"JANGAN beli yang bukan-bukan pula" pesan Laina selaku bendahari kepada rakan-rakannya selepas memberikan sebahagian duit rumah. Mereka berpecah untuk mencari barangan keperluan untuk jahit baju kawad.
Laina berjalan dengan Nurul dan Amylea.
"Kena beli apa je ni?" Suara Nurul memecahkan sunyi antara mereka. Laina melihatnya sekilas.
"Entah la. Aku pun tak tahu. Yang pasti kena cari kain la. Jap aku check telefon"
Telefon pintarnya dibawa keluar dari beg galas. Aplikasi notes dibuka. Jari menatal ke atas. Sedang sibuk mengamati senarai barang, ada notifikasi baru masuk.
"Belikan aku Tealive" -Yusuf.
Laina buat muka jengkel. Jari mentaip mahu membalas pesanan dari lelaki itu.
"Busy"- Laina.
Tak lama kemudian, Yusuf membalas.
"Takkan kau beli kain sampai balik kot. Tealive je pun" - Yusuf.
Laina rasa nak masukkan tangan ke telefon dan bagi penampar untuk kali kedua. Ingat orang keluar outing ni bersuka ria ke?
"Suruhlah orang lain belikan. Tu, ex kau kan ramai" - Laina.
"Buat apa cari ex kalau dah ada bini" - Yusuf.
"Ooo.. sedar dah ada bini? Hari tu, duduk berdua-duaan dengan Elly tu apa? Dating?"- Laina.
Laina tak tahu apa yang cakapkan sekarang ni. Mesti lelaki tu ingat dia cemburu.
"Lah, jealous ke? Sorry la. Ada hal penting time tu. Tak apa, nanti aku pujuk kau ya" - Yusuf.
Pesanan Yusuf itu biarkan sahaja. Laina buat muka jengkel lagi.
Bapak annoying siak laki ni. Tah siapa nak kahwin dengan dia.
Nurul dan Amylea pelik. Lama betul si Laina ni tengok senarai barang. Mereka mengintai sikit. Bila nampak nama Yusuf terpampang di skrin, mereka ukir senyum sinis.
"Orang suruh check list, dia chat pakwe. Dah pandai eh Laina" Nurul memerli
"Tu la tu" Amylea menyokong.
Laina mencebik.
"Salahkan dia. Ada pula waktu macam ni nak Tealive. Banyak cekadak pula. Kawan korang la ni" kata Laina.
"Lah salahkan kita pula"
Nurul dan Amylea geleng kesal dengan perangai Laina. Dah suka tak nak mengaku.
MATA meneliti setiap barisan. Setelah berpuas hati, baru dia beri arahan.
"Dari kanan! Cepat jalan!"
Sifir kedengaran dari mulut mereka seraya berjalan.
"Kanan! Kanan! Kanan kiri kanan!"
"Kuat lagi! Tak dengar!"
Makin suara mereka apabila mendengar kritikan dari Yusuf. Dia senyum puas.
"Aku rasa kawad tahun ni boleh menang" ujar Aqmal. Haziq pandang dia.
"Kenapa?"
"Kau tengoklah siapa yang ajar. Ahmad Yusuf kot. Yang buat baju pula siapa? Si Laina tu. Tak ke gempak kat situ?"
Haziq cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Aqmal.
"Ha?" Soalnya bingung. Aqmal naik menyampah.
YOU ARE READING
Servis?
RomanceLaina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat. kalau dia nak kahwin pun, umur 30 nanti. Tapi, hajatnya tak tersampai sebab ibunya minta untuk berkahwin dengan anak kawannya. Laina pun...