Part 8

8.4K 775 173
                                    

Masuk kali ke berapa sudah Haura belek wajahnya di cermin. Tak biasa pula pakai baju batik, tudung sarung berwarna biru. Ini belum lagi dia fikir soal rakan. Dah lama dia tak bergaul dengan orang baru. Lama juga dia tidak sendiri. Biasanya kalau bukan dengan Amsyar, dia ada Emir sebagai peneman.

"Haura cantik ke?"

"Cantik, sayang. Macam cikgu."

Meminta betul jawapan. Haura jegilkan pandangan. Amsyar toleh pada si kecil yang leka dengan kaki sendiri.

"Betul kan, Emir? Mommy cantik. Macam guru besar pun ada. Tapi biasanya guru besar garang garang. Guru besar yang ni cengeng. Dia marah pelajar, dia yang menangis," usik Amsyar lagi.

Haura ketawa kecil. Nak menidakkan, dia memang cengeng pun. Diperhati para wanita yang sedang berjalan ke arah dewan, Haura betulkan semula tudungnya yang sudah terletak elok.

"Haura dah nak turun ni! Salam?" Dah berpuas hati, baru dihulur tangan.

"Elok-elok, sayang. Jangan lupa buat kawan. Cari kawan yang baik baik. Kalau orang bagi gula-gula, jangan ambil." Makin panjang pesanan, makin menjadi tawa Amsyar.

"Tak apa. Kali ni je Haura seorang seorang! Nanti Haura ada Sabrina! Cepat, cepat, Haura nak salam. Haura nak pergi daftar ni."

Selesai dia santuni suami, tubuhnya dipusing menghadap Emir. "Emir duduk dengan daddy tau. Mommy pergi sekejap. Jangan nakal nakal. Okey?"

"Otey!"

"Say bye dekat mommy, sayang," pesan Amsyar.

"Baba!" Tangan kecil itu melambai-lambai.

Comel betul lihat si isteri berjalan. Sekejap sahaja susuk tubuh Haura hilang di antara mereka yang turut memakai pakaian yang sama.

**

Bila tiba waktu untuk Amsyar ambil si isteri, dia nampak Haura jalan dalam kumpulan. Gerak-geri Haura pagi tadi yang imbang-imbangan, bahu yang mengendur kini nampak lebih berkeyakinan. Tak terlepas juga dari pandangan akan kotak besar yang didakap Haura.

Dalam ramai-ramai yang berjalan seiring, Haura seorang sahaja yang memegang kotak.

Amsyar buka daun pintu untuk si isteri. Soalan dalam kepala masih disimpan rapi. Sempat lagi Haura berbual pendek dengan salah seorang ahli lain sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Kotak apa tu, sayang?" Keluarnya pacuan dari pangkalan, baru diajukan soalan.

"Hm?" Kening dijongket dengan senyuman. "Oh! Haura dapat hadiah! Haura dapat set cawan seramik."

"Sebab...?" Amsyar sendiri tidak tahu menahu tentang susun atur majlis berkaitan BAKAT. Ada pula hadiah?

"Tadi ada kuiz. Macam pertandingan tu. Haura dapat jawab, dapat markah tinggi. Sebab tu Haura menang hadiah!"

Malu, katanya. Berbuih-buih alasan yang diberi Haura. Tapi boleh tahan semangat juga. Berminat pula Amsyar hendak tahu dengan lebih. "Kuiz apa, sayang?"

"Kuiz pasal sejarah negara je. Ada sikit-sikit pasal penubuhan BAKAT. Mula-mula Haura macam tak nak join sangat sebab Haura malu tapi...diaorang cakap ada hadiah. Ada microwave, ada pinggan mangkuk. Haura pun cubalah! Tahu tahu menang pula. Kan Haura cakap dekat abang semalam, tak sia-sia Haura buat revision."

"Kita memang perlukan set cawan ke dekat rumah, sayang? Tetamu pun jarang ada." Dekat satu jam juga Haura menggeladah laman sesawang mengenai BAKAT semalam. Dari jawatan kuasa hingga ke hal-ehwal semasa, semua dibelek. Tidak sangka pula semua itu ada baiknya. Ingatkan sang isteri hanya rindu untuk jadi seorang pelajar sampaikan segala benda hendak diteliti.

Peluang Kedua Buatku (S2)Where stories live. Discover now