Selepas tawa mereka reda, Jun mencadangkan sesuatu untuk melanjutkan malam yang sudah terasa penuh dengan kehangatan persahabatan. "Apa kata kita main game? Dah lama kita tak buat benda macam ni."
Minghao yang sedang bersandar pada tiang pondok itu mengangkat kening. "Game apa? Kita ada board game ke kat sini?"
"Ada game yang lebih best," kata Jun sambil tersenyum nakal. "Mafia game! Apa lagi?"
Mata Hoshi bersinar-sinar mendengar cadangan Jun. "Yes! Aku suka idea tu. Dah lama tak main, kita tengok siapa yang paling pandai menipu malam ni."
DK segera bangun dan mula menyusun tempat duduk untuk memulakan permainan. "Alright, let's go! Semua orang ambil tempat masing-masing. Kita tengok siapa yang akan jadi Mafia kali ni."
Setiap orang mengambil kad yang akan menentukan peranan mereka dalam permainan. Y/N melihat kad di tangannya dan mendapati dirinya sebagai salah seorang penduduk kampung. Dia menoleh ke arah Jeonghan yang hanya tersenyum penuh rahsia—dia sukar dibaca seperti biasa.
Permainan dimulakan dengan Mingyu, yang bertindak sebagai moderator, mengarahkan semua orang menutup mata untuk pusingan pertama. "Mafia, buka mata," arah Mingyu, dan semua orang yang memegang kad Mafia pun saling bertukar pandangan, tanpa disedari oleh yang lain.
Selepas itu, permainan berlangsung dengan pusingan yang penuh ketegangan. Setiap kali ada perbincangan untuk menyingkirkan seseorang, pelbagai tuduhan dilemparkan dengan penuh emosi.
"Aku rasa Y/N Mafia!" kata Woozi sambil memandang Y/N dengan penuh syak wasangka. "Kau nampak macam diam sangat."
Y/N tergelak kecil, menggelengkan kepalanya. "Aku ni penduduk biasa, sumpah. Woozi, kenapa kau selalu sangat tuduh aku?"
Seungkwan segera masuk campur, "Tak mungkin Y/N. Aku rasa Woozi yang sebenarnya Mafia, dia cuba divert perhatian kita semua."
Pertengkaran kecil itu diteruskan dengan Jun turut mencelah, membuat spekulasi mengenai siapa yang mungkin Mafia. Namun, semua mata akhirnya tertumpu pada Hoshi yang kelihatan agak resah.
"Aku rasa Hoshi ni," kata Vernon sambil tersenyum nakal. "Dia diam sangat tadi."
Hoshi yang sudah mula berpeluh, tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. "Aku bukan Mafia! Aku bukan! Korang semua mesti percaya aku!" suaranya semakin tinggi, jelas menunjukkan bahawa dia mula rasa tertekan.
"Tenang, Hoshi," kata Jeonghan, cuba menenangkan keadaan. "Kalau kau bukan Mafia, buktikanlah."
Namun, semakin banyak orang yang mula meragui Hoshi, semakin dia cemas. "Aku tak tahu macam mana nak buktikan! Tapi aku betul-betul bukan Mafia, aku janji!"
DK yang duduk di sebelah Hoshi cuba memujuk, "Hoshi, jangan panik. Ini cuma game je. Kalau kau bukan Mafia, kita akan tahu nanti."
Tetapi Hoshi yang sudah terlalu tertekan mula memandang satu persatu wajah kawan-kawannya dengan penuh kekecewaan. "Kenapa korang semua tak percaya kat aku? Kita ni satu keluarga! Aku takkan khianati korang!"
Y/N yang berada di sebelah Hoshi akhirnya memegang tangannya, cuba menenangkannya. "Hoshi, relax. Ini cuma game, kita semua tahu kau bukan orang yang akan khianat."
Hoshi menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan dirinya. Namun, saat keputusan undian dibuat, dan namanya disebut sebagai suspek untuk ditendang keluar, dia terus meratap.
"Korang betul-betul tak percaya aku!" jerit Hoshi sambil memegang kepala, seolah-olah sedang mengalami krisis. Semua orang tergelak melihat reaksinya, walaupun mereka cuba menahan.
"Tak apalah, Hoshi," kata Joshua sambil tersenyum. "Kalau kau betul bukan Mafia, kita semua akan rasa bersalah nanti."
Namun, apabila Hoshi akhirnya 'ditendang' keluar dari permainan dan kadnya dibuka, semua orang terdiam seketika sebelum meledak dalam tawa.
YOU ARE READING
Fate's cruel game
Fanfiction**Sinopsis:** Dalam dunia gelap jenayah terancang, di mana kesetiaan dan kuasa menentukan kelangsungan hidup, kehidupan Y/N adalah keseimbangan yang rapuh antara hak istimewa dan bahaya. Sebagai anak perempuan satu-satunya seorang bos mafia yang ber...