RAKET dicampak kuat. Muka menahan geram melihat lelaki di hadapannya hanya beriak kosong. Jujur dia rasa nak menangis sekarang. Tak pernah lagi dia menangis sebab kekalahan. Ini kali pertama.
"Eh, Laina! Jangan nangis!" Gelabah Nurul peluk Laina bila muka gadis itu sudah basah. Terjuih-juih bibirnya. Mengalahkan budak lima tahun!
"Eiii hiks... aku nak buku aku! Takkan dia tak nak bagi! Dah berapa hari aku kena denda berdiri kat luar... hiks! Yusuf jahat! Hiks hiks..."
Yusuf hanya buat tak tahu dan beredar dari situ tanpa berkata apa-apa. Makin sakit hati Laina jadinya. Tak pernah sekali pun lelaki itu pujuk dia. Memang kalau sekali diusik, sampai menangis dia buat. Tak pernah bagi orsng senang hati.
CUTI semester, semua diwajibkan untuk pulang ke rumah. Sekolah mereka menyediakan perkhidmatan bas. Perkara ini dapat memudahkan urusan ibu bapa yang tidak dapat hadir untuk ambil anak mereka. Ramai pulang menggunakan bas termasuklah Laina.
Namun kali ini, Laina tidak pulang dengan menaiki bas. Dia pulang dengan Yusuf. Kakak dan ibu Yusuf datang mengambil mereka. Dalam kereta, hanya kesunyian yang menemani mereka. Puan Sumayyah dan Ina bertukar pandangan.
Mereka masih belum berbaik?
Mereka berdua sudah maklum dengan hubungan dingin Laina dan Yusuf. Dari segi percakapan dan perbincangan pun mereka faham.
"Laina dengan Yusuf nak makan tak?" Soal Ina. Janggal pula bila dua-dua senyap pandang ke luar tingkap.
Mendengar soalan Ina, automatik Laina menoleh ke Yusuf. Senyap juga.
"Boleh juga. Laina lapar" jawab Laina bagi menghilang rasa janggal dalam kereta itu. Dia pun tak pernah lagi bermesra dengan kakak iparnya. Apatah lagi ibu mertuanya.
USAI habis makan, Yusuf dan Ina pergi meninggalkan Puan Sumayyah dan Laina. Katanya mahu membeli barang.
Wajah Laina dipandang Puan Sumayyah. Dia tak pelik kenapa rakan-rakannya panggil Laina amoi. Matanya sepet, memang nampak seperti orang cina.
"Laina ada mix ke?" Tergerak hatinya untuk bertanya. Laina hanya geleng sambil senyum.
"Mama dengan ayah memang melayu tulen. Tak ada kacukan"
"Tapi bila tengok balik, Laina tak ada iras langsung dengan mama ayah Laina"
Tertawa Laina lihat muka ibu mertuanya kebingungan.
"Itulah. Arwah ayah kata banyak kepada muka arwah mak tok Laina ni. Katanya ada kacukan belah-belah Indo"
"Ooo. Boleh macam tu ya?"
"Kuasa Tuhan"
Kemudian mereka senyap. Laina berfikir. Puan Sumayyah bukanlah seorang yang sombong seperti yang dia fikir. Sangat peramah dan lucu.
"Laina suka Yusuf?"
Laina geleng.
"Mummy tak tahu cerita ke? Atau Yusuf tak cerita kat mummy?" Air Oren diteguk.
"Cerita apa?"
"Waktu form 2 dengan form 3, Laina suka dia. Tapi itulah. Perasaan Laina cepat berubah"
Laina menceritakan cerita dua tahun lepas. Walaupun agak memalukan tapi tak apa. Semuanya masa lalu.
"Jadi sekarang Laina suka Yusuf tak?"
Jeda. Soalan Puan Sumayyah dibiar sepi seketika. Dia terfikir macam mana mahu jawab soalan cepumas itu.
Nafas diambil dalam sebelum dia mulakan bicara.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...