Bunyi derap kaki Fatteh kedengaran tergesa-gesa menyusur lantai marmar rumah banglo itu. Dia keluar dengan wajah kusut, rambut serabai, nafas tercungap-cungap. Kain pelikat yang dipakai separuh terlondeh, hanya terikat longgar di pinggang.
“Eh, Fatteh?!”
Suara lantang Makcik Zulaikha menahan langkahnya. Dia sedang duduk di ruang tamu bersama Puan Arafah, masing-masing sedang berbual sambil menghirup teh panas.
“Ni nak ke mana tergesa-gesa macam tu? Nusyirah mana?”
Fatteh tidak jawab. Dia hanya terus menapak ke pintu depan, tangan dah mula mencapai kunci kereta di atas meja kecil.
Puan Arafah bangun perlahan, dahi berkerut. “Fatteh, kamu nak ke mana tu? Tadi kamu tarik menantu Ummi masuk bilik. Sekarang keluar macam pelarian. Kamu gaduh ke dalam bilik tadi?”
Langkah Fatteh terhenti.
Soalan itu seolah-olah menjentik kesedaran dalam dirinya. Bahunya naik turun dengan nafas berat. Tangannya yang menggenggam kunci kereta mula longgar. Wajahnya berubah sedikit, macam baru tersedar dari mimpi atau amukan sendiri.
Dia berpaling. “Tak, Ummi… tak gaduh. Saya… saya nak keluar ambil angin sikit je. Panas dalam bilik tu.”
Makcik Zulaikha menjeling dari ekor mata. “Panas? Bilik kamu ada dua aircond, kamu kata panas? Fatteh, kamu okay ke ni?”
Fatteh diam. Pandangannya liar. Mata sedikit merah, berair. Tapi dia cepat-cepat tunduk. “Saya okay. Tak ada apa. Nusyirah tengah mandi tadi. Saya keluar dulu.”
Puan Arafah melangkah mendekat. Suaranya mula tegas. “Fatteh. Kamu jangan tipu Ummi. Kamu anak Ummi. Ummi tahu bila kamu sorokkan sesuatu.”
Fatteh telan air liur. Dadanya rasa sempit semula. Tapi dia paksa senyum.
“Ummi jangan risau, ya? Saya masuk balik. Tak jadi keluar.”
Dia berpatah balik, masuk semula ke dalam bilik. Langkahnya perlahan. Pandangannya sempat menangkap pintu bilik yang tadi dia hempas. Masih tertutup rapat. Dalamnya, dia tahu terdapat seseorang yang kini tidak sama lagi.
Makcik Zulaikha dan Puan Arafah berpandangan.
“Tak sedap hati aku tengok Fatteh tadi,” ujar makcik Zulaikha perlahan.
Puan Arafah mengangguk perlahan. “Aku pun.”
Dan dalam bilik yang masih diam itu, Nusyirah masih kaku di atas lantai. Masih menggigil. Masih tenggelam dalam dunia gelap yang dicipta oleh orang yang dia panggil suami.
“Allahu… selamatkan aku…” suara Nusyirah masih mengigil akibat serangan panic tadi
Fatteh perlahan-lahan menolak daun pintu. Bunyi engsel berkeriut memecah keheningan. Lampu bilik yang suram menyuluh tubuh Nusyirah yang terbaring di atas lantai. Rambutnya kusut, dahi berlumuran darah yang dah mula mengering, dan tubuhnya… menggigil.
“Nusyirah…”
Kakinya melangkah setapak, dua tapak. Dadanya mula sesak. Nusyirah tak bergerak, hanya matanya terbuka kecil, pandang siling dengan pandangan kosong. Tangan dia menggenggam rambut sendiri, dan tubuhnya menggigil teruk.
Dia terdengar bunyi nafas pendek-pendek. Bukan seperti orang sesak nafas biasa. Tapi seakan-akan dia sedang lemas dalam tubuh sendiri. Nafasnya seperti tersangkut di dada.
"Nusyirah, dengar abang ni. Abang abang minta maaf," suara Fatteh serak, perlahan, penuh rasa bersalah. Tapi langkahnya mati di tengah.
"Jangan dekat... jangan dekat... JANGAN DEKAT!!!"
Jeritan itu pecah dari mulut Nusyirah. Dia menolak udara kosong, terhuyung-hayang ke belakang walaupun dia masih terlentang.
"Jangan sentuh aku! Jangan sentuh aku! Jangan... jangan... jangan..."
Dia ulang ayat yang sama. Seperti kaset rosak. Tangan dia mula mencakar lantai. Nafas dia makin laju. Matanya terbeliak. Tubuhnya kejang sekejap, kemudian menggelupur seperti diserang sawan.
"Ya Allah... saya takut... Ya Allah saya takut... saya tak kuat dah..."
Fatteh terduduk. Dia pandang semua itu dengan mata terbelalak. Air mata dia meleleh tanpa sedar.
"Sayang... tolonglah... abang tak sengaja... abang minta maaf... abang minta ampun... Ya Allah..."
Tapi semakin dia cuba dekati, semakin kuat reaksi Nusyirah. Dia cuba bangun walaupun lututnya sudah lebam. Dia cuba capai sesuatu apa-apa yang boleh lindungi diri. Satu tangan memeluk tubuh sendiri, satu tangan lagi menolak udara.
Bibirnya pecah. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya merah.
“Semua ni mimpi... ini bukan real... aku tak patut ada kat sini… aku tak nak… aku tak nak rasa macam ni… jangan buat aku macam ni lagi…”
"Nusyirah!"
Dia rebah semula, tubuh dia menggigil makin kuat. Mata dia kabur. Bunyi dalam bilik makin jauh dari telinga. Kepala dia mula pusing. Dunia berpusing.
Dan tiba-tiba...
“Arghhhhhhhhhhhhhh!!!”
Satu jeritan panjang dari dasar kerongkongnya keluar, dan selepas itu dia terus rebah tak sedarkan diri.
Fatteh yang terduduk terus merangkak ke arah isterinya. “Nusyirah?! Ya Allah! Nusyirah?!”
Pintu bilik terbuka luas. Aisyah yang baru balik dari bersenam, muncul di ambang pintu dengan peluh di dahi, masih dalam baju sukan. Dia membatu.
“Ya Allah! MAMA, UMMI DATANG SINI CEPAT!!!”
Bunyi tapak kaki berlari menyusul. Puan Arafah dan Makcik Zulaikha muncul.
“Ya Tuhan… Fatteh! Apa yang kamu buat ni?!” Puan Arafah menjerit.
Makcik Zulaikha terus duduk di sisi Nusyirah. “Allahuakbar… dia pengsan ni! Tengok tangan dia, berdarah! Kepala dia pun ya Allah Ya Tuhan!”
“Panggil ambulans sekarang juga!”
Fatteh tak mampu berdiri. Dia hanya duduk, tangan menggenggam rambut, wajah penuh tangisan.
“Abang… abang tak niat… abang tak… abang tak sedar…”
Aisyah berlari keluar ke ruang tamu, capai telefon rumah dan dail. Suara dia panik, tangannya terketar-ketar.
“Hello! Ambulans! Tolong cepat… perempuan cedera parah… pengsan… luka kepala… dia… dia tak sedar diri…”
Puan Arafah memangku kepala menantunya, lap darah dengan tudung yang dia pakai.
“Ya Allah, Nusyirah… menantu aku ni…
Dan di tengah kekalutan, di tengah jeritan dan tangisan… satu suara dalam hati Fatteh mula bergema:
“Aku yang buat semua ni.”
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚
RomanceDari luar, kehidupan Nusyirah kelihatan sempurna rumah mewah, suami yang berjaya, dan status yang dihormati. Tetapi di sebalik dinding rumah agam itu, tersembunyi kebenaran yang tidak pernah dia tunjukkan kepada dunia. Fatteh, lelaki yang pernah ber...
