Jika tiada si kecil, Haura dan Amsyar akan bawa keluar pelbagai jenis jajan. Dari besar ke kecil, pedas ke masin. Memandangkan Emir juga ikut serta aktiviti "movie night" mereka hari ini, pilihan makanan juga diubah kepada yang lebih sesuai dengan Emir.
"Emir! Hari ni, daddy buat cupcake untuk Emir." ujar Haura sambil mengekori langkah sang suami. Amsyar letak dua buah pinggan atas meja. Pinggan pertama penuh dengan potongan buah-buahan. Pinggan kedua pula penuh dengan kek cawan dan donut mereka buat bersama.
"Oh! Mir cuka kek!"
Bila terhidangnya snek yang sihat sebegini, Haura tidaklah gusar untuk biarkan Emir capai apa sahaja yang ada atas meja itu.
Emir memanjat sofa, dia sendiri yang pelawa dirinya untuk dipangku Amsyar. Tangan yang padat itu menepuk ruangan di sebelah untuk di ibu.
Sebelum Haura ikut suami dan anak menyelesakan diri, dia lepaskan dahulu ikatan baju kelawar pada pinggangnya. Sanggul rambutnya juga dilerai.
Atas bawa Amsyar perhati. "Kenapa awak suka sangat ikat baju kelawar tu, sayang?"
"Sebab Haura rasa dia menganggu sikit kalau Haura buat kerja dekat dapur. Baju kelawar ni selesa je cuma kadang-kadang kalau Haura ikat, lagi selesa!" Haura sisir rambut si kecil. "Emir tengok movie sama-sama?"
"Mobie cama cama! Mir want Emo!"
"Emir nak tengok Nemo." Haura ulang semula kata-kata Emir. Dia sudah mengekek melihat Amsyar raup wajah. Semalam, Nemo. Hari ini, Nemo.
"Nemo lagi...Emir, kita tengok cerita lain, boleh? Kita tengok Coco. Daddy suka Coco." Sambil memujuk, Amsyar ubah layar skrin daripada kepada pilihan cerita-cerita lain.
"Adda cuka Coco, Mir cuka Emo! Ni Emo!"
"Lawyer, tolong," pinta Amsyar. Terdesak wajahnya.
"Emir, kita...tengok Barbie, nak? Mommy suka Barbie. Semalam kan kita dah tengok Nemo?" Lengan Emir diusap lembut.
"Ami cuka Abi, adda cuka Coco, Mir— Mir cuka Emo!"
Lagi panjang kata pujukan, semakin panjang juga alasan Emir. Baik peguam yang memujuk mahupun mejar, Nemo sahajalah yang menjadi pilihan hati.
"Yelah, yelah. Kita tengok Nemo, okey? Emir suka Nemo, kan? Macam mana nak jadi abang ni?" Amsyar tekan butang kawalan, Emir mula menepuk tangan.
"Budak comel ni dah nak jadi abang. Boleh ke ni?" Haura ketawa kecil.
"Mir abang?" soal Emir semula sambil melanguk wajah.
"Iye, sayang. Emir dah nak jadi abang, dah nak ada adik. Emir nak adik tak?" Amsyar bawa tangannya pada perut si isteri. "Dalam perut mommy, ada adik."
"Pewut ami adik?" Emir memusingkan tubuh, air mukanya seakan hendak bercerita sesuatu. "Fen...fen Mir..."
"Kawan Emir?" Haura seka kesan makanan pada bibir si kecil.
"Fen Mir adik!"
"Kawan Emir ada adik?" soal Amsyar lagi.
"Yesh! Shmol!" Sambil menjawab, Emir sibuk juga membawa tumpuannya pada televisyen. Senyuman kecil terbersit di wajah apabila muncul sekumpulan ikan.
"Emir friend tak dengan adik tu?"
Tergantung soalan Amsyar. Emir ketawa melihat animasi ikan itu bercakap sesama sendiri.
"Emir," Haura cuit pipi si kecil.
"Ni nemo! Nemo!"
Tak habis berborak lagi, Emir dah ke topik yang seterusnya. Nak, tak nak, yang lain juga perlu bergerak seiring.
![](https://img.wattpad.com/cover/374580049-288-k982675.jpg)
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...