Sebelum balik, Haura dan Emir singgah pula di kafe berhampiran. Kali terakhir dia jamah makanan, waktu awal pagi tadi. Masuk ke tengahari hinggalah tamat waktu bekerja, dia tak ada selera makan. Terlalu runsing memikirkan jenama dan jenis raket untuk suami.
Bila barang dah dibeli, barulah tenang sedikit.
Pinggan berisi spaghetti aglio olio dan sepotong kek coklat dibawa ke bahagian tengah meja. Haura buka telefon, kamera ditumpu pada Emir.
"Emir, peace!"
"Pish!" Sahut si cilik, tangannya yang dikepal menjadi penumbuk ditekap ke sisi wajah. Pipi yang tembam itu menolak matanya kelihatan lebih kecil.
"Pandainya Emir ni! Jom, makan. Emir share dengan mommy, okey? Makan perlahan perlahan." Haura letak sedikit hidangan spaghetti ke atas pinggan plastik yang diberi pihak kedai sebelum ditolak ke arah Emir.
"Ami, amin! Amin! Amin!"
"Oh! Lupa! Baca doa dulu. Daddy ajar tadah tangan macam mana?"
Belum mula doa, si kecil sudah amin. Gigih Haura menahan Emir dari menyentuh makanan selagi doa belum habis dibaca. Berayun-ayun kaki Emir yang tergantung, jari mengutip sedikit helaian spaghetti ke dalam mulut. Tak surut-surut senyuman di wajah Haura.
"Dap? Dap, ami?" soal Emir.
"Sedap! Emir punya sedap?"
"Mir dap!"
Haura sua semulut dari potongan kek, lengannya disilang ke dada. "Emir."
"Yesh!"
Setiap hari, soalan yang sama akan ditanya Haura biarpun jawapan Emir masih kurang jelas." Emir buat apa dekat taska hari ni, sayang?"
"Hm..." Jari telunjuk ditekan pada pinggir bibir, dahi Emir berkerut memikirkan jawapan. "Mir play fen...tisher..."
"Emir play with friends, with teachers?"
"Yesh! Besh! Nyanti...ami itut Mir otey?"
Kecil tawa Haura. "Okey, nanti mommy ikut Emir main dengan friends."
"Ami...ami uat apa ni?" Giliran si kecil pula menyoal.
"Hari ni...mommy pergi kerja. Balik, mommy keluar dengan Emir. Emir teman mommy cari hadiah untuk daddy."
"Besh? Ami besh?"
"Mestilah best!"
**
Bam!
Tutup daun pintu kereta, Haura betulkan genggaman tangannya pada tali beg berisi raket badminton. Nak minta tolong Emir, baru pegang bola sahaja dah padat dakapan.
"Ow!" Pandangan Haura jatuh pada anak tangga. Mujur dia tak jatuh tersungkur. Berkali-kali naik tangga yang sama pun masih tersadung.
Melanguk Emir dengan air muka yang cuak. "Ami otey?"
"Mommy tak perasan. Nasib baik mommy tak jatuh, kan, Emir?"
"Ami carepul! Ami...tenyok cini! Down, down!" Tegas si cilik mengarah dengan bibir yang muncung.
"Okey, okey. Mommy tengok bawah. Garangnya Emir ni. Ikut daddy ke ni?"
"Yesh!"
Haura mengekek tawa pada jawapan yang diberi oleh si kecil. Faham ke tidak, betul atau salah, letak tepi. Yang penting, mulut menjawab.
Setapak demi setapak yang dipijak, sampai juga mereka di rumah. Masuk sahaja, Haura terus letak barang kejutan di dalam bilik tidur. Siap dibayangkan lagi ke mana agaknya sang suami akan tuju dahulu sebaik melangkah masuk.

YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...