MAJLIS makan malam kian mendatang. Cikgu-cikgu benarkan murid-murid tingkatan lima pulang hujung minggu ni untuk mereka cari baju.
Laina mahu pulang ke rumah mamanya tapi wanita itu sibuk mahu menguruskan kerjanya. Awalnya, Laina marah. Namun dia faham skop kerja mamanya bagaimana.
Dia ikut Yusuf pulang. Mummy dan Kak Ina kelihatan sangat gembira bila jumpanya. Dan untuk itu, Laina sangat bersyukur.
Laina melangkah ke dapur. Kelihatan ibu mertuanya sedang mengemas dapur. Dia pergi ke peti ais untuk ambil susu. Cecair itu dituang dan dia minum sekali teguk.
Puan Yah melihat siapa yang membulat peti aisnya.
"Laina?"
Gadis itu berdeham sebelum dia menjawab.
"Mummy"
Wanita berusia itu berdiri di kitchen island.
"Tak tidur Laina?"
"Tak ngantuk lagi my"
"Ke tak boleh tidur dengan Yusuf?"
Laina terdiam.
Melihat menantunya diam membisu, dia sudah boleh agak.
"Masih tak berbaik lagi?"
Laina geleng lemah. Kepalanya menunduk ke bawah. Jemarinya dimain.
Puan Yah perhati menantunya. Dia dan Puan Iza ada sebab tersendiri kenapa mahu kahwinkan mereka di usia muda ini. Mereka tahu ia terlalu awal tapi keadaan memaksa.
"Mummy faham kalau Laina masih marah dengan Yusuf. Tapi cuba fikir balik. Sampai bila kena bergaduh macam ni?" Puan Yah cuba beri nasihat sebagai orang yang berpengalaman dalam perkahwinan.
"Laina tak marah dia pun. Yusuf tu yang..." Laina mengeluh. Tak mampu dia nak sambung ayat. Bukan salah dia.
"Mummy faham kalau itu yang Laina rasa. Tak boleh nafi dia punya ego tinggi melangit. Yusuf pernah cerita kat Laina tak?"
Lain pandang ibu mertuanya.
"Pasal apa?"
Puan Yah senyum lembut.
"Mummy dengan papa dulu tak duduk sekali. Sorang Shah Alam, sorang lagi kat sini"
Kemudian Laina sedar sesuatu.
"Ooo, patutlah cuti panjang dia naik bas"
"Betul. Yusuf awal-awal nampak okey tapi lama-lama dia terus naik menyampah. Sebab kesiankan dia, papa berhenti kerja kat sini dan pindah sini"
Laina angguk faham dengan cerita itu.
"Jadi Laina, Yusuf ni sebenarnya sunyi. Mummy dengan papa selalu sibuk dengan kerja. Dengan kakak dia pula tak sekufu. Mummy kalau boleh tak nak dia sunyi lagi"
Laina angguk lagi. Hm.. prihatin betul mummy kat anak dia. Kalau mamanya, memang tak ingat apa dah pasal anak dia. Lantak situ la kau. Ha gituw.
"Inshallah mummy, Laina cuba yang terbaik untuk Yusuf. Tapi minta maaf awal-awal kalau ada yang kurang sebab kami masih muda..."
"Tak apa mummy faham. Korang pun patutnya sekarang kena fokus exam besar kan. Mummy tak harapkan lebih. Tapi kalau boleh.."
Tangan Laina dicapai dan diusap lembut. Laina pandang.
"Tolong jaga Yusuf ya"
Wajah ibu mertuanya yang berharap dipandang. Lama-lama dia angguk perlahan.
DIA mengiring ke kiri. Tak selesa. Mengiring ke kanan pula. Rasa lain. Kemudian dia menelentang. Dia keluh kasar.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...