Bab 4

64 6 0
                                    

Nusyirah bangun awal pagi, seperti biasa, untuk menunaikan solat subuh. Selepas selesai berwuduk dan solat, dia melangkah keluar dari bilik dan melihat Fatteh masih lena tidur. Dengan lembut, dia memanggil suaminya.

“Bang, jom solat subuh sama,” ajaknya perlahan.

Fatteh hanya bergumam sambil memalingkan badan. “Jangan kacau aku tidur”

Nusyirah terpaksa menerima jawapan itu dengan hati yang agak kecewa. Dia pergi ke ruang solat dan menunaikan solat subuh sendirian. Setelah selesai, dia turun ke dapur untuk membantu Puan Arafah.

Di dapur, Puan Arafah sedang sibuk menyiapkan bahan untuk sarapan. Nusyirah menghampiri dan bertanya, “Ummi, ada apa-apa yang boleh syirah tolong?”

Puan Arafah tersenyum dan berkata, “Tak banyak yang perlu dibuat. Kalau Syirah boleh buatkan air teh. Ummi dah siapkan hidangan lain.”

Nusyirah segera memulakan tugas membuat air teh. Sambil bekerja, dia melihat Puan Arafah menggoreng telur dan menyediakan roti bakar.

Beberapa ketika kemudian, sarapan pagi sudah siap. Puan Arafah memanggil, “Syirah, tolong pergi kejutkan Fatteh. Ajak dia sarapan sekali. Dia belum turun lagi.”

Nusyirah mengangguk dan naik ke bilik mereka. Dia mengetuk pintu bilik Fatteh dan memanggil lembut, “Bang, sarapan dah siap. Jom turun makan.”

Dari dalam bilik, Fatteh menjawab, “Nanti aku turun lah,Aku nak berehat.”

Nusyirah berasa sedikit kecewa tetapi menunggu dengan sabar. Akhirnya, Fatteh muncul dari bilik dengan wajah yang masih mengantuk dan bersama Nusyirah, mereka turun ke bawah.

Di meja makan, Puan Arafah, Makcik Zulaikha, dan Aisyah sudah duduk. Nusyirah duduk di sebelah Fatteh, cuba untuk berbual dan menyembunyikan rasa tidak selesa.

Makcik Zulaikha memandang Nusyirah dan bertanya, “Dah lama kahwin, Syirah? Macam mana kehidupan baru?”

Nusyirah menjawab dengan nada positif, “Alhamdulillah, ok. Masih menyesuaikan diri.”

Aisyah yang duduk di seberang meja hanya menjeling tanpa berkata apa-apa. Fatteh pula lebih banyak berbual dengan Aisyah mengenai pekerjaan, meninggalkan Nusyirah untuk menguruskan perbualan sendiri.

Ketika sarapan, suasana terasa sedikit canggung. Nusyirah berusaha untuk bergabung dalam perbualan, walaupun dia merasa agak terasing. Selepas sarapan, Puan Arafah memberitahu, “Hari kamu dengan fatteh nak balik sana dah ke ?.”

Nusyirah mengangguk lega dan berkata, “Ye, ummi. Kami akan bertolak selepas ini.”

Selepas selesai mengemas meja, Nusyirah dan Fatteh bersiap untuk pulang. Puan Arafah mengucapkan selamat jalan dengan penuh senyuman dan Nusyirah menyambut salam daripada ummi.

___________________________________

Nusyirah duduk diam di kerusi penumpang, pandangannya terpaku ke luar tingkap kereta. Jalan raya yang sunyi menambah perasaan sepi dalam dirinya.

Fatteh di sebelahnya memandu dengan wajah yang serius, tidak ada sebarang bunyi selain deruan enjin. Nusyirah tahu Fatteh marah itu selalu jelas dalam sikapnya yang selalu dingin dan penuh ancaman, tetapi dia tak tahu apa yang bakal menantinya apabila sampai di rumah.

“Syirah,” suara Fatteh tiba-tiba memecah keheningan.

Nusyirah tersentak sedikit, pandangannya beralih ke arah suaminya. “Ya, bang?”

“Aku tak lupa lagi syarat yang aku letak masa kita kahwin.” Suara Fatteh kedengaran perlahan, tapi penuh dengan maksud tersembunyi. “Kau ada masa sebulan untuk jadi isteri yang aku nak.”

𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃Where stories live. Discover now