Nadia mengambil segelas air, meneguknya perlahan sebelum memandang Nusyirah dengan penuh harapan. “Aku tak percaya kita dah lama tak jumpa. Banyak sangat benda aku nak cerita kat kau. Kau pun mesti banyak cerita, kan?” Nadia tersenyum sambil memandang wajah Nusyirah.
Nusyirah tersenyum kecil, tetapi hatinya tetap berdebar-debar. "Hmm... Tak banyak sangat. Kau cerita dulu."
Nadia ketawa kecil. "Aku baru balik dari luar negara, kerja makin sibuk, tapi alhamdulillah semuanya okay. Aku ada belajar benda baru kat sana. Kau ingat tak dulu aku ada cakap nak buka bisnes bakery? Alhamdulillah, aku dah mula sikit-sikit."
Mata Nusyirah sedikit bersinar mendengar berita itu. "Wah, bestnya! Kau memang dari dulu minat baking. Macam mana perkembangan bisnes tu?"
Nadia tersenyum lebar. "Setakat ni okay. Aku baru je buka satu kedai kecil kat area kampung aku. Customer pun ramai. Kau kena datang lepas ni, aku bagi kau rasa kek special aku."
Nusyirah mengangguk. “InsyaAllah, nanti aku datang. Seronoknya dengar kau dah berjaya capai impian.”
“Alhamdulillah. Kau pun apa khabar? Macam mana kehidupan lepas kahwin? Aku nak tahu semua!” Nadia ketawa kecil sambil memandang penuh minat.
Selepas seketika bersembang tentang hal-hal ringan, Nadia tiba-tiba tersenyum nakal dan memandang Nusyirah dengan wajah yang penuh minat.
“Syirah,” Nadia memulakan, sambil bersandar di kerusinya. “Kau dah kahwin lama juga kan... Bila kau nak ada anak?”
Soalan itu membuatkan Nusyirah terkedu sejenak. Jantungnya berdegup kencang, dan dia teragak-agak untuk menjawab. “Ermm... belum lagi kot. Masih belum sampai masa,” balasnya perlahan, cuba menyembunyikan keresahan di sebalik senyumannya.
Nadia ketawa kecil, matanya masih tidak lepas dari wajah Nusyirah. “Yelah, aku faham. Tapi, kau dengan Fatteh mesti dapat anak yang comel-comel. Kau cantik, dia pun hensem. Anak-anak kau mesti perfect!”
Nusyirah tersenyum nipis, walaupun dalam hatinya rasa perit menyengat. Nadia tak tahu apa yang sebenarnya terjadi di antara dia dan Fatteh. Pujian Nadia terasa seperti belati yang menyusuk lembut tapi tajam.
“Mesti comel kan? Kulit kau cerah, lembut. Mata kau bulat, Fatteh pula ada gaya macho, tinggi... Kulit pun cerah jugak, Anak-anak korang confirm jadi idaman setiap orang yang tengok,” Nadia menambah lagi dengan riang, tidak sedar wajah Nusyirah semakin muram.
Nusyirah cuba ketawa kecil, tapi tidak berjaya sepenuhnya. “Haha... insyaAllah. Kita tengoklah nanti.”
Nadia, tanpa menyedari ketidakselesaan yang menghantui Nusyirah, terus menyambung. “Seronok kot kalau ada anak. Rumah akan jadi lebih meriah, tak sunyi. Kau berdua pun ada ‘mini-me’ yang boleh kau sayang-sayang.”
Nusyirah hanya mengangguk perlahan, cuba menyembunyikan rasa hiba yang bergolak dalam dadanya. “Ya, nanti... insyaAllah.”
Pandangan Nusyirah sesekali mencuri ke arah Fatteh yang masih duduk di meja lain, mengawasi dari jauh. Setiap pujian yang Nadia lontarkan terasa seperti peringatan tentang apa yang dia mungkin tak akan pernah miliki. Rumah tangganya bukanlah seperti yang disangka oleh Nadia tidak ada kebahagiaan yang Nadia bayangkan, apatah lagi anak-anak untuk melengkapkan ‘keluarga bahagia’ itu.
Namun, Nusyirah tahu dia tak boleh berkata apa-apa. Dia hanya perlu terus tersenyum, terus berpura-pura seolah-olah semuanya baik-baik sahaja, walaupun hatinya semakin sarat dengan rahsia yang tak boleh diluahkan.
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃
RomanceNusyirah, seorang wanita muda yang dulunya penuh harapan, kini terperangkap dalam perkahwinan yang dipenuhi dengan penderitaan dan kekejaman. Suaminya, Fatteh, yang pada mulanya kelihatan sempurna di mata keluarga dan masyarakat, ternyata menyimpan...