tiga

18 4 0
                                    

KEPUTUSAN muktamad. Tiada lagi bantahan yang boleh dibuat. Kalau mama kata A, A lah jawapannya. Walaupun Laina ada berjuta alasan untuk menolak, dia tetap kalah dengan pujukan mamanya.

Dengan hati yang tak rela, dia terima. Bila pandang Yusuf, lelaki itu pun dua kali lima je. Tapi lelaki itu kekal tenang. Dan itu yang buat Laina tak puas hati.

Kenapa lelaki ini tak mengamuk juga? Kalau tak perkahwinan ni pasti tak akan terjadi.

His pov.

BAJU melayu putih yang tersarung di tubuh aku buka. Mahu bersihkan diri. Tiba-tiba aku mendengar esakan seseorang. Suara perempuan.

Siapa lagi kalau bukan Laina yang sudah bergelar menjadi isteri aku.

Dari awal akad nikah sampai sekarang, muka dia monyok je. Tu tengah nangis tu, nampak sangat tak suka kahwin dengan aku.

"Santai la, Laina. Kahwin je pun"

Tuala di belakang pintu aku ambil sebelum sangkut ke bahu.

Dia angkat kepala, pandang aku dengan muka basahnya. Bibir masih tersebik. Mata sepit dia hampir tak kelihatan. Mata cina la kata orang.

"Kahwin je pun? Kau fikir kahwin ni benda main ke apa? Benda ni serius tau. Melibatkan tanggungjawab yang besar. Aku muda lagi, Yusuf. Bukan ini apa yang aku patut dapat sekarang.." suara rintihan dia buat aku marah.

"Aku pun muda lagi, Laina! Aku pun tersepit antara mummy dengan future aku! Jangan pentingkan diri sangat boleh tak?!"

Dengar suara aku menaik, makin kuat pula esakan dia.

"Hiks.. hiks.. tak nak kahwin awal. Nak kahwin umur 30. Patutnya lagi 13 tahun tu aku enjoy hidup single. Huarghhh!!"

Aku tutup telinga. Bingit! Boleh menanah telinga aku. Malas mahu pedulikan dia, aku boloskan diri ke bilik mandi.

Laina dari dulu sampai sekarang tak berubah. Cengeng! Cepat koyak. Waktu kena marah sebab rosakkan sofa pun dia dah nangis dah. Salah dia, siapa suruh.

Tisu sangat hati tu.

Kalah badminton pun nangis.

"Kau ni, asyik smash je! Slow la sikit! Tahulah wakil daerah! Main member-member dah la!"

Dan setiap kali dia marah, aku suruh dia diam. Bising! Kalah mummy punya bebel.

Pintu bilik air aku buka. Kaki menjejak lantai bilik yang kering. Sampai di tepi meja lampu, kaki aku bagai dipaku.

"Mandi kalah perempuan. Lama betul! Mandikan anak ke kat dalam tu?" Sinis Laina bertanya dengan suara serak baru lepas nangis. Dia berlalu melepasi aku untuk masuk ke bilik air.

Seketika aku mahu terjatuh. Nasib baik ada dinding untuk aku pegang. Rupa Laina tadi aku langsung tak agak.

Rambut hitamnya yang lebat dan panjang paras pinggang dibiarkan lepas. Mukanya tampak lagi menyeramkan. Macam hantu kak limah!

Dah la badan besar! Rambut biar lepas macam tu. Dengan balut kain batiknya.

Aku merengus kesal. Dalam banyak-banyak kat dunia ni, kenapa mummy nak aku kahwin dengan dia juga?

Fikiran itu aku buang jauh-jauh sebelum pergi pakai baju dan bersiap sedia untuk menunaikan solat.

End pov.

"ASSALAMUALAIKUM bunda!!" sapa Laina ceria kepada ibunya yang sedang menghidangkan makanan. Laju kakinya menuruni tangga rumah. Mata melilau melihat makanan yang sudah terhidang. Dia senyum teruja. Makin berkocak perutnya mahu diisi.

Servis?Where stories live. Discover now