Fatteh terpaku. Lututnya hampir goyah.
Dia ketawa kecil, cuba berselindung di sebalik wajah keliru.
“Syirah, kau okay ke ni?”
Nysa tidak menjawab. Dia hanya memandang Fatteh dengan sepasang mata yang tenang… terlalu tenang untuk jadi biasa. Jemarinya kembali naik, menyentuh leher lelaki itu dengan lembut, kemudian turun ke dada bidang suaminya yang sudah terdedah.
“Awak nak saya tunjukkan betapa rindunya saya… atau awak nak saya tunjuk betapa sayangnya saya pada awak sampai sanggup biarkan awak mendera saya?”
“Syirah… maaf” suara Fatteh merendah. “Tapi kenapa aku rasa ni bukan kau.”
Senyuman itu tak berubah. Malah makin lebar.
“Itulah masalahnya. Awak tak kenal isteri awak sendiri. Sekarang saya cuma nak jadi isteri yang… memenuhi hak suami. Salah ke?”
Dia mendekat. Nafasnya singgah tepat di cuping telinga Fatteh.
“Lelaki macam awak kan… suka perempuan yang pandai layan…”
Fatteh segera berundur selangkah, matanya menyorot wajah di depannya dengan rasa yang makin sukar dijelaskan. Rasa rindu, ya. Tapi juga satu rasa lain yang muncul tanpa diundang takut.
“Nusyirah,” panggilnya lagi. Kali ini bukan dengan nada manja, tapi cemas. “Aku tak tahu kau bergurau ke tak… tapi, kau tak macam dulu. Kau”
“Aku bukan Nusyirah yang kau kenal dulu.” Suara itu berubah. Lebih dalam. Lebih padat. “Dan kau patut mula belajar kenal aku sekarang. Sebab Nusyirah dah mati”
Dia melangkah ke arah almari, menarik baju tidurnya perlahan lalu membaling ke atas katil.
“Nusyirah yang dulu mati kerana… dia simpan semua. Dia diam, dia tahan, dia menangis sorang-sorang. Tapi dia dah rehat cukup. Dia dah penat jadi mangsa.”
Fatteh terdiam. Nafasnya seakan tersekat. Hatinya berdetak kuat, tangan menggenggam hujung bajunya yang masih separuh terbuka.
“Aku…” suara lelaki itu gugup. “Aku tak faham, Syirah…”
“Tak perlu faham.” Nysa berpaling, matanya kini redup namun penuh maksud. “Cuma perlu rasa.”
Dan dia melangkah keluar dari bilik, tidak menoleh langsung. Langkahnya laju, tapi tidak gopoh.
Tinggallah Fatteh terduduk di birai katil. Wajahnya pucat. Tangannya mengusap tengkuk rasa hangat bibir Nysa masih terlekat di situ.
“Apa yang telah berlaku?”
🥀
L
angkah Nysa kedengaran perlahan, tapi jelas, seolah-olah setiap ketukan tumitnya di atas lantai marmar menggetarkan ruang tamu itu. Udara sejuk penghawa dingin tidak lagi membawa rasa nyaman sebaliknya seperti menggigit tulang.
Makcik Zulaikha, yang sejak tadi bersandar angkuh, mengerling sambil bibirnya mengukir senyum sinis. Dia tak pernah kenal gentar.
“Dah sihat, kan? Takkan nak menumpang rumah mak mentua lagi…?” suaranya terhenti bila melihat menantunya tidak menjawab.
Nysa sekadar menoleh sekali. Renungan itu tajam, terlalu dalam hingga membuatkan Aisyah yang duduk di sisi mamanya tiba-tiba rasa tengkuknya meremang.
“Ummi, saya lapar,” ucap Nysa tenang, nadanya kosong. Tanpa menunggu balasan, dia terus melangkah ke dapur.
Puan Arafah menghela nafas lega, menyangka menantunya akan terasa hati. Namun beberapa detik kemudian.
Klik.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚
RomanceDari luar, kehidupan Nusyirah kelihatan sempurna rumah mewah, suami yang berjaya, dan status yang dihormati. Tetapi di sebalik dinding rumah agam itu, tersembunyi kebenaran yang tidak pernah dia tunjukkan kepada dunia. Fatteh, lelaki yang pernah ber...
