Ruang tamu yang gelemat kini dihiasi dengan lilin beraroma. Haura letak satu di sebelah televisyen, satu lagi atas meja makan. Hanya lampu dapur sahaja yang menjadi sumber cahaya utama.
Membongkok badan Amsyar, mata dikecilkan pada bacaan gram. Tugas dia hari ini hanyalah sebagai pembantu, apa yang diarah Haura, itulah yang dia buat. Mangkuk berisi bahan kering dimasukkan dalam mesin pengadun, merunduk Amsyar untuk lihat adunan menjadi sebati.
Angkat wajah, pandangan disapa dengan sisi wajah isteri. Kedengaran bunyi pisau pada papan pemotong. Buah-buahan yang telah dipotong kecil telah diasingkan dalam mangkuk. Salah satu buah beri biru yang masih sejuk dimasukkan ke dalam mulut, Amsyar sandarkan badan pada rak dapur.
Giliran Haura pula untuk kawal mesin pengadun. Dia masukkan pula mentega yang sudah mula mencair. Berbunyi lagi mesin pengadun. Senyuman sudah tersedia menghiasi wajah saat dia bawa matanya bertentangan dengan suami. Kening diangkat.
"Apa ni abang...pandang-pandang Haura!"
Amsyar juga jongketkan kening. "You tell me, sayang. What is it? Hm?"
Simpul senyuman, anak matanya dibawa ke atas. Susah betul nak berahsia dari Amsyar. Mesin pengadun ditutup, Haura tiru gaya suami. Badannya juga menyendeng pada dapur.
"Petang tadi mama call..."
"Mama?"
"Mama abang."
Amsyar hirup nafasnya dalam. Rasanya dah boleh agak apa yang akan keluar dari mulut isteri.
"Mama cerita dekat Haura waktu mama sambut hari jadi abang dulu." Hening seketika bila Haura tidak menyambung cerita.
Tangan isteri diraih. "Mama cakap apa lagi?"
"Tak ada cakap apa-apa pun. Itu je. Haura macam..." Ulas bibirnya dikatup sesaat, "Haura...sebenarnya tak tahu kenapa mama tiba-tiba cerita tentang tu. Mesti ada sebab, kan? Tak kan mama call semata untuk cerita kosong dan Haura yakin mama ada maksud tersirat."
"Mama...ada tanya abang hari tu. Mama tanya kenapa kita sambut hari jadi Emir ala kadar." Ikutkan, Amsyar rasa tak ada pentingnya untuk dia bercerita soal ini tapi memandangkan Haura petik topik yang sama, dia beritahu jugalah tentang panggilan telefon beberapa hari lepas.
Haura beri senyuman kecil. Tepat sangkaan dia. "Haura dah agak dah. Tak apalah, abang. Ini cara Haura. Haura tahu macam mana Haura nak jaga Emir. Walaupun mama rasa apa yang Haura buat ni salah, Haura tetap berkeras nak ikut cara Haura."
Amsyar pegang lengan kiri dan kanan isteri, wajahnya dibawa dekat. "Dan abang tak akan larang. Abang tahu dalam ramai-ramai orang, Hauralah manusia yang paling kenal Emir. Haura yang bawa dia dalam perut, Haura yang lahirkan dia. Abang bangga dengan apa yang Haura dah buat pada Emir selama ni."
Haura cubit pipi Amsyar seraya melepaskan tawa. "Haura sebenarnya tak nak cakap pasal ni. Haura tak ambil serius pun tentang mama. Biasalah, orang tua-tua."
"Abang pun sebenarnya tak nak besarkan benda ni. Sebab tu abang tak cakap dekat awak yang mama call abang. Abang minta maaf kalau Haura rasa abang cuba untuk berahsia dengan Haura." Dagu isteri dicubit lembut, bertemu puncak hidung mereka.
"Haura faham! Haura tak terasa, tak marah pun! Cepat, cepat sambung buat kek. Esok kita kena bangun sebelum Emir bangun. Belon-belon semua abang dah siapkan?"
Dalam terburu-buru Haura kembali semula pada tugasa, sempat Amsyar kucup bahagian tepi kepala isteri. "Dah siap, sayang. Lepas ni kita beli pam belon jelah. Senak perut abang, sayang tahu tak? Pening-pening abang tiup belon tu. Satu dua bolehlah."
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...