Belum sampai ke bahagian pertengahan filem, kudap-kudapan dah habis dimakan. Haura sandarkan badannya pada suami, selimut yang dihampar membalut rata badan mereka. Sudahlah musim hujan, buka pula penghawa dingin. Berselubung dia dan suami.
Selang beberapa minit, selimut di bahagian dia pasti akan menggeluncur ke bawah. Amsyar tarik lagi sedikit ke atas.
Jatuh lagi.
Dan lagi.
Kali ini, Amsyar tarik lebih tinggi hingga ke paras bahu.
"Eh! Adda! Mir no see!" ujar si kecil, ditolak selimut yang menutup pandangan.
Meletus tawa Haura seraya mengusap kepala Emir. "Apalah daddy ni. Daddy lupa Emir dekat sini."
Amsyar ikut ketawa. Padanlah asyik jatuh saja selimut dari tadi. Rupanya ada yang sibuk nak ikut serta tengok filem walaupun kamus diri hanya ada beberapa patah perkataan sahaja.
"Habis ni kita tidur tau, Emir. Esok mommy kena bangun sahur!" Jika hari biasa, bolehlah berjaga sampai ke larut malam. Walaupun hanya dia seorang sahaja yang akan bangun sahur dalam rumah ni, Haura tetap hendak bangun.
"Yesh! Caur!" Emir ikut mengangkat lengannya tinggi.
"Haura rasa kan, abang...bulan puasa ni mesti Haura tak berapa sibuk sangat dekat rumah. Bolehlah Haura prep makanan Emir banyak-banyak." Dia toleh pada suami. Seronok bila si kecil makin terbiasa dengan makanan pejal. Banyak menu dan perasa yang dia hendak kenalkan pada Emir.
"Sahur sekarang jelah, sayang? Lepas tu tak payah bangun dah. Ini pun dah lewat," cadang Amsyar. Dah nak masuk ke tengah malam dah.
"Haura tak boleh sahur awal nanti Haura berkali ganda lebih lapar." Anak matanya jatuh, jari telunjuk terus ditekan pada ulas bibir. Comelnya lagak Emir!
Emir yang duduk di antara mereka kekal ralit dengan filem animasi di televisyen. Dari sudut padang atas juga boleh nampak pipi Emir yang membulat penuh dengan snek. Tangan gempal itu pula menggenggam erat biskutnya. Bila Amsyar toleh kepala, dia nampak si kecil berkerut-kerut wajah seolah sedang cuba memahami setiap butir kata dari filem animasi tersebut.
"Ini movie night untuk daddy dengan mommy ke movie night untuk Emir?" Sengaja Amsyar mengusik, pipi mulus itu dicuit berkali-kali.
"Ish, geramnya Haura. Geramnya!" Merungut Emir bila Haura halang pandangan dia.
**
Amsyar gosok kelopak mata yang masih berat. Wajahnya diangkat bila si isteri menarik kerusi bertentangan. Semangat betul orang rumah. Waktu kali pertama dia berpuasa dengan Haura, terkejut dia bila lihat betapa terujanya orang rumah untuk bangun sahur. Berbeza dengan Haura, Amsyar hanya akan bangun untuk minum air sahaja. Tak lalu nak makan.
Haura tadah tangan, doa makan dibaca dalam hati. Tapak tangan meraup wajah, terus dia letak lauk ke dalam pinggan. "Sedapnya! Abang betul tak nak? Makanlah sikit."
"Tak nak, sayang. Abang tak lalu."
"Rugi tau! Haura suka sahur!" Nasi disuap ke mulut, bergerak-gerak kepalanya. "Haura ingat kan abang...bulan puasa ni, Haura nak agih makanan dekat golongan asnaf. Baju Emir banyak yang dah tak muat, Haura nak sedekah. Baju Haura pun banyak yang Haura tak pakai. Haura kan ada dalam group chat BAKAT, diaorang dah mula kutip sumbangan!"
"Cakap pasal ni, biasa bulan puasa, diaorang akan buat event berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Nanti Haura ikutlah abang. Kita bawa Emir sekali."
"Nak! Haura nak ikut. Nanti abang bagitahu tarikh dekat Haura. Bolehlah Haura tempah makanan ke apa. Goodies bag pun okey, kan?"
Tanpa sedar, Amsyar ikut tersenyum mendengar cadangan isteri. Baru tadi Haura cakap dia akan kurang sibuk untuk bulan ni. Macam bertambah padat saja jadual.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Buatku (S2)
RomanceKehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan...