Part 2

15K 921 206
                                    

Suara radio diperlahankan, Amsyar toleh pada si isteri yang tersengguk-sengguk. Ibu jarinya mengusap pipi Haura, mata masih tertumpu pada jalan raya. Pandangan diangkat pada cermin pandang belakang, dia curi pula pandangan pada si kecil yang turut lena.

Kakinya kekal pada pedal minyak, pacuan meluncur atas jalan raya. Mujur lalu lintas menunu ke Kuala Lumpur tak berapa sesak malam ni.

Meleret senyuman bila dia perasan si isteri tersedar. Amsyar cantumkan pula tangannya dengan Haura.

"Tidurlah, Haura. Dah sampai nanti abang kejut awak."

"Tak naklah. Haura tak mengantuk dah. Haura boleh temankan abang!" Lihat Emir masih lena, barulah senang sikit hati. Plastik roti dikoyak, bahagian hujung dicuit sedikit dan disuap pada Amsyar terlebih dahulu.

Sambil mengunyah, Haura sandar kepalanya pada lengan si suami. Nak berbual, topik dah habis. Dari tol Sungai Dua lagi dia dah mula mengomel. Tersentak masing-masing bila telefon Amsyar berdering.

"Tolong tengokkan siapa call, sayang," pinta Amsyar pada sang isteri.

Cepat-cepat Haura kesat tangannya pada tisu. Buka sahaja telefon bimbit Amsyar, nama Puan Khadijah terpampang pada skrin.

"Mama telefon!"

"Haura tolong jawabkan, boleh?" mohon sang suami lagi.

"Boleh!" Laju saja Haura tekan butang bagi menjawab panggilan.

Telinga dipasang pada perbualan dua wanita itu. Dengar daripada ayat sang isteri juga Amsyar dah boleh tahu soalan apa yang ditanya mama. Biasalah...selagi tak sampai, selagi itulah mama resah gelisah.

"Nanti Haura beritahu Amsyar. Okey, mama. Assalamualaikum!" Tamat panggilan, Haura sambung mengunyah semula.

Pipi Haura dicubit Amsyar. Mengunyah sajalah Haura ni. "Beritahu apa, sayang?"

"Mama cakap sebelum balik Penang, singgah rumah. Mama nak bagi bekal. Abang ingat tak hari tu Haura cerita dekat mama, Haura teringin nak makan kuih koci. Mama kata nanti mama bekalkan sekali!"

Jika dilihat dengan mata kasar, hubungan Haura dan Puan Khadijah tak adalah buruk. Kerap juga Haura berborak dengan mama sebelum ini. Mama pun selalu telefon untuk bercakap dengan si kecil.

Tapi jika diteliti, Haura masih nampak terkesan dengan apa yang dilaluinya sebelum ini. Sikap Haura masih tampak canggung jika berdua-duaan dengan mama.

Amsyar juga tiada niat nak memaksa. Mustahil untuk dia minta Haura lupakan apa yang telah jadi walaupun segalanya telah ditutup dengan perkataan maaf. Dapat lihat Haura dan Puan Khadijah bertukar kata juga dia dah cukup bersyukur.

**

Semalam dia masuk tidur, tak ada pula budak kecil dalam rumah ni. Bangun tidur, Hawwas nampak anak buah dia duduk di tengah-tengah karpet dengan mainan berserak di sekeliling. Teddy, kucing Haura pula sedang selesa terbongkang di sebelah si kecil.

"Eh, budak. Comel comel ni nanti kena culik baru tahu." Sila dipasang berhadapan si kecil. Panggung kepalanya bila dengar bunyi sayup-sayup dari arah stor di bahagian luar rumah.

"Ekom!" Tangan Emir yang memegang mainan melambai-lambai pada Hawwas.

"Daddy dengan mommy Emir mana? Pergi dating lah tu. Dating jelah dua ekor tu." Dia yang tanya, dia juga yang jawab. Hawwas bawa anak matanya ke atas.

"Ha, reti pun bangun. Mama ingat nak tidur sampai minggu depan." Masuk ke rumah, Datin Suhaila menyindir anak sulung. Matahari dah terpacak, baru nampak batang hidung.

"Mama buat apa dekat luar? Hawwas bangun nampak budak kecil ni seorang-seorang."

"Tadi mama duduk dengan dia. Mek Jah nak guna daun kari, mama pergi ambil sikit dekat belakang."

Peluang Kedua Buatku (S2)Where stories live. Discover now