main. Dia hanya beriak biasa. Nampak lelaki itu sudah senyum mengejek kepadanya. Itu yang Laina rasa nak luku.

Servis?Where stories live. Discover now