Membongkok badan Amsyar, lengannya direhatkan pada paha. Diperhati pegawai yang terlibat mengadakan latihan perbarisan. Selari kedudukan masing-masing. Begitu juga dengan bentuk bayang-bayang mereka. Suara arahan yang diberi dari komander kedengaran jelas dan lantang.
Aniq tutup telefon bimbit, senyuman masih tersisa di wajah.
"Macam kerang busuk," usik Amsyar, badannya kini menyandar pada dinding.
"Eh, eh. Inilah orang cakap. Sebelum cakap orang, cermin dulu diri sendiri. Kau hari-hari macam kerang busuk, aku tak cakap apa." Berbeza dengan Amsyar, dia dah lama berjauhan dengan cik tunang. "Sabrina aku dah nak graduate, Am! Aku harap kalau aku ada anak nanti, anak aku ikut dia. Bukan calang-calang orang boleh ambil double degree. Dekat luar negara pula tu. Aku ni, satu degree pun semput."
"Itulah. Aku pun harap anak kau nanti tak ikut perangai kau," tambah Amsyar.
"Wah, wah. Kau macam simpan dendam dengan aku ni, Am."
"Lepas graduate, dia buat apa?"
Berkerut kening Aniq. "Dia kata dia nak register...MVC, kot? Aku ni ingat-ingat lupa."
"MVC tu apa?"
Mengeluh Aniq. Dah dia kata ingat-ingat lupa, lagi ditanya. Sisi kepala digaru. "Macam...pass untuk dia practice jadi doktor haiwan. Lepas tu, ada pula APC ke apa entah."
"APC tu apa pula?" Satu lagi soalan dari Amsyar.
"Eh, bangang. Aku tak tahulah. Sabrina pun tak explain dekat aku. Dia cuma cakap saya nak apply ABC, nak apply APC. Aku ni angguk jelah dah aku tak tahu apa. APC tu anugerah...penilaian agaknya kan, Am? Macam penghargaan aku rasa?" terka Aniq. Hentam kromo sajalah asal ada bunyi.
Kecil tawa Amsyar. "Tak pernahlah aku rasa bijak bila berborak dengan kau ni, Aniq."
"Yang bijak tunang aku. Aku ni asal boleh. Berkawan pula dengan kau. Tak ke mana." Aniq juga ikut ketawa. "Tapi aku tak sabar nak tengok Sabrina aku berjaya."
Amsyar toleh pada rakan. Makin nak kahwin, makin matang. Walaupun dia masih belum terbiasa dengan perangai Aniq yang baru ini, seronok lihat perubahan kecil lelaki itu hari demi hari.
"Kau okey jelah kalau lepas kahwin dia nak sambung sampai habis?"
Laju Aniq mengangguk. "Okey je, Am. Walaupun aku tahu nanti susah untuk aku luang masa dengan dia tapi itulah...aku okey je. Aku tahu dia buat semua ni untuk ayah dia."
Jemari Amsyar mengusap rahangnya sendiri. Situasi Sabrina dekat dengan situasi Haura. "Kau...pun tahu kan, lepas Haura berhenti kerja untuk fokus peperiksaan, dia terus jadi full time housewife?"
"Tahu. Memang itu pun yang dia nak, kan?"
"Awal-awal aku rasa memang dia dengan rela hati berhenti sebab nak ikut aku, nak jaga Emir. Tapi aku rasa sejak sejak kawan Haura, Aina tu pindah ke sini, aku nampak Haura macam berminat semula nak bekerja."
Badan Aniq yang menghadap ke hadapan kini sudah dipusing menghadap rakan. "Kalau Haura nak sambung kerja, habis tu Emir siapa nak jaga?"
Amsyar hanya diam membisu.
Aniq bersuara semula. "Biasalah, Am. Yang kerja, nak berhenti. Yang tak ada kerja, nak kerja. Yang tak kahwin, nak kahwin. Yang dah kahwin, rindu zaman bujang. Haura ada cakap dengan kau dia nak kerja, ke?"
"Tak ada. Dia tak cakap apa-apa tapi...Haura tu isteri aku, Niq. Dia jarang pendam. Semua benda dia cerita dekat aku. Tapi bila masuk bab kerja, dia macam tak suka bila aku petik."
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...