tujuh

23 4 0
                                    

TAMAT hari sukan. Seperti yang diduga, johan untuk sukan tahun ini adalah rumah Beta. Begitu kuat sorakan mereka melaungkan kemenangan yang sudah dikecapi. Semua ahli rumah tersebut dapat tidur dengan lena.

Namun, mereka tidak boleh terlalu gembira kerana peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir. Lagi pula tahun ni Laina dan rakan yang sama tingkatannya perlu fokus terhadap pembelajaran kerana mereka akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ni.

"Nak give up la aku tengok soalan ni. Siapa yang otak bergeliga sangat ni?!!" Rasa mahu dikoyak-koyak buku latihan matematik tambahan itu.

"Santai la, Nis. Cuba lagi" pujuk Laina. Dia sedang berusaha untuk selesai soalan dalam buku itu. Sudah berapa kali dia tekan kalkulator, masih tak dapat seperti skema jawapan.

"Macam manalah kau boleh stay positive jawab soalan macam ni?" Berang Hanis kerana Laina masih kelihatan tenang.

"Daa.. calculation is all about try and error" kata Laina sebelum dia meneruskan usahanya menjawab soalan.

"EXAM dah nak dekat! Boleh pula cikgu lupa ada hari guru. Ini kalau tak tunda exam ni, memang aku santet sekolah ni" marah Fuad.

Satu batch tingkatan lima stres apabila dimaklumkan mereka perlu membuat persiapan untuk hari guru. Yang menjadi masalah sekarang, sangat lambat. Kerana tarikh berbaki lagi lima hari.

"Bagitahu last minute lagi. Kalau boleh one day before. Buat je majlis cikai-cikai. Padan muka!" Maki Humaira pula.

Semua meluahkan ketidakpuashatian mereka. Selama lima tahun mereka berada di sini, terlalu kerap berlaku. Dah naik muak.

"Semua bawa bertenang. Kita bincang elok-elok" Alias selaku ketua tingkatan cuba untuk meredakan keadaan. Semua akur.

"Okey. Minggu ni siapa outing?"

"Laki!"

Yang lelaki menjerit keriangan. Siapa je tak suka outing?

"Jadi, korang keluar bukan saja-saja. Ada barang yang perlu kita beli untuk hiasan kat pentas nanti. Tema tahun ni KKM"

Semua mengeluh. Mereka berdesas-desus tentang tema tersebut.

"Aku tahu ni tema yang agak mencabar sebab senior kita sebelum ni pun tak pernah dapat tema macam ni. Jadi aku harap, semua boleh bagi kerjasama"

"Tapi sebelum tu, aku perlukan beberapa ajk. Yang pertama, ajk pentas. Siapa nak?"

Nurul dan Fuad angkat tangan.

"Okey. Datang ke depan"

Kemudian, Alias panggil untuk ajk lain. Sampailah ke..

"Yang last ni, aku nak sorang je. Ajk guru paling"

Serentak itu, Laina dan Yusuf angkat tangan.

"Yusuf" Alias tunjuk kepadanya mahu suruh hadir ke depan. Tapi satu suara menghalang.

"Apa pula? Aku angkat tangan dulu. Asal Yusuf pula yang dapat?" Matanya sudah mencerun kepada Yusuf yang melihatnya. Rasa nak sula je mata dia sebab lawa sangat.

"Eh, aku yang angkat dulu. Kau berang asal?"

"Mana boleh. Aku angkat dulu kot"

"Siapa cepat, dia dapat la. Marah pula perempuan ni. Sia-sia je aku tampar masuk terusan nanti" Yusuf buat gaya mahu menampar.

Laina memang sengaja menguji kesabarannya.

"Eh jantan. Terang lagi bersuluh aku yang angkat dulu. Sunat kali kedua nanti sia-sia je"

Dengar saja ugutan Laina, Yusuf terus takut.

"Eii! Laina sexual harassment!"

Semua lelaki mengejek Laina.

Berlakulah perbalahan antara lelaki dan Laina. Hanya ada segelintir sahaja yang menyokong gadis itu. Akhirnya, Alias buat keputusan.

KAKI berjalan dengan tangan bersilang ke dada. Ekor mata melihat orang di sebelah sekilas sebelum matanya menjuling.

Apalah masalah Alias ni? Tak fikir ke yang kami akan bergaduh lagi kalau duduk sekali?

"Nak pergi kelas mana dulu?" Soal Yusuf sambil memegang sebuah kotak.

"Form 1"

Yusuf mencebik.

"Memanglah tapi kelas mana?"

"Delima" Yusuf akur saja. Dia mahu kerja ini cepat siap. Malas mahu bergaduh dengan Laina.

Mereka melangkah masuk ke 1 Delima. Rata-rata mereka menjerit histeria terutamanya perempuan kerana nampak Yusuf.

Laina cuba maniskan muka. Panas pula dia masuk kelas ni.

"Okey semua. Duduk tempat masing-masing"

Bunyi kerusi ditarik memenuhi ruangan itu. Semua memberikan tumpuan kepada Laina.

"Okey. Rabu ni, ada hari guru. Dan untuk korang yang masih baru kat sini, sekolah kita ada buat undian untuk guru paling. Contoh, guru paling fashionista, paling kreatif semua tu. Korang boleh undi. Macam mana? Undi dekat kertas yang kitorang bagi ni"

Laina mengeluarkan beberapa helaian dari failnya dan diberikan kepada ketua kelas itu. Dia sudah mengira bilangan ahli kelas tersebut.

Sibuk dia memerhati ketua kelas mengedarkan kertas tersebut, matanya tidak sengaja terpandang ke arah Yusuf yang sedang bermesra dengan segelintir budak perempuan kelas itu. Laina mendengus geram.

Nampak sangat diorang menggedik dengan Yusuf tu. Amboi budak-budak sekarang... berani betul. Dia waktu form 1 pun tak pernah bercakap dengan senior laki. Dahsyat betul!

Akibat kegeraman, fail yang masih penuh dengan kertas dicampak ke atas meja.

"Kertas tu kalau dah siap, hantar kat orang kat 5 Zamrud. Thank you" suaranya mendatar sebelum dia bergerak keluar dari kelas itu. Memang sengaja dia tinggalkan Yusuf.

Sembang. Sembang la sampai kiamat. Hati Laina mendongkol geram.

PUKUL 12 tengah hari. Waktu balik prep pagi. Laina jalan beriringan dengan Hanis. Kebiasaan selalu ada latihan sukan-sukan sekolah pada waktu prep pagi. Namun, tingkatan lima wajib ke kelas.

"Bilalah nak habis SPM ni?" rungut Hanis di sebelah Laina. Nak je angkut semua barang dan keluar dari sini. Lima tahun duduk sini buat dia jemu dan muak. Asyik hadap benda yang sama.

"Tahan. Lagi berapa bulan je. Lepas tu kita berhambus dari sini"

Laina faham akan rungutan Hanis. Dengan perangai junior yang suka mengadu dekat cikgu dan para warden. Kalau mengadu benda betul tak apa. Ini buat cerita! Siapa je tak panas?

"Laina" panggil Hanis.

"Hm"

"Kenapa bila orang wish birthday kau, kau macam tak hargai? I mean like kau macam tak tunjuk reaction yang kau hargai wish diorang"

Laina diam. Otak sedang menyusun ayat.

"Bagi aku, bila kita makin tua, makin besar tanggungjawab kau. Dan setiap kali hari jadi aku, automatik teringat benda tu. Dan yang tu lah aku paling tak suka. Arwah ayah aku pun tak suka sambut hari jadi dia"

Hanis terdiam mendengar penjelasan Laina. Pemikiran yang sangat matang. Mesti ayahnya sudah banyak dugaan.

"Yusuf wish tak?"

Laina menghentikan langkahnya. Dia pandang Hanis yang turut berhenti di sebelahnya.

"Tak, apa yang membuatkan kau tanya soalan tu?"

Hanis menghela nafas.

"Laina, semua orang tahu kisah kau dengan dia"

"So, adakah bermaksud kisah tu akan berulang kembali?"

Hanis angkat bahu.

"Kita tak tahu apa jadi dekat masa depan" jawab Hanis sebelum dia berjalan meninggalkan Laina yang masih berang.

Laina mengeluh. Memang antara kami nampak sesuatu ke?

Servis?Where stories live. Discover now