"Emir!"
"Oh, Emir!" seru Haura lagi.
"Yesh, ami..!"
"Sini, sini. Kita main game sama-sama!" Haura pasang sila di ruang tamu, barang-barang dalam dakapannya diletakkan di hadapan sila dan disusun mengikut aktiviti yang telah ditetapkan untuk hari ini. Bunyi tapak kaki si kecil semakin lama semakin kuat, Haura melepaskan tawa melihat Emir terhuyung-hayang berlari keluar dari bilik tidur. Sejak pandai berjalan, dah tak nak merangkak. Sebab itulah ada kesan lebam dekat wajah anak lelaki. Acap kali jatuh tersembam.
"Mir?" soal si kecil, langkahnya yang laju tadi diperlahankan bila sampai di hadapan Haura. "Ami, Mir?"
Tangan kecil itu menepuk-nepuk dadanya sendiri.
"Iye, sayang. Mommy panggil Emirlah. Tengok, mommy ada ni! Duduk, duduk." Kad berwarna dibentang luas.
Emir tuding jarinya pada pelekat kenderaan yang ada di tangan Haura, pipinya terus membulat. "Car! Ami, this car!"
"Yes, it's a car! Pandainya Emir ni!" Kaki Emir ditarik sedikit supaya mereka menghadap satu sama lain. "Emir dengar ni, okey? Mommy will give you one sticker each, Emir stick it on the paper, okay?"
Emir tundukkan pandangan, terkelip-kelip dia cuba untuk menghadam arahan yang diberi. Dalam keadaan keliru, dia angguk juga pada si ibu. Tangan kiri menahan jari yang lain, Emir sua jari telunjuknya pada Haura. Kaku jadinya bila jari dilekatkan salah satu pelekat.
"No...no, ami...no..."
"Sini, sini. Stick it here, sayang." Haura bawa tumpuan Emir pada kertas warna.
Perlahan-lahan Emir bawa jarinya yang kejung, buntang mata bila lihat pelekat melekat pada kertas. Tangannya mulai turut menepuk-nepuk saat menerima kata pujian dari Haura.
"Pandainya anak mommy! Good job!"
Lagak Emir yang pada awalnya teragak-agak sedikit demi sedikit terisi dengan kepastian. Kali ini, setiap pelekat yang diterima dari si ibu terus dilekatkan seperti yang diarah. Pelbagai jenis warna dan bentuk pelekat kenderaan mulai mengisi setiap ruang pada kertas.
Selesai satu aktiviti, mereka sambung pula pada aktiviti-aktiviti lain yang telah dipersiapkan. Emir bawa tangan pada wajah, cuba untuk menutup mulutnya melepaskan tawa. Anak matanya tertumpu pada Haura, sopan dia menunggu si ibu menyusun perkakas seterusnya.
Untuk aktiviti seterusnya, Haura hanya minta Emir untuk letak putik kapas pada setiap lubang yang ada pada rak telur. Nampak si kecil lebih menumpukan perhatian pada aktiviti ini. Emir merunduk pun, Haura masih boleh nampak pipi bulat itu.
"Yay!" Emir angkat kedua-dua lengan, terangkat kakinya bila tangannya menepuk kuat.
"Kita tangkap gambar, okey? Mommy nak hantar dekat daddy."
"Adda?"
"Iye, sayang." Haura susun helaian kertas hasil kerja si kecil di hadapan tuan badan. "Cepat, senyum!"
"Ami!" Paha Haura ditepuk Emir, tapak tangan diangkat tanda berhenti. "Mir wat...Mir wat pish!"
"Oh, Emir nak buat peace? Okey, macam mana daddy ajar Emir buat peace?"
"Asham ni...two fingesh up..." muncung bibir si kecil, tangan kirinya bersungguh-sungguh cuba untuk melipat jemarinya yang lain. Tanda peace dibawa ke hadapan wajah, nampak beberapa batang gigi Emir saat dia tersenyum menghadap kamera.
Sebagaimana Emir banyak belajar, Haura juga banyak bertukar pendapat dan menambah ilmu pengetahuan melalui internet dan kenalan. Sebagai seseorang yang bergelar ibu buat pertama kalinya, acap kali dia terlalu memikirkan sesuatu secara berlebihan. Nasib baik orang sekelilingnya banyak membantu. Lebih-lebih lagi Amsyar.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
Lãng mạnKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...