Bab 3

757 26 3
                                        

Pagi itu, sebaik sahaja Fatteh melangkah masuk ke pejabatnya, dia disambut oleh senyuman manis seorang pekerja wanita bernama Irdina. Wanita muda itu berpakaian kemas, blaus satin biru muda dipadankan dengan skirt pensel hitam cukup untuk menarik perhatian mana-mana lelaki. Tapi bagi Irdina, dia cuma mahu perhatian seorang lelaki saja Iaitu boss nya Encik Fatteh.

“Good morning, Encik Fatteh.”

Fatteh yang baru sahaja melangkah ke dalam pejabatnya, menghentikan langkah sejenak. Matanya meluncur dari atas ke bawah, menganalisis setiap inci tubuh wanita itu.

“Morning, Dina,” balas Fatteh perlahan, sengaja melemparkan renungan tajam. “Ada apa hari ni sampai berdandan macam nak pergi photoshoot?”

Irdina tergelak kecil, memusing sedikit badannya ke sisi, memperlihatkan lenggok pinggangnya. “Ala... saya ni memang suka nampak cantik. Lagipun, bukan ke bos saya suka tengok benda yang cantik?”

Fatteh tersenyum sinis. Dia membuka butang atas baju kemejanya, menampakkan sedikit dada bidang sebelum melangkah melepasi wanita itu.

“Cantik tu bonus. Tapi yang penting, berguna.”

Irdina mengekor dari belakang dengan segenggam fail, masuk ke dalam pejabat Fatteh sebaik sahaja lelaki itu membuka pintu.

Fatteh menjatuhkan briefcase atas meja, melabuhkan punggung ke kerusi empuknya. Tangannya menarik tali leher sedikit longgar, kemudian menoleh ke arah Irdina yang berdiri sambil menggigit bibir bawahnya.

“Jadi, apa yang kau nak sangat pagi-pagi ni?” soalnya.

Irdina melangkah ke meja, meletakkan fail sambil membongkok sedikit, memberi pandangan penuh kepada Fatteh yang langsung tidak mengalihkan mata.

“Beberapa dokumen ni perlu tandatangan bos... Tapi saya tak kisah nak stay lama dalam bilik ni, kalau Encik Fatteh nak... perhatian.”

“Perhatian?” Fatteh memiringkan kepala, memandang tajam. “Aku dah kahwin, Dina.”

Irdina tersenyum. “Saya tahu. Tapi kahwin bukan bermakna kena tolak semua ‘manis-manis’ yang datang, kan?”

Fatteh tergelak kecil. Kali ini dia bangun, berdiri betul-betul di hadapan Irdina. Nafasnya terhembus perlahan ke wajah wanita itu yang semakin mendekat.

“Kau nak sangat jadi ‘manis’ tu, ya?” bisiknya ke telinga Irdina.

Wanita itu mengangguk perlahan, tak berselindung. “Saya sanggup buat apa je, asalkan Encik Fatteh... pilih saya. Saya tahu, isteri Encik Fatteh tu tak layan Encik macam saya boleh layan.”

Mata Fatteh meliar. Tangannya naik ke bahu Irdina, menggenggam sedikit. Tapi sebelum dia sempat berkata lebih, telefon bimbitnya bergetar. Nama Ummi tertera di skrin.

Fatteh menjauhkan diri sedikit, mengangkat panggilan dengan nada malas.

“Assalamualaikum, Ummi.”

“Waalaikumussalam, Fatteh. Ummi tak ganggu ke?”

“Tak. Ada apa?”

Suara Tengku Arafah kedengaran tenang di hujung talian, tapi sarat dengan maksud.

“Ummi nak cakap pasal Syirah... Ummi rindu sangat kat dia. Dah lama tak jumpa. Kalau boleh, Fatteh bawaklah dia balik sini ni. Ummi masakkan lauk kegemaran dia. Tengok-tengokkan dia pun... dia nampak makin kurus masa video call dengan Ummi hari tu.”

Fatteh menghela nafas panjang. Dia melirik Irdina yang masih berdiri, berpura-pura menyusun fail di rak sisi.

“Dia okay je, Ummi. Cuma... banyak tidur. Saya sibuk sangat sekarang.”

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang