Kalau boleh, Amsyar dan Haura nak mula melawat beberapa taska secepat yang mungkin tapi memandangkan masing-masing sibuk dengan persiapan raya, seminggu selepas cuti raya, barulah mereka mulai pergi ke setiap satu taska yang ada dalam nota telefon Amsyar.
Senarai penting yang perlu dia minta dan lihat telah disiapkan oleh Haura sejak dari awal. Sijil pendaftaraan JKM, sijil KAP pengasuh termasuk juga ratio pengasuh dengan kanak-kanak. Ada beberapa taska yang dia pergi, bila dia minta untuk lihat perkara penting, mereka enggan untuk beri kerjasama sedangkan apa yang diminta tidak melangkaui hak dia sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak.
Daun pintu kereta ditutup rapat, Haura silang lengannya ke dada. Tak perlu tengok wanah Haura, dia dah tahu si isteri tak berpuas hati.
"Minta sijil pendaftaran pun tak boleh. Ish, bukannya Haura minta slip gaji. Minta sijil JKM tak boleh, sijil KAP pun tak boleh. Semua tak boleh. Apa je yang boleh? Bila tanya bila nak boleh bayar yuran, laju je. Geramnya Haura!" Toleh ke sisi, bertentang matanya dengan suami.
"Haura tak naklah taska ni. Walaupun yang ni dekat dengan rumah kita."
Amsyar angguk. Usah kata Haura, dia pun tak berapa setuju dengan aturan taska kali ini. "Okey, sayang. Kita cari taska lain."
"Abang tak kisah, kan?"
Tangan Haura diraih, ibu jari Amsyar mengusap belakang tangan wanita itu. "Selagi abang dengan Haura tak puas hati, kita cari taska lain. Banyak lagi taska kita belum tengok. Nak pusing satu Penang ni pun boleh."
"Haura bukan nak cerewet cuma Haura rasa kita ada hak. Kita bukan hantar Emir, minta diaorang jaga dengan rela hati. Kita bayar. Haura nak apa yang Emir dapat, berbaloi dengan harga yang kita bayar." Panjang lebar Haura mengomel.
"Tahu, sayang. Abang tak pernah rasa awak cerewet. Haura cuma nak yang terbaik untuk Emir." Amsyar cubit pipi isteri. Kadang-kala, sisi Haura sebagai seorang ibu lebih jelas bila bercakap tentang sesuatu perkara. "Sayang betul-betul dah macam mak mak sekarang."
"Haura macam mak mak dekat abang?"
"Dekat Emir lah, sayang. Kalau mak mak dekat abang, buat malu abang pikul nama ketua keluarga kalau dah kahwin pun isteri kena layan macam budak lima enam tahun."
Haura sandarkan badan pada kerusi, gerak-gerinya yang kelihatan tegang tadi reda sedikit. Nota pada telefon suami dibelek lagi.
Beberapa hari lepas, dia ada terima panggilan daripada salah satu taska. Dia diminta untuk datang sekali dengan Emir. Lebih kurang macam hari orientasi sekolah. Dapatlah Haura lihat sendiri keadaan taska dan dalam masa yang sama, dapat juga pihak taska lihat sama ada Emir ada sebarang masalah untuk bergaul.
Kecil tawa Haura bila terbayang imej Emir dihantar ke taska. Comelnya! Tak sabar pula. Dekat kuarters, Haura hanya bawa dia ke taman. Itu pun, Emir lebih banyak bermain seorang diri memandangkan kanak-kanak yang lain lebih tua.
"Minggu depan abang tak ada dekat sini, kan?"
Amsyar diam sebentar. "Tak ada. Abang kena pergi Pangkalan Kepala Batas. Kenapa, sayang?"
"Haura baru perasan hari orientasi Emir sama dengan hari abang outstation!"
"Ala, tak dapatlah abang tengok dia." Jatuh air muka Amsyar. Sedangkan sejak dari awal mereka tahu adanya hari orientasi, Amsyar lah yang paling awal menghitung hari.
"Tak apa, nanti Haura tangkap gambar banyak-banyak, Haura send dekat abang." Meleret senyuman Haura melihat wajah suami. Macam muka Emir tak dapat makanan. "Abang janganlah sedih!"
"Sedihlah, sayang. Hari pertama Emir orientasi, abang tak dapat datang." rungut Amsyar lagi.
"Nanti kalau dia jadi pergi taska, hari-hari abang dapat tengok dia pergi taska! Sampai bosan!"
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...