"Abang" panggil Clara. Darren yang sedang bermain bersama Haq itu menoleh ke arah Clara dan Adhea.
"Yes Angel? Anything?" soalnya lembut.
"Esok ada majlis graduasi apa benda tah tu kan? Abang join ke pertandingan silat esok? Abang kan ahli silat juga" Tanya Clara. Dia melirik ke arah Darren sekilas sebelum kembali melayan karenah Adhea.
Darren mengangguk. "Haah, tapi rasa macam malas la pula nak kena buat latihan awal awal pagi sebelum mula majlis esok" katanya.
Clara mengesot mendekati Darren. Dia memeluk lengan kekar suaminya.
"Alaaaa abang join je la. Dah lama Adel tak tengok abang silat, rindu. Mesti hensem kan" kata wanita itu.
Darren tersenyum manis. "Ok, kalau itu yang permaisuri abang nak. Abang ikut, abang akan buat sehabis baik untuk Adel" balas Darren. Dia menepuk dadanya yakin.
Clara tertawa kecil. Darren mengangkat tubuh kecil Adhea dan diletakkan di atas paha kirinya sebelum dia mengangkat isterinya dan diletakkan di atas paha kanannya.
Darren memeluk erat kedua dua perempuan yang dia sayangi itu. Dikucup ubun ubun Adhea dan dahi licin isterinya.
"Jom naik atas nak? Kita baca apa apa novel yang ada dekat dalam library tu. Adel kan tak berapa sihat hari ni" ajak lelaki itu. Mata hitam Clara terus bersinar.
"Nak!" Leher Darren di peluk erat oleh Clara. Darren ketawa sebelum dia bangun dan naik ke perpustakaan bersama Clara dan Adhea di dalam dukungan.
KRING!
Bunyi deringan telefon itu membuatkan Clara yang sedang baring di atas katil itu tersentak.
Dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja kecil di sebelah katil mereka lalu melihat nama pemanggil.
'Irsyad Haris'
Dia terus mengangkat panggilan video itu. Wajah Irsyad muncul di skrin telefonnya.
"Hi Clara, cuba kau tengok tu. Laki kesayangan kau tu" kata Irsyad. Dia menunjukkan kameranya ke arah Darren yang sedang berlawan bersama pihak lawan di atas pentas.
Clara kembali baring ke atas katil sambil melihat perlawanan itu. Hensem betul suaminya.
"Darren menang, Clara. Darren menang, yeyyy" sorak Hashr yang berada di tepi Irsyad. Clara tersenyum nipis.
"Darren!" Panggil Arden. Darren berjalan ke arah mereka. Dia mengambil telefon milik Irsyad.
"Hi babygirl. How? Suka tak tengok abang lawan tadi?" Tanya Darren.
Clara mengangguk laju. "Suka! Abang nampak hensem sangat tadi" balasnya membuatkan Darren tersenyum lebar.
"Tunggu abang balik rumah ya. Angel rehat dulu, kalau nak apa apa minta je dekat Adhean dan Adheen tu. Abang dah pesan dekat diaorang tadi" kata lelaki itu dibalas dengan anggukan dari Clara.
"Baik abang, Adel faham"
Semakin lebar senyuman Darren. Dia terus mengembalikan telefon Irsyad tadi kepada pemiliknya sebelum berlari ke arah sportbike miliknya.
Setibanya di rumah, dia terus naik ke bilik. Clara mengangkat kepalanya.
"Eh abang dah balik. Cepatnya" kata wanita itu. Darren tidak membalas namun dia terus meluru ke arah isterinya dan tubuh kecil itu dipeluk erat.
"Here, a bouquet of flowers for my beautiful wife ever" kata lelaki itu. Dia menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepada Clara.
"Thank you husband" ucap Clara terharu. Air matanya hampir mengalir.
Darren mengucup dahi dan pipi Clara lalu mengesat air mata itu.
"Sayang, kaki abang sakit. Tolong urutkan boleh?" Pinta Darren.
"Awh sakit eh. Meh sini, Adel tolong urutkan" pelawa wanita itu. Darren terus menyandarkan kepalanya di bahu isterinya.
Clara mengurut kaki Darren perlahan lahan. D'Adhean yang baru saja masuk ke dalam bilik itu sambil membawa ubat demam untuk ibunya menjulingkan bebola matanya ke atas.
"Daddy ni mengada betul" kutuknya. Darren menjelirkan lidahnya ke arah D'Adhean.
"Biar lah, ni wife daddy" kata Darren riak. Clara menggelengkan kepalanya.
"My mummy" balas anak lelakinya semula. Dia bertentang mata dengan Darren.
Clara ketawa kecil sebelum terbatuk beberapa kali. Darren dan D'Adhean yang melihat itu terus mendekatinya.
Darren mengusap belakang badan isterinya manakala anak sulungnya pula menghulurkan segelas air dan ubat demam.
"Makan ubat ni mummy"
"Hati hati sayang"
Clara menelan ubat demam itu dengan perlahan lahan. "Dah" katanya.
"Dah? Baring ye Angel. Abang pergi letak gelas ni kejap. Adhean, jaga mummy"
Darren mengambil gelas tadi dan turun ke bawah meninggalkan D'Adhean bersama Clara.
D'Adhean mengurut kepala ibunya. Clara tersenyum nipis. "Terima kasih anak mummy"
D'Adhean bergumam perlahan. Darren yang baru saja hendak masuk ke dalam bilik tidurnya itu terhenti tatkala mendengar kata kata anak sulungnya.
"You know what mummy? Firstly, di tangan orang yang tepat, kamu adalah bunga yang istimewa. Second, percayalah nanti akan ada masanya kamu dirayakan dan dicintai dengan hebat oleh seseorang yang bersyukur memiliki kamu"
"Third and lastly, kerna wanita seindah, setulus dan sehebat kamu tidak layak mendapatkan yang setengah setengah. Kamu layak mendapat lelaki yang paling baik dan yang mempunyai cinta yang lebih besar dari kamu"
Terharu Clara dengan kata kata anaknya. Dia mengosok kepala D'Adhean.
"Terima kasih anak mummy, I'm appreciate it all"
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...