Pintu bilik air ditarik rapat, Amsyar lihat si isteri duduk atas katil, mata terkunci pada komputer riba. Senyuman kecil terbersit di bibir. Sejak akhir-akhir ni, Haura selalu tidur lewat. Semua benda nak diulang kaji.
Bantal tidur ditepuk-tepuk. Amsyar mengiringkan badan. Tangannya menongkat kepala.
Wajah Haura yang berkerut itu kekal tidak beranjak saat dicuit. Bila jari telunjuk Amsyar mencucuh bahagian pinggang, barulah Haura mengekek.
"Ish, abang ni macam Emir tau. Suka kacau kacau Haura."
"Haura buat apa tu, sayang?" soal Amsyar, matanya melirik pada skrin komputer riba.
"Haura nak study sikit-sikit. Abang tidurlah dulu." Bergerak-gerak jarinya pada papan kekunci.
"Tak apalah, abang tunggu Haura." Amsyar bawa badannya menelentang semula, dicapai semula telefon bimbit. Bantal yang ditindan tinggi itu dijadikan tempat menyandar. Selain daripada bunyi papan kekunci ditekan, berbunyi juga suara daripada video yang dimainkan di telefon Amsyar.
Giliran Haura pula mencuri pandangan, dia pandang sang suami melihat video badminton yang ada di aplikasi Youtube. Komputer riba diangkat, dia mengesotkan punggung supaya badannya menyandar pada badan lelaki itu. Selesa dengan kedudukan baru, dia letak semula komputer riba atas paha, tangannya kembali bergerak pada papan kekunci.
"Haura panggil Kak Ida datang jaga Emir?" Lengan Amsyar merangkul bahu Haura. Ikutkan, hari pertama Haura mula kerja, Emir dah boleh dihantar ke taska.
"Haura dah fikir masak-masak...Haura rasa buat masak sekarang, Haura nak panggil Kak Ida datang jaga Emir. Tapi ada hari, Haura nak hantar Emir ke taska juga. Haura baru chambering. Kerja tak banyak mana pun. Kes pun tak boleh handle sepenuhnya lagi. Sementara Haura chambering ni, bolehlah Haura cuba slow slow biasakan Emir dengan taska."
Haura palingkan kepala, melebar senyumannya. "Nanti dia tak adalah terkejut sangat. Haura takut kalau kita terus hantar, nanti dia meragam. Jadi untuk hari pertama, Haura panggil Kak Ida dulu. Hari seterusnya, tengok macam mana."
Amsyar tatap wajah sang isteri. Semakin membuak rasa bangga walaupun Haura baru hendak mula melangkah. Gelaran 'si cengeng' pada Haura macam tidak berapa kena pula sekarang. Amsyar tekan pipi mulus sang isteri, ulas bibirnya mengucup puncak hidung wanita itu.
Bertentang empat mata Haura dan suami. Saat Haura jatuhkan pandangan pada skrin telefon Amsyar, lelaki itu juga turut menurunkan pandangan. Video badminton di telefon Amsyar masih bergerak.
"Sejak bila abang minat badminton?"
"Sejak kecil lah, sayang. Dulu, abang selalu ikut abah pergi main badminton dengan kawan-kawan dia," ujar Amsyar.
"Tapi Haura tak pernah nampak abang keluar main badminton dengan kawan-kawan pun? Haura pernah nampak abang main...futsal je."
"Sebab kawan-kawan abang tak minat badminton." Kecil senyuman Amsyar. Dia tekan butang berhenti pada skrin telefon.
Haura tepuk dadanya sendiri. "Haura kan ada? Kenapa abang tak ajak Haura?"
Belum apa-apa, Amsyar sudah tertawa. "Haura pernah main badminton?"
"Abang selalu pandang rendah dekat Haura! Pernah tau! Waktu sekolah! Tapi Haura tak adalah main macam orang nak masuk pertandingan. Haura macam...pukul pukul je. Tapi abang ajaklah Haura. Abang selalu teman Haura buat macam-macam. Haura pun boleh temankan abang."
Kecil senyuman di wajah lelaki itu. "Abang ni raket pun tak ada. Tinggal dekat rumah sana. Itu pun raket lama."
"Abang tak ada raket lain?"
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...